bab 84

24.5K 481 148
                                    

Azriel sering bersama Irfan sewaktu Sya melakukan kerja kerja harian di rumah. Makin galak tersenyum dan ketawa bila bermain dengan Irfan. Semakin sayang Irfan pada Azriel. Kadang kadang, tertidur dengan Irfan.

Pakcik Ahmad dan makcik Aminah pun sudah mula kembali kepada aktiviti biasa seperti sebelum mereka terlibat dalam program pelindungan dulu. Sejak Irfan pulang dari hospital, Naqib pun jarang berada di rumah, sibuk dengan kerjanya.

Irfan dah mula berjalan tanpa tongkat walaupun perlahan. Sya tak benarkan mendukung Azriel jika berjalan, takut memudaratkan pada kesan jahitan akibat ditikam tempoh hari. Tapi kadang kadang tak dihiraukan, degil. Mana mungkin tak dukung anak, bawa jalan jalan ke halaman, menikmati angin dan kicauan burung.

"Sya", panggil Irfan sambil tersenyum bila Sya mendongak ke atas. Sya duduk di sofa menyusukan Azriel, Irfan berdiri di belakangnya. Pandangan mereka bersatu.

"Dah selesai solat?", tanya Sya, kelam kabut menarik kain tudung yang diselempangnya tadi, bagi menutup kawasan payudaranya yang terdedah.

"Kita nikah minggu ni, nak?", bisik Irfan yang kini melutut di belakang sofa. Paras kepala mereka sama. Merinding bulu roma di tengkuk Sya. Tangan Irfan kini berada di bahu Sya, diurut perlahan.

"Kan dah janji nak buat sekali dengan Naqib, tak sampai sebulan pun lagi", balas Sya, mula menikmati urutan yang melegakan dirinya setelah seharian penat. Tangan Irfan mula menyusup masuk ke dalam tudung, mengurut bahagian tengkuk pula.

"Abang mula kerja minggu depan. Nak bawa Sya dan Azriel balik KL sekali. Tak boleh rasanya nak berjauhan", pujuk Irfan. Sya terasa hembusan nafas Irfan di kulit belakangnya. Pasti zip belakang bajunya ditarik turun kerana terasa pijatan Irfan di situ.

"Abang..", seru Sya dengan nafas tersekat sekat.

"Hurm...", balas Irfan.

"Cukup. Kita belum halal". Ayat Sya membuatkan ciuman Irfan di bahu dan belakang tubuh Sya terhenti.

"Kita halalkan secepat mungkin ye", pujuk Irfan. Sya menoleh ke sisi untuk bersemuka. Irfan dari belakang mencuri ciuman di bibir Sya. Hati Sya dipalu kuat, matanya tertutup, terkejut. Bibir Irfan sekali lagi singgah, kali ini lama. Degup jantung mereka sama laju. Tangan Irfan perlahan menekan kepala Sya padanya, Sya hanya turut tanpa membantah. Lidah Irfan menolak apitan kedua bibir Sya untuk mencari ruang bagi meneroka isi dalamnya.

Saat lidah Irfan berjaya menyelit masuk diantara bibir Sya, terdengar bunyi enjin kereta Perodua Bezza pakcik Ahmad. Sya menghela nafas panjang setelah kucupan mereka terlerai.

Malam itu, seperti biasa pakcik Ahmad dan Irfan duduk di luar setelah makan malam. Sya sudah masuk beradu di bilik atas setelah dihantar seteko kopi dan sepiring kek pelangi yang telah dipotong.

"Bila mula kerja?", tanya pakcik Ahmad mengeluarkan sebatang rokok dari kotak.

"Isnin depan", jawab Irfan.

"Kereta dapat bila?", tanyanya lagi tentang kereta baru Irfan.

"Esok. Kenapa?"

"Berulang ke tinggal di KL?". Lama Irfan terdiam.

"Tinggal KL la. Banyak kerja".

"Banyak kerja ke, takut kerap jumpa Sya?", soalnya menduga.

"Hahahaha... apa pakcik cakap ni?", jawab Irfan seolah terkejut tapi ditutup dengan gelaknya.

"Rumah ni penuh cctv Irfan", jawab pakcik Ahmad selamba sambil menghembus asap rokok.

Irfan tertawa malu, betul dia lupa. Pasti, pakcik Ahmad dah tau apa yang berlaku.

Yang Kedua✔Where stories live. Discover now