Khas Raya: Episod 2

22.5K 414 130
                                    

Semalaman aku tak bisa melelapkan mata. Sahur pun sekadar ada, Irfan enggan bangun. Katanya cukup sekadar air masak segelas dan sebatang rokok. Penat, tiada selera.

Pagi ni, Azriel riuh sebab abah lewat masuk pejabat. Bangun tidur terus masuk ke bilikku seperti biasa namun bila dilihat abah masih terbaring di katil apalagi terus dipanjatnya dan diajak bergumpal.

"Esok abang dapat pergi KLIA tak?", soalku ketika memberi botol susu kepada Azriel. Dinyonyot susu dengan kepalanya di perut Irfan. Jemari Irfan membelai lembut rambut hitam si bujang kenit.

Irfan terkebil kebil memandang aku, berkerut dahinya. Langsir bilik aku selak luas, memberi laluan untuk cahaya mentari pagi menerangi bilik. Sepet terus mata mereka berdua.

"Mak cik dan pakcik kan nak pergi umrah", jelasku, bosan. Muka takde perasan.

"Aaa... lupa. Tapi abang ada meeting pagi esok di Damansara. Flight pukul 330 petang kan?". Aku mengangguk.

"Kalau tak sempat, Sya pergi dengan Azriel je. Meeting abang selalunya meleret leret", ulasku tanpa memandangnya. Namun aku dapat rasakan anak matanya mengekori setiap pergerakanku.

"Buka di rumah tak hari ni?", tanyaku sambil menyisir rambut untuk disanggulkan sebelum masuk ke bilik mandi.

Irfan tak menjawab, leka melayan Azriel yang kerinduan setelah sehari tak berjumpa. Dibawanya bermain dan berenang di kolam renang Suri Puteri Serviced Apartment yang kami huni.


***

Sedang aku menyiapkan meja untuk berbuka berdua dengan Azriel, pintu rumah terbuka. Irfan terpacul di situ, tersenyum. Azriel berlari menyambutnya. Aku biarkan, sibuk. Tinggal beberapa minit saja untuk berbuka.

"Kenapa ni sayang?". Tangan kanannya merangkul pinggang dan dagunya disangkut ke bahu kiriku.

"Kenapa apa?". Tingkahku terhenti. Gelas yang kuambil dari dalam kabinet sempat kuletak ke dalam dulang.

"Tak sambut abang balik macam selalu pun. No welcoming kiss ", bisik Irfan. Bibirnya menjamah pipiku, kemudian cuba menyambar bibir pula. Tapi aku sempat berpaling ke arah lain.

"Azriel dah sambut. Takkan nak berebut dengan anak pula", balasku dingin.

"This is for you". Sejambak bunga mawar merah jambu dan putih berserta sekotak coklat Godiva didepanku. Senyumanku terbit dibibir namun hatiku berdegup kencang. Kenapa? Bukan hari jadi, bukan ulang tahun perkahwinan. Ada maksud lain ke? Irfan ada buat silap dan cuba melindunginya dengan memberi hadiah padaku?

"For what?", suaraku dingin.

"Sayang abang merajuk, kan?".

"No. Tak de mood je".

"Tipu. Ni bukan masa pms pun. Dah lepas period kan". Irfan masih terus menggali isi hatiku, mencium tengkukku perlahan. Terasa geseran kumisnya, geli. Perlahan tangannya masuk ke dalam baju dan meraba perutku.

"Abang, puasa la".

"Nak buka dah", makin liar tangannya.

"Sya busuk, bau tumis bihun ni, belum mandi". Perlahan aku menarik tangannya keluar dari dalam baju.

Aku cuba berdalih, tak mahu merosakkan mood berbuka puasa bersama. Isteri mana yang tak teruja tiba tiba suami pulang berbuka dan bawa kejutan. Tapi itulah yang aku harus waspada.

Yang Kedua✔Where stories live. Discover now