bab 64

22.4K 371 23
                                        

"Eh.. kenapa ni? Terkejut abang", kata Adam mengurut dadanya sebaik ternampak Sya dengan rambut berserakan, duduk di hujung katil menghala ke pintu kamar mandi, sewaktu dia keluar mengambil wudhu. Dah la cahaya dari luar berbalam balam. Sekali pandang, dah macam kak limah.

"Terjaga. Tengok abang takde", balas Sya menonyoh mata yang masih mengantuk.

"Tidurlah. Awal lagi ni", ujar Adam menyarung kain pelikat bersih dan memakai songkok.

"Pukul berapa? Abang nak pergi mana?", tanya Sya mengeliat pula, meregang urat uratnya. Kemudian disanggulkan rambut tinggi tinggi.

'Bini aku ni sengaja kan? Dah la pakai macam tu', Adam melarikan pandangannya agar tak tergoda.

"Baru 445. Abang nak tahajud kejap", jawab Adam.

"Tunggu. Nak join sama",ujar Sya berlari anak ke kamar mandi untuk membersihkan diri sementara Adam membentangkan sejadah untuk isteri tercinta.

Sya meletakkan kepalanya di riba Adam yang membaca al-Quran selepas solat. Dia masih bertelekung, masing masing menanti waktu subuh. Sesekali Adam mengusap kepalanya, hati Sya semakin berbunga.

"Fasih abang baca. Sofea selalu dengar".

"Dengar? Bila?"

"Waktu macam ni la. Mesti abang ingat Sofea tidur kan?"

"Ye la. Elok je abang tengok tergolek atas katil"

Sya ketawa terkekeh bila Adam mencucuk pinggangnya, sebagai balasan menipu kononnya tidur selama ni.

"Dah lama nak tanya ni.. boleh ke?". Sya memandang keatas, melihat suaminya.

"Apa sayang?". Quran yang telah habis dibaca tadi, diletak ke sisi.

"Abang fasih baca Quran. Abang yakin jadi imam. Bacaan dalam solat dan doa abang pun lancar. Sejak bila abang masuk Islam?".

"Tak lama mana. Bolehlah untuk melengkapi diri sedikit sebanyak sebelum jadi imam rumahtangga".

Sya merenung wajah Adam, kelihatan tenang tersenyum memandangnya.

"Jadi masa kita kat resort tu?"

Adam membuka songkok dan mengusap mukanya, tiba tiba tersenyum lain macam. "Tu la, tak boleh control. Dah lama tak jumpa. Macam orang pergi outstation, balik tu mesti terus terpa isteri kan? Rindu sangat".

Sya ketawa besar bila Adam mulai blushing, memeluk pinggang dan menekap muka di perut Adam. "Kata rindu, Sofea offer tak nak ambil peluang pula", ujar Sya seolah olah merajuk.

"Bukan tak nak. Nak sangat. Selama ni, dah banyak dosa kan. Takkan nak tambah dosa zina pula. Lagipun, kalaulah diizinkan Allah malam tu terjadinya zuriat kita, kesian dia. Tu sebab abang ajak kawin cepat". Adam menggosok belakang Sya.

"Tambahan pula, perjalanan hidup kita ni banyak dugaan. Untuk bercinta ada halangan, nak nikah lagi susah kan?"

Tiba tiba, Sya menangis hiba bila mengimbau kenangan lama. Betul, susah sungguh nak dapat hidup berdua dengan Adam. Semoga lepas ni, mereka dapat bersama hingga ke akhir hayat sepertimana dalam doa yang Adam sering pinta setiap kali selepas solat.

******

"Kenapa you ni?", segala barang di meja sisi katil dibaling Farhana.
"You ni gila janda tu lagi?", bentak Farhana malam tu bila Irfan dingin terhadapnya. Manakan tidak, dah habis cara menggoda dicuba tapi Irfan tetap beku.

"Bising la. Jiran jiran nak tidur. Dah malam ni", ujar Irfan memaling ke arah Farhana di belakangnya, duduk menghadapnya dengan tak berbaju. Dia akui memang geram sangat tengok Farhana begitu tapi emosinya terganggu, moodnya hilang dari awal malam. Irfan mengambil bantal dan selimut, keluar dari bilik.

"You nak ke mana?"

"Tidur bawah. Nak tengok bola".

Tv dipasangnya, semug kopi dan sepinggan megi goreng ada juga. Pandangannya bukan pada tv tapi kopi dan megi.

Betul kata Farhana, dia teringatkan Sya. Tapi bukan mahukan. Dia dah terima kenyataan Sya bukan miliknya dan untuk mendapat Sya kembali memang jauh, Sya dan Adam sangat bahagia. Mana mungkin dia musnahkan istana cinta anak angkat mami.

Cuma, dia rasa marah bilamana dia teringatkan telefon mami yang pernah dicaj selepas Sya memberikannya dulu. Baru tadi dia teringat.

Sakit hatinya bila mengetahui punca mami meninggal. Pada tarikh dan waktu yang tertera di mesej terakhir mami terima dan dari nombor mesej dihantar, Irfan terus menangis. Ketika itu, Farhana masih belum pulang dari pejabat, katanya ada kerja masih belum habis. Jadi, dia pulang sendiri.

Setiap kali dia cuba menutup mata untuk tidur, wajah mami terbayang di mata. Dia tau mesti mami terkejut bila mendapat mesej bergambar - dia dan Farhana berduaan di atas katil tanpa seurat benang padahal saat itu sepatutnya Sya yang berada disisinya. Sya isterinya yang sah ketika itu dan bukan gambar dalam keadaan aib sebegitu. Gambar gambar lama ketika diluar negara turut ada, semuanya gambar yang meruntun jiwa ibu tua itu. Nombor pun dia kenal, nombor telefon bimbit Farhana yang syarikat tempat dia bekerja beri seandainya Farhana bekerja di site.

Dilihat panggilan terakhir, dari Sya sejam selepas subuh. Ada juga mesej dari Sya - mami, Sya dah sampai. Take care. Luv you so much.

Empangan mata Irfan pecah, air matanya tumpah namun megi goreng tetap dimakannya. Cerita komedi di tv tak dapat menceriakan hatinya. 'Sabar Irfan. Benda dah jadi. Lama dah. Sekarang masa untuk kau bertaubat, didik isteri dan bina keluarga bahagia'.

Farhana mengambil telefon Irfan, ditekan satu persatu icon yang ada, memeriksa setiap satunya. Hati dan jiwanya kacau bila Irfan enggan menyentuhnya malam ni.

Sejak pertemuan dengan Sya dan Adam tempoh hari, ada juga sentuhan hangat suaminya walaupun tidak beradu tenaga. Dia yang selalu menolak jika Irfan inginkan, kononnya penat, tak sihat walau sebenarnya dah kenyang di luar dengan lelaki lain. Malam ni bila dia nak, Irfan menolak. Maunya dia tak mengamuk.

Dicari nombor telefon Sya, tiada. Mustahil. Nombor dalam tu semua dia kenal. Semua teman dan rakan sepejabat Irfan dia kenal. Dibuka galeri, pun tiada. Tak boleh jadi ni. Setiap fail dibuka satu persatu, tiada jejak Sya dalam telefon.

"You tengok apa dalam telefon I?", tanya Irfan berdiri di belakang Farhana. Dia terus tergamam dan membaling telefon ke atas tilam.

"Tak cari.. eh tengok apa pun", gagap dia menjawab.

"Bagus. Jangan nak delete pula gambar girlfriend baru I macam you delete gambar Sya dulu". Irfan mengambil telefonnya dan keluar dari bilik.

"What?? You ada girlfriend baru? Bak sini telefon tu". Farhana merampas telefon dari tangan Irfan.

"You ni kenapa? I tak pernah usik telefon you. I tak pernah tanya you keluar dengan siapa, you tidur rumah siapa kalau overnight. You ke I ketua keluarga?".

"Malam malam nak tarbiah I ni kenapa? Dah insaf ke ustaz Irfan? Suka hati I la, selama ni you tak pernah nak peduli pun".

"Ye. Mulai hari ni, I ambil kesah pasal isteri I nama Farhana. I tak benarkan dia keluar malam macam dulu. Balik kerja sama macam I. No more nightclub. No more one night stand".
Farhana terkejut, Irfan tau tentang 'one night stand'nya.

"Go to hell", balas Farhana menghempas pintu.

Yang Kedua✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang