Baju kurung putih gading milik kak Hana, anak imam Osman masih tersarung di tubuh Sya ketika Suhana masuk ke dalam bilik selepas selesai Sya bernikah. Tak sempat nak membeli baju, mujur saiz badan lebih kurang. Semua terlalu cepat dan sukar untuk Sya hadamkan. Ternampak saja Suhana, Sya terus menerpa dan memeluk sahabat baiknya itu. Air matanya mengalir laju.
Suhana yang berada di hostel bergegas ke alamat yang Sya berikan melalui whatsapp. Suara Sya dalam esakan menangis membuatkan Suhana makin tak keruan. Dipaksanya Amir memandu kereta dam menemaninya ke rumah mami. Segala soalan Amir tak dipedulikan oleh Suhana. Dalam kepalanya ligat memikirkan Sya, macam mana perkara itu boleh terjadi, apa yang jadi pada Sya.
"Aku tak ingat apa apa pun", jelas Sya memandang tepat ke dalam mata Suhana. Wajah Sya hanya dicalit dengan gincu silky girl yang memang ada dalam begnya, namun jarang digunakan.
"Tak sakit kat situ?", tanya Suhana menunjukkan muncung ke bahagian peribadi Sya. Sya mengerutkan dahi.."wei, kau ni" menampar paha Suhana.
"Ye la, orang cakap sakit kat situ kalau first time. So kalau malam.tadi, dia ehem ehem kau, mesti kau rasa". Suhana menerangkan satu persatu daripada pembacaan sampingannya.
"Tak de pun" balas Sya dalam mengamati keadaan dirinya.
"Memang la tak de. Aku tak buat apa pun kat kau", Irfan yg muncul tiba tiba bersuara.
"Sya, aku keluar dulu." Pantas Suhana bangun dan keluar dari bilik. Irfan terus menutup pintu dan memandang Sya yang duduk dipinggir katil. Katil yang membawa masalah dan penyelesaian yang tak terduga oleh mereka berdua.
"Pandang aku" Irfan memberi arahan kepada Sya yang dari tadi tunduk. Sepanjang dari sebelum majlis nikah mereka, sehinggalah Irfan menyarungkan cincin di jari manis Sya. Sya mengangkat mukanya perlahan. Kosong, pucat memang tak berseri langsung sebagai pengantin. Irfan mengeluh.
"Kita dah jadi suami isteri sekarang ni. Mami dah amanahkan kau kepada aku. Kau tau tak bebanan yang aku perlu tanggung? Segala dosa yang kau buat kat luar sana. Please be good ok? Aku tak sudi kau jadi isteri aku dan kau pun tak rela aku jadi suami kau, kan? Tapi kita dah nikah. Jadinya, tolong putuskan apa2 hubungan cinta kau. Tolong bagitau kekasih kau yang kau dah bernikah. Hal aku kat luar, kau tak payah ambil tau. Hal kau pun aku tak nak ambil tau. Cuma aku mintak kau pandai pandai la jaga diri. Sedar status kau sebagai isteri orang. Aku tau kau baru masuk 21, perempuan umur macam ni tengah mengedik. Aku minta kau berfikiran matang ye. Aku akan cuba jaga kau. Aku sayang mami sebab tu aku terima juga kau sebagai isteri. Kejap lagi aku nak balik KL. Kau tidurlah dengan mami. Mami sayang sangat dengan kau. Pagi esok aku balik sini". Irfan membuka pintu untuk keluar meninggalkan Sya termangu mangu.
Sya menyarungkan t shirt dan track suit, pakaian yang selalu disarungnya dalam kebanyakan situasi. Dilihat mami duduk di meja batu bawah pohon buluh. Sya pergi mendekatinya. Dilihatnya Honda Civic mami tiada di porch.
"Maafkan mami. Malam pertama Sya tanpa suami disisi", mami menggenggam tangan Sya. Sya nak tergelak tapi ditahannya, "apalah mami ni. Ke situ pula".
"Mami tau Irfan dan Sya tak setuju dengan pernikahan ni. Tapi percayalah, dari pandangan mata dan hati mami, Irfan dan Sya memang dah dicipta untuk saling melengkapi. Hanya masa yang akan menentukan bila".
"Mami, Sya reda dengan apa yang terjadi. Ini dah tersurat buat Sya. Sya akan tempuhinya dengan hati yang terbuka".
"Nanti mami buatkan majlis kenduri elok - elok ye", pujuk mami. Dia tahu semua anak gadis inginkan majlis perkahwinan yang sempurna. Kesian Sya, hati mami sedih.
***********************************
"You... bila lagi?" Farhana merengek sambil menarik narik lengan baju Irfan. Irfan sedang memandu menuju ke kelab malam, port biasa mereka.
"Apanya?" balas Irfan keras.
"Kenapa hari ni asyik nak marah marah ni? Dari tadi. Dalam telefon marah, jumpa marah. Tak nak cakap la kalau macam ni". Farhana memalingkan mukanya ke luar dan berpeluk tubuh.
Irfan membiarkan Farhana, dalam kepalanya macam- macam difikirkan. Sakit kepala. Ingatkan balik KL boleh legakan kepala, sekali Farhana datang pula ke unit kondonya. Merengek ajak keluar. Katanya dia ke pejabat, aku tak kerja. Tak boleh la aku nak rehat. Selagi tak ikut kehendaknya, selagi tu akan merengek. Yang terbaik, ikut sahaja rentak Farhana.
Sesekali Irfan menjeling pada Farhana yang masih merajuk kononnya. Dress biru muda paras paha memang muat muat badan Farhana. 'Bila masa dia beli baju ni. Seingat aku, tak pernah dia pakai baju ni'. Hampir keseluruhan pahanya terdedah, tangannya diletakkan diatas peha sambil memegang purse panjang. Kasut indigo 5 inci tersarung di kakinya. Kalau berdiri memang molek benar bentuk punggungnya yang bulat tu. Irfan menelan air liurnya. Dibandingkan dengan Sya, ibarat langit dan bumi. Irfan hanya mampu menggelengkan kepalanya."You.. tidur ke? Dah hijau tu", jerkahan Farhana menyedarkan Irfan. Rupanya dia terlelap sebentar. Dengan pantas kakinya menekan pemacu kelajuan.
Suasana bingit memenuhi ruang kelab. Dengan lampu pelbagai warna, berpusing ibarat gasing pening. Yang peliknya manusia didalam tu tak pening dek kilauan lampu tapi pening sebab alkohol. Irfan duduk di tempat biasa, Azhar keseorangan malam ni. Teman wanitanya bertugas di awan biru malam ni. Farhana tengah melayan kepala di tengah tengah lantai tarian.
"Apa cerita pagi tadi? Kau balik macam mana?", tanya Azhar sambil meneguk coke.
"Mak aku la.. kalut nampak aku balik tak bagitau dia". Irfan memasukkan kacang ke dalam mulutnya. Sedap kacang tu. Kadang kadang, ada kerepek pedas.
"Kau dah lama tak balik kot? Rindu la tu"
"Weekends hari tu tak balik. Aku pergi Genting dengan Farhana". Mereka berdua memandang Farhana yang menari dengan Steven, teman clubbing Azhar.
"Korang memang serius ke?"tanya Azhar bersungguh. Matanya masih belum lepas memandang Farhana.
"Serius la. Dah lama aku kawan dengan dia".
"Like husband and wife?" Duga Azhar.
"Kau ni, macam tak pernah". Gelak Irfan disambut oleh Azhar. Steven datang ke meja mereka, manakala Farhana masih lagi menari tah dengan siapa, Irfan pun tak kenal.
"Wei macha.. Sharon mana?" Tanya Azhar selepas bersalaman style mereka.
"Balik kampung la. Malam ni aku solo, ada yang boleh makan tak?".
"Mana aku tau. Aku pun solo. Awek fly pulak. Ganti orang". Berderai tawa mereka.
"Pekata korang peluk each other. Malam ni aku and Farhana busy". Irfan tertawa besar bila kedua duanya menjerit, "gila lu! Ingat kitorang gay ke?"
YOU ARE READING
Yang Kedua✔
RomanceSeorang gadis yang kehilangan keluarga tersayang mencari ruang untuk disayangi dan menyayangi. Perjalanan hidup yang jerih harus ditempohi. Note for reader: Be sure you are above 18 as this story includes adults content. Thanks for making this wri...