bab 21

28K 537 11
                                        

Sya sibuk dengan kelas dan tugasan harian. Kebanyakan harinya, kelas habis malam. Yelah, semester akhir sibuk dengan projek akhir tahun. Teman sebiliknya, Suhana pun susah nak jumpa. Apatah lagi Suhana ada satu lagi aktiviti terlebih dari Sya, jumpa buah hati.

Usai solat isyak, jam menunjukkan pukul 1225. Sya tiba di bilik hampir jam 12. Suhana membuka pintu bilik, baru balik dari makan malam dengan Amir. "Kau pun baru balik Sya?", tanya Suhana yang terus merebahkan dirinya di katil selepas mencampakkan begnya di atas meja tulis.

"Haah", jawab Sya yang masih bertelekung bermain dengan cincin di jari manisnya.

"Kau tak rindu cik abang ke?", tanya Suhana sambil memeluk patung garfield pemberian Amir sempena hari jadinya baru baru ni.

"Ada la juga. Sikit. Tapi aku tak tau la dia. Malas la nak fikir".

"Kau tak call dia? Dia tak call kau?"

"Aku terlupa nak minta nombor dia".

"Laa...", Suhana menggelengkan kepala. Maknanya dah 4 minggu tak berkomunikasi.

Sya bangun dari sejadah, meneruskan solat sunatnya.

'Ya Allah, aku rindu padanya. Adakah dia juga merindui aku sepertimana aku merinduinya?
Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan maksiat. Berkatilah kami.
Ya Allah, aku rindu mami. Berikanlah kesihatan yang baik dan umur yang panjang untuknya'.

'Hujung minggu ni, aku kena balik juga jumpa mami', bisik Sya.

************************************

Irfan

Serabut kepala Irfan dengan perangai Farhana yang tak faham kesibukannya menguruskan dan mencipta rekabentuk komplek membeli belah di Segamat. Hampir setiap hari datang ke pejabatnya selepas waktu pejabat. Dilayannya juga pergi makan dan bersembang di kedai mamak dekat pejabatnya. Tapi bila setiap malam ajak ke kelab untuk menari, itu masalah bagi Irfan. Kalau ada masa, dia temankan. Kalau tidak, akan merajuklah buah hatinya itu.

Sesekali ada juga dia menelefon mami, ada juga nak minta nombor telefon Sya tapi nanti kena ceramah percuma pula. Dia berharap agar Sya menelefonnya. Bukan apa, hanya bertanya khabar. Ada juga rasa bersalah bila teringat pesan mami.

Malam minggu seperti biasa selepas penat berdansa dan menelan air haram itu, Farhana akan bermalam di biliknya. Kehidupan malam seperti dahulu, seperti suami isteri layaknya.

Pagi itu, Irfan bangun agak lewat. Itu pun terjaga selepas dikejutkan oleh Farhana. Dengan malas, Irfan bangun dan bersandar, "kenapa ni?" bila dilihatnya Farhana berjalan ke hulu ke hilir memegang sekeping kertas. Farhana nampak segar dengan rambutnya yang basah, baju tak berlengan dan skirt pendek.

"Resit habib ni. You beli cincin berlian. Mana cincin tu?", tanya Farhana marah, menyinga. Resit itu di tayang tayang ke muka Irfan.

"Hurm... itu pun nak bising. I nak tidur la", Irfan berbaring semula dan menarik selimutnya.

Farhana tidak berpuas hati dengan respon Irfan. Ditariknya selimut Irfan dan "pasal cincin pun nak bising pagi pagi ni. I nak rehat, I nak you", Irfan menarik tangan Farhana dan tubuh mereka bersatu. Bibir Irfan menyentuh segenap pelusuk wajah dan leher Farhana. Farhana membalasnya dengan penuh nafsu.
'Hentak bagi puas, senyap la', getus Irfan yang mengerjakan Farhana buat sekian kalinya dalam tempoh 24 jam.

"You?"
"Hurm.."
"Pandang siapa tu?", tanya Farhana apabila Irfan memandang ke arah sekumpulan gadis bertudung yang lalu berhampiran meja mereka. Sedari tadi Farhana perasan, sejak melangkah masuk ke KLCC untuk makan tengah hari, Irfan memandang setiap gadis yang bertudung.

"No one", balas Irfan sambil menyedut soya cincaunya. "Saja cuci mata".

"I pakai macam ni tak cukup ke untuk mata you", soal Farhana tak berpuashati dengan jawapan Irfan. Irfan merenung Farhana dihadapannya. Bajunya sangat daring, nampak lurah dadanya bila menunduk, panjangnya hanya separuh peha. Bercorak abstrak. Rambutnya dilepas mengurai. Calitan warna di segenap wajahnya menjadikan rupanya cantik. Sememangnya bila Farhana berjalan, akan ada mata lelaki lain menjamah tubuhnya tak berkelip.

"Cantik. Pernah I cakap you tak cantik?"

"Malas nak lawan cakap dengan you. Kita pergi shopping jom", balas Farhana menarik tangan Irfan keluar dari kedai.

Maka berbondong bondonglah beg kertas dibawa ke kereta.
"Banyak you beli ni", tegur Irfan yang meletakkan beg beg tersebut ke dalam boot kereta.

"Balasan sebab banyak minggu you tak spend weekends dengan I".

"Kan I ada kerja kat Johor. I ada meeting. I ada design kena siapkan". Farhana mendengus mendengar kata kata Irfan.

************************************

"Eh, Sya balik ke mami?", tanya Irfan kepada mami yang membuka pintu apabila terlihat sneakers Sya.

"Haah. Baru kejap ni. Mami ingat korang dah plan. Elok sangat banyak minggu tak datang tengok mami. Tau tau muncul dua dua".

Irfan menjenguk bilik Sya sebaik lalu disitu dalam langkahannya ke bilik air untuk mandi. Mami ketika itu sedang solat asar. Dilihatnya Sya berbaring, membelakangi pintu bilik. Lalu Irfan masuk perlahan lahan, dia duduk di belakang Sya tanpa Sya sedar. Rambut Sya ikal mengurai separas bahu, masih tersarung baju kurung ditubuhnya tapi tanpa kain. 'Mesti tertidur ni'. Irfan berbaring disebelah Sya, kononnya berehat sebentar, penat memandu dari Segamat tadi.

"Astaghfirullahalazim. Dah lepas asar, mana boleh tidur. Nanti boleh jadi sasau. Bangun bangun. Ni mesti belum solat", bebel mami apabila dia perasan Sya dan Irfan tiada di ruang tamu mahupun dapur. Lalu dijenguk ke dalam bilik Sya. Mujur dah nikah, kalau tidak; kena serangan jantung la Puan Anisah Bee.

Sya terkocoh kocoh bangun dari baringannya bila terdengar suara mami. Nak dicapainya getah rambut dicelah bantal, ternampak Irfan berbaring sedang memandangnya.

"Eh... bila balik?", tanya Sya agak kekok dengan penampilannya.

"Tak nak salam dulu?", tanya Irfan mengenyit mata pada Sya. 'Eii.. gatal betul orang tua ni'.

Sya menghulurkan tangannya, Irfan terus menariknya. Sya terjatuh ke atas katil, "ala...missed pulak", ulas Irfan.

Sya bangun kebingungan, "missed apa?"

"Patut bibir bertemu bibir".

"Eiii... apa ni. Dah la pakai tuala je. Mesti nak mandi kan? Dah, pergi mandi", halau Sya. Irfan membetulkan ikatan tualanya dihadapan Sya. Sya menutup mukanya dengan tangan, tak sempat nak berpaling muka. Irfan mendekati Sya dan berbisik "Jom mandi dengan abang".

Sya menjerit kecil dan terus keluar dari bilik. Irfan tergelak besar, 'seronok menyakat budak kecil ni'. Sya seram sejuk memikirkan nak menempuh malam itu. 'Makin gatal pula dia ni'.

"Cantik cincin Sya, " puji mami ketika makan malam. Tak jadi Sya nak menyuap, terkedu. Dia tersenyum.

"Bila beli?"

Sya menjeling kepada Irfan yang sedang menyenduk masak lemak labu ke pinggannya. Memang berselera betul dia makan. Gabungan lauk yang sedap.

"Kami keluar hari minggu tu".

"Bagus. Mami suka. Sya jaga baik baik ye".

Sya mengangguk tersenyum. Memang dia suka sangat pemberian ini.

Yang Kedua✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang