"Dia buat apa kat sana? Siapa yang sakit?", tercetus dari mulut Irfan. Dahinya dikerutkan memikirkan sesuatu.
"Dia yang sakit. Dia pakai baju pesakit dan duduk kat kerusi roda", jelas Haris memandang sepi telefonnya yang total loss. Sedang dia menyusur tepi jalan menuju ke kereta syarikat sambil melihat gambar tadi, seseorang melanggarnya dari hadapan. Telefonnya jatuh, belum sempat dia membongkok untuk mengambil; sebuah motorsikal melenyek lalu menamatkan riwayat iPhone kesayangannya.
"Ha? Jom kita pergi hospital tu. Aku tak sedap hati pula. Patut pergi rumah dia, tiada siapa", Irfan mencadangkan. Haris menutup matanya, penat.
"Kau pergi la. Aku penat. Nak kena beli telefon baru ni. Dah la gambar gambar tadi tak sempat simpan kat iCloud".
"Are you done?", tanya Adam sesudah mengetuk pintu bilik air, Sya berada di dalam untuk menukar baju. Sunyi. Adam menekan suis lampu, menutupnya.
"Hei...", jerit Sya dari dalam, terus pintu terbuka.
"Jahat", kata Sya menjegilkan mata pada Adam, melangkah keluar dari bilik air. Adam ketawa kecil, dia memimpin Sya berjalan ke katil."Cantik la you pakai dress ni", puji Adam.
"You yang beli. You kena la puji", sindir Sya sedang melilitkan selendang.
Suhana dan Amir tiba tiba muncul dengan satu beg berisi pakaian Sya. "Eh, nak keluar dah? Sorry la, aku baru habis kerja".
"It is okay Suhana, Amir. Dia nak keluar sangat dari petang tadi. Merengek macam baby", kata Adam tertawa. Sya memberikan jelingan maut pada Adam.
"Tapi beb, malam ni..", celah Suhana menggaru kepala yang tak gatal.
"Suhana, I bawa Sofea balik rumah I dulu. You kan sibuk untuk kenduri kawin. Nanti Sofea sihat, I hantar dia". Sya membuat mata berguling guling, menyampah dengan ayat penyata Adam.
Suhana mencubit lengan Sya,"bersyukurlah dia nak jaga kau. Jangan nak macam macam. Aku sibuk ni", bisik Suhana.
"Aku boleh jaga diri la"
"Jaga sangat la kan, sampai kena tikam".
"Kau ni..."
"Sya, perempuan 'tu' yang tikam kau kan?". Soalan Suhana mengejutkan Sya.
"Mana kau tau?"
"Adam mesej aku tengah malam semalam, kau mengigau".'Allahu.. aku tak sedar. Harapnya Adam tak ambil serius', Sya berdoa dalam hati.
"Nama pun mengigau. Takkan kau nak percaya", sangkal Sya.
"Bye Sya. Take care. Aku doakan kau berjodoh dengan dia", bisik Suhana sambil memeluk Sya sebagai ucapan selamat tinggal di dalam Audi Adam. Sya mencubitnya, "gatal la kau ni", matanya memandang Adam yang mengembalikan kereta roda itu ke kaunter.
"Ye la, siap angkat kau masuk kereta gitu. Kalau aku, dah gesel gesel gitu, ngak tahan dong. Hahahaha".
"Tu kau, bukan aku" balas Sya. Arun di hadapan turut tertawa dengan jenaka Suhana.
Audi hitam mula bergerak dari pintu utama hospital ke jalan raya, Sya memandang ke luar. "Irfan?" .
Dia ternampak Irfan berjalan menuju ke hospital. Sya menoleh ke belakang. Suhana masih melambai padanya lagi.
"Pick up the phone, dear. It is so annoying", tegur Adam bila telefon Sya tak berhenti bergetar di atas meja sewaktu Sya menonton televisyen di dalam bilik Adam sementara Adam membaca sesuatu di iMac. Sya menjeling ke skrin telefon, dibiarkan, "mana ada bising. Vibrate kan?".
Sekali lagi berbunyi, "Oh God. Dear.. please". Sya bangun berjalan ke peti ais mini bersebelahan kabinet pejabat Adam.
-hello.
-yes. Ni nombor Hasya Sofea.

ANDA SEDANG MEMBACA
Yang Kedua✔
RomanceSeorang gadis yang kehilangan keluarga tersayang mencari ruang untuk disayangi dan menyayangi. Perjalanan hidup yang jerih harus ditempohi. Note for reader: Be sure you are above 18 as this story includes adults content. Thanks for making this wri...