bab 31

26K 472 6
                                        

"Aku pelik betul la dengan kau ni Irfan. Kesian kat adik kau semalam. Tunggu kau dari petang sampai tengah malam. Dia sakit pun, kau tak ambil peduli dia. Abang apa kau ni?", Haris membebel sebaik sahaja Irfan terpacul di dapur. Haris ketika itu baru sudah mencuci mug yang digunakan.

"Kau tak paham", balas Irfan membuka peti sejuk mengambil setin kopi Wonda.

"Memang aku tak faham. Perangai kau. Perangai Sya. Adik beradik keras kepala", Haris membentak.

"Mana Sya?", tanya Irfan bila dari dapur dia nampak pintu bilik Sya terbuka.

"Eh.. mana aku tau. Adik kau bukan adik aku", balas Haris selamba. Dia duduk di sofa dan menekan punat remote astro.

"Aik.. kau pun tengok drama Korea?", soal Irfan, jarinya menekan nekan skrin telefon. Mencari nama Sya pada Contact. 'Ha.. ada pun budak sengal'.

"Best drama ni. Sya selalu tengok. Aku tumpang la sekali", jawab Haris memeluk patung Olaf milik Sya. Dia yang belikan tempoh hari sebagai hadiah buat Sya.

"Mana pula dia ni? Telefon tak berangkat", marah Irfan bila Sya tak mengangkat panggilannya.

"Padan muka kau. Semalam kau buat macam tu kat dia".

"Kau mulut elok sikit. Dah la mami nak sampai lagi 2 jam", gerutu Irfan. Bagaimana ni, nak terus pergi airport atau tunggu Sya.

Nekad... nanti pandai pandai la aku jawab dengan mami.

Sya mengalas beg di bahu, boleh tahan beratnya. Mujur tak bawa semua pakaiannya tadi, nanti boleh pergi ambil lagi. Dia tiba di KLIA dengan ERL yang dinaiki dari KL Sentral. Sebal hatinya mendengar cerita dari Haris semalam, lalu dia membuat keputusan pergi ke KLIA sendirian walaupun dia tahu Irfan ada, melihat pada kasut Irfan yang bersepah depan pintu tadi. Segalanya jelas tentang dirinya dan siapa Farhana dalam hidup Irfan. Entah kenapa semakin hari semakin sakit hatinya bila bayangan Farhana muncul. Lagi sakit bila statusnya sebagai isteri diganti menjadi adik. Sengaja ditinggalkan Irfan dan meletakkan mode bisu pada telefonnya. Bingit telinga nanti.

Dilihat pada papan yang menunjukkan pesawat yang akan tiba di balai ketibaan. Lagi satu jam, pesawat mami akan tiba. Sempat la minum dulu, nak bersembang pun tak de kawan.

'Starbuck pun ok la. Bukan selalu pun melepak tempat mahal mahal', bisik hati Sya. Sya memesan Caramel Macchiato dan juga mufin beri biru.

"Ops.. sorry", ujar Sya terlanggar seseorang sebaik dia berpaling setelah mengambil airnya di kaunter.

"My mistake", lelaki tersebut membalas. Lelaki itu dengan spontan memegang tangan dan beg galas Sya. Tangan yang dipegang bekas air stabil.

"Nasib baik tak tumpah", tambah lelaki itu.

"Nasib baik bukan air panas", balas Sya tertawa kecil.

Mereka berpandangan. Merenung seketika.

"Sofea? Anak Uncle Hasan?"

Sya menarik nafas panjang, " Adam?", lelaki itu mengangguk perlahan melirik senyuman yang manis di mata Sya.

"Been along time haven't see you", balasnya.

"Rindu?", tanya Sya dengan nada mengusik setelah mereka duduk. Lelaki itu mengangguk, "very much dear".

'Alahai.. bila senyum hilang terus mata tu. Cubit kang', omel Sya masih tersipu sipu mendengar jawapan paling indah didengari setakat 24 jam ini.

"How is your mum?", tanya Sya selepas menyedut air. Tangannya membuka kertas pembalut muffin. Manakala Tuan Adam meletakkan mug berisi Americano ke atas meja.

"Good. Sangat sihat lepas treatment di China hari tu", jawab Tuan Adam, matanya masih tak lepas menatap wajah Sya. Walaupun sekejap sahaja mengenalinya, Adam rasa cukup kenal dan terhutang budi pada Uncle Hasan sekeluarga.

"Sofea?", tegur Adam pabila  melihat Sya menatap telefonnya sambil mengomel sendirian walau mulut penuh mufin.

"Yup", Sya tersedar bahawa ada orang didepannya sedang dia lagi membebel tentang Irfan yang menyakiti hatinya dengan menghantar mesej berbaur kemarahan.

"I am sorry about your lost", ujar Adam perlahan. Sya tersentak dan matanya bergenangan.

"I tried to call you after knowing about the incident. Unfortunately, I lost my phone just a day before it happened. I lost your number. I tried to look for you after coming back from China, I failed", tambah Adam lagi. Dia tunduk dan memandang ke arah lain. Sya mengesat air matanya. Tekaknya terasa kesat menelan mufin yang gebu itu.

"You look different now. Luckily, I still remember your sweet smile and those eyes",  Adam cuba mengembalikan keceriaan dalam perbualan mereka. Sya tertawa kecil dan menutup mukanya dengan tangan. Malu dipuji.

"Excuse me sir", tiba tiba ada suara lelaki asing diantara mereka. Sya menurunkan tangan dan memandang arah suara itu.

"Yes" balas Adam.

"Sorry sir. We have to go now", ujar lelaki yang berjaket kulit dan berkaca mata hitam.

Adam menggangguk, "Sofea, I have a flight to catch. Really hope to meet you again", tangannya memegang jari jemari Sya dan menciumnya. Sya tergamam. Semuanya begitu pantas sekali.

Sya tersandar, "hope to see you too". Dia hanya memandang Adam berjalan seiringan dengan lelaki tadi. Tanpa disedari, ada yang memerhatinya.

Sya memandang jam tangannya, menunjukkan lagi 10 minit kapal terbang yang mami naiki akan mendarat. Sya membuat keputusan tunggu dulu sebab banyak perkara perlu dilakukan sebelum keluar dari pintu balai ketibaan. Sedang Sya melayan kegebuan mufin, ada seseorang duduk dihadapannya, mengambil baki muffin yang masih tertinggal di dalam piring, kemudian air Caramel Sya pun kena bedal juga.

"Kenapa tinggalkan aku? Kenapa datang sendiri?", bertalu talu soalan. Sya hanya mendiamkan diri, memandang ke arah lain. Malas nak layan perkara remeh.

"Kau saja nak mami marahkan aku kan?", nada itu menambahkan lagi sakit di hati Sya.

"Dah habis? Sya nak pergi tunggu mami", ujar Sya bangun dan mengalas begnya.

"Siapa yang duduk di sini tadi?"

Sya mengangkat dan mengerutkan kening, seolah menyoal kembali.

"Ada 2 bekas air. Siapa punya lagi satu ni?"

"Owh... no one. I drank both", Sya bangun dan terus berjalan keluar. Jemari Sya digenggami kasar secara tiba tiba. Sya cuba melepaskan tapi gagal. Makin kuat digenggamnya.

"Lepas la. Sakit", rintih Sya mencuba lagi menarik jemarinya keluar dari genggaman padu itu.

"Be nice to me depan mami. I warn you, jangan sampai mami tau konflik kita".

"Konflik? Apa? Sya tak tau apa pun", balas Sya menyindir dan membiarkan saja genggaman tu. Penat dah bergaduh. Tenaga negatif terlalu banyak disekeliling mereka.

Irfan perasan Sya mulai rilek, lalu dirangkul pinggang Sya dan berjalan menuju ke pintu ketibaan. Lega hatinya dapat bertemu Sya di sini.

Tiba tiba Sya melarikan diri, Irfan terkejut dan menjerit memanggil Sya keras. Sya seolah tidak mempedulikannya. Menyesal dilepaskan genggaman tadi, dikejarnya Sya, menyusup di celah orang ramai yang turut menunggu teman dan ahli keluarga yang tiba dari luar negara.

Yang Kedua✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang