bab 7

30.5K 621 11
                                    


"Ala mami.. tak nak la naik panggil dia. Mami je la pergi panggil. Sya segan la". Kata Sya sambil tangannya mengeluarkan kuih ketayap yang dibeli di pasar tani tadi, disusun ke dalam piring.

"Pi je la. Mami malas nak panjat tangga tu. Sakit lutut ni".

"Tah tah belum bangun kot mami", balas Sya yang membancuh teh dalam teko.

"Bangun dah. Mami nampak dia berdiri kat tingkap loteng masa kita balik tadi. Cepat naik atas panggil dia. Boleh kita sarapan sama sama".

Sya memandang mami berkerut kerut muka seolah olah berat nak naik ke loteng memanggil anak teruna mami. Bukan dia tak biasa naik ke atas tu tapi segan la kali ni. Hidangan di atas meja lengkap sudah. 

Sya sengaja melambat lambatkan, dia keluarkan barang barang basah yang dibelinya tadi, bakal dimasak untuk hidangan tengah hari. Daging dan udang dimasukkan ke dalam besen. Manakala ayam dan ikan disumbatkan ke dalam penyejukbeku peti sejuk. Sayuran dan buah buahan dimasukkan ke dalam bekas yang lain.

"Mana Irfan?", tanya mami yang baru keluar tandas. Biasalah, pagi pagi ni menyahkumbahan sangat aktif.

Sya memandang mami terkejut kemudian tersenyum. "Ya Allah, budak ni. Pi panggil lekas". Tepuk mami ke belakang Sya. Sya terus berlari ke arah tangga. Mami menggelengkan kepala, "Pemalu sungguh la budak ni".

Baru mami duduk selepas menuangkan air ke dalam 3 cawan, Sya terus duduk disebelah mami, "Dah". Terus diminumnya air dalam cawan tadi. Mukanya kemerah merahan.

"Kenapa ni?" tanya mami.
"Lapar la. Dah 930 tu mami. Selalu kita kan minum pagi pukul 8. Dah gigil ni". Sya membalas tersengih sengih. Sya memang tak tahan lapar, nanti angin dan gastrik datang menyerang.

"Morning mami". Irfan muncul dari belakang dan mencium ke dua dua pipi mami. Terkejut Sya yang sedang menyuap nasi lemak kerang. Mujur tak tersembur.

"Morning Fan. Dah sejuk air ni, cepat minum. Hari ni apa aktiviti?".

"Pagi ni duduk rumah, petang ni nak pinjam kereta mami. Nak ke KL kejap". Irfan mencapai karipap kentang dihadapannya.

"Beli ke ni?", tanya Irfan dengan muka berkerut. Mami mengangguk tersenyum kelat. Mami tau sangat, Irfan ni cerewet. Deria rasanya sangat sensitif.

"Laju je Sya makan. Sedap sangat ke? Bak sini mami rasa sikit", mama menegur Sya setelah didapatinya Sya senyap sejak Irfan tiba di dapur. Sya menyuap mami, "Sedap kan mami? Harapnya nanti Sya dapat masak sesedap ni".

"Insya Allah. Macam mami cakap la, kena selalu buat. Practise makes perfect. Kan mami dah ajar hari tu", balas mami.

"Erhmmm..." tiba tiba Irfan berdehem. Mata Sya beralih kepadanya. Mata mereka saling bertembung, terus Sya tunduk makan  kembali. 'Takkan ko pun nak??' Gumam Sya.

*********************************

Irfan keluar dari bilik air sesudah mandi. Dilihatnya hanya ada Sya saja di dapur- bertudung sarung segera, t shirt labuh-geloboh je, seluar jeans lusuh belipat dibawah.

"Mana mami?", tanya Irfan kepada Sya yang membelakanginya. Sya lagi sedang sibuk menyiang udang. Sengaja dia berdiri betul betul dibelakang Sya. Ibaratnya walau seinci Sya bergerak ke belakang memang bersentuhan mereka.

Sya terkedu pabila terdengar soalan iti dan merasai bahang sejuk aura daripada Irfan yang baru sudah mandi. Otaknya cuba mengingati apa yang mami cakap tadi. Dengan paniknya lagi sebab jarak dia dan Irfan. Terhenti segala aktivitinya di sinki. Degup jantungnya terhenti.

"Aku tanya ni, mami mana?". Dipegangnya kedua bahu Sya. Terus merah padam muka Sya.

"Aaaaaa... mami pergi surau kejap. Ada nak jumpa imam" jawab Sya gagap.

Irfan menarik Sya menghadap dia. Sya tersandar di bibir sinki. Kedua tangannya di sisi Sya. Sya mengelak dari memandang muka Irfan, lalu melarikan diri ke depan, 'alamak, bulu dadanya'. Sya mengalihkan pandangan ke bawah, 'apahal dia ni, bertuala je. Nak pandang mana ni?', Sya menjerit dalam hati.



Yang Kedua✔Where stories live. Discover now