Malam itu, Sya resah, takut pun ada juga. Tunggu dan tunggu, akhirnya sedar sedar dah subuh. Irfan tiada pun disebelahnya. Selesai mandi dan solat subuh, Sya ke bilik Irfan. Ada terbentang lukisan yang Sya pun tak faham apa, di atas meja kerja. Telefon di bawah katil, tak pasti jatuh atau tercampak. Manakala Irfan terlangkup tidurnya di atas katil. Sya perlahan duduk di hujung katil memandang sebelah muka Irfan yang terngadah ke atas. Sebelah lagi terperosok dalam tilam empuk. Teragak agak Sya menyentuh rambut Irfan. Dilalukan jari telunjuknya di kening lebat Irfan. Sekali dia terperasan kelopak mata Irfan seakan bergerak, terus dia menarik tangan. "Bangunlah, dah nak habis subuh ni".
Irfan membuka sedikit matanya, nampak Sya disisinya. Lalu diletakkan tangannya di atas riba Sya. Sya membiarkan sahaja walau hatinya berdebar. Irfan merapatkan tubuhnya yang terbaring itu kepada Sya. Kemudian...
"Eii.. pengotor la", jerit Sya. Irfan ketawa terbahak bahak berlari turun menuju ke bilik air. Sya menarik tisu dari kotaknya dan mengelap sisa air liur hasil bekalan tidur Irfan yang terlekat di lengan bajunya. Irfan sengaja mengenakan Sya.
"Dah tukar baju?"tanya Irfan seraya turun dari biliknya, Sya sedang menatang dulang yang berisi teko dan 3 cawan untuk dibawa keluar. Pagi itu mereka bersarapan di bawah pokok buluh.
"Tak pasal je kena tukar baju", rungut Sya.
"Pakailah yang seksi sikit", Irfan memberi cadangan apabila dilihatnya Sya memakai jubah hitam. Dah macam mami pergi pengajian pula.
"Tak kuasa la nak seksi seksi", balas Sya menjeling.
Pagi itu, sarapan mereka bubur nasi bersantan dimakan bersama sambal telur pecah dan ada jemput jemput pisang. Dah seperti biasa, Irfan makan hingga kenyang. Terlupa terus pertelingkahan dia dengan Farhana semalam tentang malam minggu. Farhana mengamuk bila mendapat tahu yang Irfan balik ke kampung tanpa memberitahunya terlebih dahulu.
"You ni lain kali bagitau la I dulu kalau nak balik kampung".
"I dah lama tak balik jumpa mami. Asyik hujung minggu dengan you. Give me time for my mum".
"You ni tak puas puas ke berkepit dengan mak? Ke you ni mummy boy?"
"Memang mummy boy. I sayang my mum".
"You pergi la peluk mak you tu. I keluar dengan orang lain, you jangan menyesal". Terus Farhana meletakkan telefonnya. Sementara Irfan yang ketika itu sedang menganalisa dan mencari idea untuk projek di Segamat, terus dicampakkan telefonnya. Hilang mood untuk bekerja.
************************************
"Heiii.. janganlah main rampas rampas je telefon orang", marah Sya pabila Irfan mengambil telefon dari tangannya ketika dia ralit bermain game.
"Tak habis habis main game", kutuk Irfan. Jarinya laju menekan nekan telefon Sya. Sebelah tangannya memegang stereng, tengah beratur nak membayar tol di Sungai Besi.
Tiba tiba telefon Irfan yang terletak di ruang tengah antara pemandu dan penumpang hadapan berbunyi. "Haa.. ambil telefon tu", arah Irfan pada Sya. Sya mengambil dan melihat nombor yang tertera pada skrin telefon, 'macam aku kenal nombor ni'.
"Betul tu nombor telefon Sya?", tanya Irfan.
'Patut la macam kenal.. nombor sendiri. Hahahaha', Sya menggangguk tersengih sengih.
"Ni nombor abang. Nanti rindu rindu, sila call. Jangan malu malu". Irfan mengembalikan telefon kepada Sya dan mengambil telefonnya. Kembang tekak Sya bila dengar perkataan rindu rindu.
'Suami Ganteng'... masya Allah. Takde nama lain nak set??
"Kita balik rumah abang dulu nak?"
"Nak buat apa? Sya nak balik cepat. Ada assignment nak kena hantar. Esok ada kuiz".
"Ok ok. Nak abang hantar sampai mana?"
"Any train station".
"Makan dulu ye. Balik nanti tak perlu makan lagi".
"Tak pe la. Lain kali ye. Sya memang banyak assignment nak kena hantar minggu ni".
"Ok. Nanti call abang ye".
************************************
'Ala, main suap suap pula budak 2 ekor ni', Sya memandang ke arah lain bila Suhana yang berada disebelahnya, menyuap cendawan goreng dicicah dengan sos cili ke mulut Amir. Amir duduk di hadapan Suhana. Air pun dikongsi.
Sya yang kelaparan sewaktu menyiapkan tugasan tidak menolak pelawaan Suhana yang mengajaknya keluar makan malam. Rupanya Amir pun ikut sama.
"Sporting la Sya", ujar Amir bila terlihat riak wajah Sya. Sya tersenyum kelat.
"Tah Sya ni. Macam la kau tak suap suami kau semalam", giat Suhana pula.
"Lebih dari tu la. Dah nama suami isteri. Apa hal suap cendawan. Baik suap..", belum sempat Amir menghabiskan ayat, Sya menjegilkan mata
"Kau dah kenyang belum? Aku nak balik ni. Banyak lagi aku nak buat".
Geram pula Sya. Meja di situ penuh dengan budak kolejnya. Semuanya berpasangan. Bahagianya korang semua. Berpegang tangan la. Yang berpeluk di kawasan awam pun ada. Haihhh... lantaklah.
Sya berjalan ke kaunter pembayaran dan dibayar segala yang mereka makan.
Bunyi mesej masuk, Sya meraba poket jeansnya mencari telefon.
"Dah makan?"
"Baru sudah".
"Abang nak jumpa, boleh?"
"Sekarang?"
"Ye".
"Kenapa? Takkan dah rindu.😄😄"
"Adalah. Share location please".
Sya menghantar lokasi kolej kediamannya. Sementara itu, Amir dan Suhana menanti Sya di dalam Wira milik Suhana. Amir yang memandu.
Sebaik memghampiri di pintu masuk hostel, Sya ternampak Honda Civic hitam yang dikenali. 'Ya Allah, lajunya bawak kereta. Dia kat mana tadi ni?'. Sya menepuk bahu Amir, "Amir, stop tepi ni. Husband aku tu". Sya menuding jarinya keluar. Amir memberhentikan Wira di belakang Honda Civic. Sya membetulkan sedikit tudungnya dan keluar dari Wira. Diketuknya tingkap Honda Civic itu. Irfan baru tiba ketika itu, sedang menelefon Sya terkejut bila tingkapnya diketuk.
Irfan keluar, Sya terus menyalaminya. Sya melambai pada Amir dan Suhana, mengisyaratkan keluar dari kereta.
"Sya keluar dengan sapa?", tanya Irfan. Geram pula, tadi petang taknak makan. Bila malam, keluar makan.
"Ni Amir. Ni Suhana my roomate. Korang ni husband aku, Irfan Fawzan". Sya memperkenalkan mereka sambil mengangkat kening pada Irfan. 'Ingat aku keluar berdua je dengan lelaki lain?'
Setelah bersalaman dan berbahasa basi, Amir dan Suhana masuk ke kawasan hostel, manakala Sya berdiri di tepi kereta bersama suami gantengnya.
"Ada apa nak jumpa?", tanya Sya.
"Masuk kereta", Irfan memegang lengan Sya, membuka pintu disebelah pemandu. Sya masuk dengan penuh kehairanan.
Irfan masuk dan duduk ditempat pemandu. Dia merapati Sya, mukanya hampir benar ke muka Sya. Sya cemas, matanya pantas tertutup sendiri, nafas Irfan menyentuh pipinya, tangan Irfan mengesel bahunya. Sya menahan nafasnya. Klik.. "Jom.. teman abang minum kejap".
'Lahai.. cakap je la suruh pakai seatbelt. Bagi orang cemas je', Sya mengomel seorang diri.
Irfan tersenyum simpul melihat reaksi Sya. Sengaja diperlahankan segala gerak gerinya tadi. Tiba tiba ketika melangkah ke dapur dia teringat pada Sya, walaupun Farhana sedang menelefonnya untuk mengajak ke kelab malam. Tanpa disedari, terasa rindu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Yang Kedua✔
RomanceSeorang gadis yang kehilangan keluarga tersayang mencari ruang untuk disayangi dan menyayangi. Perjalanan hidup yang jerih harus ditempohi. Note for reader: Be sure you are above 18 as this story includes adults content. Thanks for making this wri...
