"Isteri abang penat ye?"
Sya mempamerkan senyuman manis tatkala Adam menjengah ke dalam bilik, sedang dia terbaring di atas katil. Dua biji bantal berada dibawah betis bunting padi. Tadi, Sya lihat Adam menonton rancangan sukan, dibiarkan sahaja.Kekasih hati mendekati dan mengurut perlahan kakinya yang membengkak. Kalau ikut umur kandungan, tak sepatutnya belum bengkak begini. Pemeriksaan tempoh hari pun tak menunjukkan apa apa masalah kesihatan.
"Minggu depan tak payah bangun awal, masak. Kaki ni bengkak sebab lama sangat berdiri. Badan dah berat", ujar Adam, kemudian mengembungkan pipinya mengajuk pipi Sya yang semakin berisi. Sya mencubit paha suaminya, geram tak habis habis mengusik.
"Belanja kita macam mana kalau tak berniaga. Bengkak ni sikit je. Customer abang nanti macam mana?", bantah Sya, berkerut dahinya. Risau mengenangkan perbelanjaan yang mesti ditanggung.
"Tu tanggungjawab abang. Tau la abang nak cari duit. Saving masih ada. Kan dah janji hari tu, nak berhenti berniaga dah. Lagipun, abang dah bagitau semua customer yang isteri tercinta dah tak larat. Kat Irfan pun, abang dah cakap".
Sya terdiam. Dia akui penat sejak kebelakangan ini. Kakinya ada masa terasa kebas dan berat. Seringkali selepas Adam keluar untuk berniaga, Sya akan berbaring dan meletakkan bantal agak tinggi untuk kakinya, bertujuan untuk melancarkan perjalanan darah di kaki, kadangkala merendam kaki dalam air suam dicampurkan garam.
Wajah Adam ditatap, walaupun serumah, tidur sekatil, rasa rindu sentiasa ada. Makin hari makin menebal rasa rindu dan sayang. Tak puas berdampingan dengan dia.
"Abang dah jumpa mama dan papa?", tanya Sya, menarik kaftannya melepasi lutut.
Adam sekadar berdiam diri, tangannya masih melakukan tugas. Diurutnya pelipat lutut Sya.Sya mengeluh, "Jangan macam ni. Pergilah jumpa. Jangan bila mama papa dah takde, baru nak menyesal", pujuk Sya, mengenggam tangan yang mengurut kakinya tadi.
"Tell me the truth. Mama ada datang sini ke?". Adam memandang tepat ke mata Sya.
Sya mengeleng, "Takde. Kita tak pernah ada tetamu kecuali Irfan dan girlfriend dia tu"
"Betul? Masa abang takde kat rumah pun?". Tak lepas menatap mata Sya, mencari kebenaran.
"Wallahi. Takde. Kenapa ni?"
"Sebab asyik suruh abang pergi jumpa mama dan papa".
Sya tersenyum, lesung pipitnya terbentuk.
"Cik abang sayang, cinta hati Hasya Sofea, Encik Adam Wu. Abang anak tunggal lelaki, dan satu satunya yang masih ada di Malaysia. Yang lain dah berhijrah. Dalam Islam kan ada sebut tentang tanggungjawab anak lelaki ke atas ibubapa. Rasanya mesti mama papa rindu kat abang. Lagipun diorang dah tua, nafkah, perlindungan dan penjagaan terhadap mereka di atas bahu abang."
"Tau tapi ..."
"Mama dan papa tak nampak keindahan Islam selagi abang masih begini. Biarlah dia nak anggap apa, tapi abang tak boleh berterusan macam ni. Rendahkan ego tu. Jangan layan rasa rajuk tu. Cuba bayangkan kalau Azriel buat macam ni pada kita nanti".
Adam mengeluh, dia tau semua tu. Dia dengar ustaz berceramah tentang tanggungjawab dan peranan anak lelaki kepada ibu bapa, walaupun bukan Islam. Tapi Sya tak faham masalah sebenar. Dan dia tak perlu tau.
Sya mengesot mendekati Adam, "come here darling. Let me hug you. I know you miss them so much. I miss my family too".
Dah tak boleh berpelukan seperti dulu. Sya duduk di sisi Adam, dilingkar tangannya ke pinggang, tangan Adam melingkari bahu Sya dan kepala Sya didada Adam.
YOU ARE READING
Yang Kedua✔
RomanceSeorang gadis yang kehilangan keluarga tersayang mencari ruang untuk disayangi dan menyayangi. Perjalanan hidup yang jerih harus ditempohi. Note for reader: Be sure you are above 18 as this story includes adults content. Thanks for making this wri...