bab 77

19.1K 489 68
                                    

"Kenapa ni?", tanya Irfan bila jengukan kali ni nampak Sya mengerut muka seolah menahan kesakitan.

"Panggil makcik".
Maka, bersegeralah Irfan mengetuk pintu bilik makcik Aminah. Pakcik Ahmad yang buka pintu.

"Sya sakit", itu saja kata Irfan, membuatkan makcik Aminah yang masih bertelekung bingkas bangun.

"Kenapa Sya?", soalnya.

Risau juga dia, dah hari ketiga mengurut ni. Selama mengurut wanita lepas bersalin, tak pernah ada yang merungut kesakitan seperti Sya. Sya ni dijaga rapi, sepertimana dia menjaga menantunya bersalin dulu. Dah terbang ke Arab Saudi pun sekarang, jadi jururawat di sana. Tinggalkan dua anak bersama suami, anak sulung makcik Aminah.

"Sakit....". Itu saja yang Irfan dengar, sebab Sya seolah berbisik dengan makcik Aminah, menjeling pada Irfan seperti kurang senang dengan kehadirannya di situ.

Makcik Aminah mengambil napkin dalam bekas pakaian bayi dan sikat. Dipandang pada Irfan yang berdiri di pintu, "ambil baby", katanya.

Setelah diberikan Azriel kepada makcik Aminah, Irfan dihalau keluar. Pintu bilik ditutup rapat. Irfan terkebil kebil, dalam hati nak tau kenapa Sya sakit, apa kena mengena dengan Azriel. Bukan ke selama ni, Sya tak nak langsung jumpa Azriel.

"Jom kita duduk di luar", ujar Pakcik Ahmad sambil menepuk bahu Irfan. Irfan menuruti langkahan orang tua itu.

Rokok dinyalakan, bertujuan untuk menghalau nyamuk yang sesekali datang bermanja.

"Jadi pergi Abu Dhabi?"
Irfan mengangguk.

"Bila?"
"Minggu depan. Tapi sekejap je, dalam seminggu. Tak betah saya nak tinggalkan Sya lama lama di sini.".

Pakcik Ahmad bagai termenung mendengarkan itu. Bunyi cengkerik mengindahkan lagi suasana malam.

"Macam mana Irfan boleh rapat dengan Sya? Takkan sekadar kawan baik arwah, boleh baik juga dengan isterinya. Pakcik tengok kamu berdua rapat".

Irfan menarik nafas sebelum menghembusnya, panjang. Lebih panjang dari yang ditarik tadi. Dia melirikkan senyuman, pasti mata orang berpengalaman nampak sesuatu kelainan antara mereka berdua.

"Sya anak angkat arwah mak saya. Kami pernah bernikah tapi sekejap saja".

Pakcik Ahmad melopong, "kenapa bercerai? Pakcik tengok kamu berdua serasi".

"Saya jahat. Dulu saya tak macam sekarang. Sya banyak menderita semasa jadi isteri saya". Malu nak mengaku tapi itulah hakikatnya.

"Dah tu, Sya kawen dengan gangster pula?". Berkerut dahi polis pencen tu.
Irfan ketawa kecil, betullah tu.

"Arwah tu jadi gangster tanpa rela. Masuk automatik melalui keluarga. Sebenarnya, dia dah keluar dari kumpulan tu sejurus sebelum dia berkahwin dengan Sya".

"Tu punca dia dibunuh", bisik Pakcik Ahmad, mengangguk perlahan.

"Ha...van yang digunakan membuang Adam dah dijumpai di jalan ke Serendah. Orang yang memandu van tu dah diberkas. Cctv dapat merakam gambarnya. Harapnya, siasatan selepas ni lebih mudah". Pakcik Ahmad bercerita, Irfan lega ada kemajuan dalam penyiasatan kes bunuh Adam.

Menitik air mata Sya, sakit sangat, keras bila ditekan. Makcik Aminah menuam tuala panas di kedua dua belah teteknya yang keras, mengurut perlahan dari bahu ke bawah. Kemudian, disuruhnya Sya menyikat kawasan yang keras bertujuan untuk melancarkan peredaran susu.

"Lega?"

"Sikit"

"Nanti Azriel jaga, boleh bagi dia menyusu".
Sya mengangguk. Dah 3 hari 3 malam dia tak tengok Azriel. Macam dah makin kurus. Dicium anak tunggalnya itu. Maafkan umi.

Yang Kedua✔Where stories live. Discover now