"Sya...
Sya..", panggil Suhana berkali kali apabila Sya tiba tiba rebah. Lelaki yang Suhana puji kacak itu yang sempat menangkap tubuh Sya dari jatuh. Kebetulan dia ingin ke tandas."mami... Su, aku kena balik sekarang", ujar Sya menangis mendayu dayu. Suaranya tenggelam timbul, dia cuba bangun untuk mencapai beg galasnya.
"Kau nak balik dengan siapa? Kan jauh nak ambil teksi", bantah Suhana bila melihat Sya tak tentu arah memastikan segala barang barangnya ada.
"Tak pe. Aku boleh pergi ke jalan besar. Tolong cover untuk aku ye", jawab Sya tanpa menghiraukan orang sekeliling. Sya cuba berjalan namun kakinya tak berdaya. Dia jatuh. Air matanya mengalir laju, "mami, tunggu Sya".
"Let me help you. Give me the address and I will drive you there"
Sya berpaling ke belakang mencari suara itu, lelaki yang sempat menangkap tubuhnya dari terhempas ke lantai. Dalam keadaan mata berkaca, pandangannya tak jelas namun dia kenal suara itu, "Adam.. please. Help me".
Suhana memapah Sya berjalan ke Audi Q5 bewarna hitam yang berada berdekatan pintu pagar rumah orang orang tua. Adam membukakan pintu belakang untuk Sya. Didalamnya sudah ada pemandu yang bersedia untuk memacukan kenderaan itu. Sesudah menutup pintu setelah Sya masuk, Adam naik ke dalam kereta melalui pintu sebelah lagi. Q5 itu meluncur laju, Sya berterusan menangis manakala Adam setia disisi bersama sekotak tisu. Tiada perbualan cuma esakan Sya.
Sesekali kepala Sya terhantuk ke cermin kereta akibat jalan yang tak rata. 'Tertidur rupanya, patut tak ambil tisu lagi', bisik Adam, perlahan membetulkan kedudukan kepala Sya ke bahunya.
"Arun, laju lagi", perintah Adam dari belakang. Arun memandang melalui cermin pandang belakang.
"Tuan, ni dah ikut speed limit. Nanti kita kena saman", ujar Arun pelik sebab selalunya Adam memang marah kalau memandu melebihi kelajuan ditetap.
"Saman I bayar nanti. Just be extra careful".
"Sofea, bangun".
Sya terasa tangannya digenggam. Matanya dibuka, memang betul ada orang mengenggam tangannya. Sya bergerak perlahan dari sandarannya. Kepalanya dialih dari bahu Adam, tangannya ditarik dari terus digenggam.Matanya memandang keluar. Kereta menghampiri lorong rumah mami. Banyak kereta di sepanjang lorong itu. Pintu pagar rumah mami terbuka. Ramai orang berkumpul di luar rumah mami. Air mata Sya berderai lagi. "Mami..".
Irfan berdiri di pintu gril memandang ke pintu pagar tatkala sebuah kereta Audi Q5 hitam berkilat berhenti. Matanya terbeliak bila melihat Sya keluar dari perut kereta berkenaan dan meluru masuk ke dalam rumah. Irfan cuba memandang gerangan insan dalam kenderaan berkenaan, gagal kerana cermin yang terlalu gelap.
Sya berdiri di sebelah Irfan yang berbaju melayu hitam lengkap sepasang, matanya memandang sayu sekujur tubuh kaku yang telah diselubung dengan kain batik lepas, manakala pada mukanya ditutup dengan selendang putih. Perlahan Sya mendekati tubuh kaku itu, disingkap selendang putih untuk menatap wajah mami. Air matanya bercurahan. Tak dipeduli lagi sekelilingnya, dipeluk dicium mami sepuas puasnya. Bacaan yassin tidak langsung bertandang di telinganya. "Mami, mami, kenapa tak tunggu Sya?".
Isteri Imam Osman memeluk Sya dari belakang, "Sya, jom kita tukar pakaian dulu. Ambil wudhu dan baca yassin untuk mami. Nanti, Sya tolong kami mandikan mami ye", pujuknya.
Sya masuk ke bilik dan dilihatnya ada Farhana sedang baring di atas katil. 'Pakai jubah yang aku tinggalkan kat kondo ye. Ni mesti kes nak ikut sekali', gumam Sya menjeling masam pada Farhana. Benci. Farhana tersenyum apabila melihat Sya, "Hai".
Sya mengangkat tangan sahaja. Dibukanya almari dan diambil baju kurung yang dibuat bersama mami kali pertama dan terakhir. Sya membawa pakaiannya ke kamar mandi. Tak kuasa nak menukar di situ.

YOU ARE READING
Yang Kedua✔
RomanceSeorang gadis yang kehilangan keluarga tersayang mencari ruang untuk disayangi dan menyayangi. Perjalanan hidup yang jerih harus ditempohi. Note for reader: Be sure you are above 18 as this story includes adults content. Thanks for making this wri...