"Ayah dengan mak buat apa kat sini?".
Irfan menoleh ke kiri bila Naqib yang berdiri disebelahnya bersuara.Ketika itu mereka sedang menunggu Diana di tingkat bawah. Diana berada di wad khas aras atas, menemui Sya, menolong dia mengemas barang untuk dibawa pulang. Dilihatnya seorang lelaki agak berusia tapi masih segak bersama seorang wanita seusianya.
"Qib buat apa?", tanya wanita yang Naqib panggil mak.
"Temankan kawan Qib. Kenalkan ni abang Irfan. Abang, ni mak dan ayah saya". Irfan bersalaman dengan lelaki yang dipanggil ayah.
"Ni ayah kamu terima kerja baru", ujar mak Naqib.
"Kerja baru? Kat hospital ni? Tapi ayah kan pencen polis", soal Naqib, pelik.
"Bukan kerja. Awak ni...", kata ayah Naqib kemudian menyambung.
"Ada program pelindungan saksi jenayah. Saksinya baru lepas bersalin. Perlukan bantuan penjagaan dalam pantang. Tu ayah dan mak terima ".
"Ha?? Saksi jenayah? Kak Sya ke?"
"Nama dia Hasya Sofea. Naqib kenal?", tanya ayahnya. Irfan ternganga.
"Kami baru lepas jumpa Inspektor yang uruskan kes ni. Saksi tu nanti dihantar, bukan kami ambil dari hospital. Tak perlulah ayah cerita, keliling kita ni pun bukannya kita tau ada siapa kan?", sambung ayah. Naqib mengangguk, bersetuju.
"Buat masa ni, puan tinggal di sini. Rumah Sarjan Ahmad dan Puan Aminah. Mereka akan membantu dan melindungi puan dan anak dari diburu. Dari maklumat yang kami diperolehi, mereka akan cuba mendapatkan anak puan. Orang kami akan berada di sekitar sini. Malah kamera pengawasan tersembunyi turut dipasang. Jangan risau Puan Aminah sangat berpengalaman menjaga ibu dalam pantang".
Terasa perit kerongkong Sya bila mendengar bicara Inspektor Govinda Singh, fasih berbahasa Melayu. Matanya memandang Irfan yang duduk bertentangan. Dadanya bagai nak meletup bila tau sekarang Azriel menjadi sasaran utama. Dia baru kehilangan Adam, sekarang Azriel pula menjadi sasaran.
Irfan membalas pandangannya, "kita ikut kata polis", itu yang Sya dapat baca dari gerak bibir Irfan.
Sya ditempatkan di sebuah bilik tingkat bawah, agak besar boleh memuatkan satu katil saiz queen dan perabot.
Pasangan itu pula tinggal di satu lagi bilik, di sebelah bilik Sya. Tingkat atas ada 3 bilik, katanya. Satu bilik Naqib, satu lagi bilik anak sulungnya yang sudah berkeluarga dan satu lagi bilik tetamu.
Irfan serba salah untuk menerima pelawaan Naqib supaya tinggal bersama mereka. Dia tiada kaitan pun dengan Sya mahupun keluarga Naqib.
"Segan abang nak duduk sini. Menyusahkan keluarga Naqib je nanti", tolak Irfan bersopan ketika mereka bersembang setelah Inspektor Govinda Singh balik.
"Takpe Irfan. Lagi ramai lagi bagus. Sya duduk dalam bilik je. Kita lelaki kena ramai. Naqib ni bukan tiap hari balik sini. Kalau ada Irfan, pakcik lega juga. Kes ni kira high profile, risau pakcik ".
"Tapi saya takde transport. Saya dah minta kawan jualkan kereta sebab diorang dah kenal kereta saya. Polis pun dah nasihatkan saya supaya tak menonjolkan diri sangat buat masa ni".
"Irfan ambil cuti ke?"
"Nampaknya begitulah. Saya sepatutnya ke Abu Dhabi lagi dua minggu, ada projek baru".
"Kerja sini?"
"Masih. Syarikat dapat projek di sana. Tak sangka pula jadi macam ni. Saya pun risau juga dengan Sya ni"
"Elok la tu. Temankan kami. Boleh kerja dari rumah tak? Rumah ni ada wifi. Nanti pakcik bagi password. Bila bila free, ajak Naqib pergi ambil keperluan kat rumah Irfan, bawa ke sini".
YOU ARE READING
Yang Kedua✔
RomanceSeorang gadis yang kehilangan keluarga tersayang mencari ruang untuk disayangi dan menyayangi. Perjalanan hidup yang jerih harus ditempohi. Note for reader: Be sure you are above 18 as this story includes adults content. Thanks for making this wri...