Irfan merebahkan tubuhnya ke katil dengan kasar. Sakit hatinya bilamana melihat Sya makan berdua dengan Haris sewaktu dia balik dari menghantar Farhana. Dia nampak Sya menyendukkan sambal sardin kegemarannya ke pinggan Haris. 'Macam la tangan Haris tu patah', gerutunya.
Dia ingatkan dia berjaya membuat Sya marah apabila dia berpelukan dengan Farhana tengah hari tadi. Kebetulan dia nampak Sya dan Suhana sewaktu lalu di food court, apalagi dirangkulnya Farhana seeratnya dan sengaja dipilih untuk makan di cafe berhampiran. Agar Sya nampak kemesraan dia dan Farhana.
Tak sangka pula destinasi mereka sama.Walaupun sudah kenyang, bau sambal dan telur dadar mengamit seleranya. Air liurnya mulai terkumpul. Sakit hatinya bila Sya bukan sahaja tak mempelawanya, pandang pun tak. Hanya Haris mengajaknya makan bersama. Namun ditolaknya, "Aku dah kenyang. Makan dengan Farhana".
"Ooo.. Farhana namanya", bisik hati Sya.
Keesokkannya, Haris mengetuk pintu bilik Sya apabila dia lihat tiada hidangan diatas meja. Irfan memandang dari dalam bilik, ketika itu dia sedang bersiap untuk ke pejabat. Sya membuka sedikit sahaja pintu bilik, hanya dapat melepasi suara layaknya.
"Sya sihat tak?", tanya Haris membetulkan tali lehernya. Haris dalam usaha mendekati Sya sedikit demi sedikit.
"Sakit perut sikit", balas Sya lemah.
"Boleh Haris masuk?"
"Jangan. Aurat Sya".
"Ok. Kenapa tiba tiba sakit perut ni? Sebab Haris masak semalam ke? Kaki ok?"
Sya tertawa kecil sambil menahan kesakitannya, "Kaki dah kurang. Tengah sakit orang perempuan ni. Dont worry".
"Ok. Haris pergi kerja dulu ye. Jumpa petang ni".
"Ok". Sya menutup pintu dan berbaring semula.
Irfan mengomel, 'jumpa petang ni konon. Sakit perut la. Sakit kaki la. Sebenarnya nak bagi aku sakit hati. Menyesal pula aku ajak dia duduk sini tapi dah dia bini aku. Hurmm.. tak serupa bini pun". Menyampah pun ada pada Haris.
"Eh.. kerja pagi pula kau hari ni?", soal Irfan bila melihat Haris menyarungkan kasut Ferragamonya.
"Aku dah tukar kerja. Nak hidup cara normal macam orang lain. Tak larat dah nak jadi burung hantu. Kerja nearby here. Tapi kena naik tren jugak. Kau lagi best, jalan kaki je".
Haris mengangguk mengiyakan.
"Kalau kau free nanti, balik la tengok adik kau tu. Aku baru masuk kerja, tak best la nak ponteng. Adik kau tak sihat tu".Haris mendengarnya bagai angin lalu. 'Saja mengada. Nak tarik perhatian aku la tu'.
Lutut bertemu dagu, selimut melitupi keseluruhan tubuh, Sya menahan kesakitan. Memang setiap bulan dia akan mengalaminya. Cuma teruk atau tidak. Kali ni agak teruk, mungkin ditambahkan dengan tekanan emosinya.
Cahaya matahari menikam muka Sya, perit. Matanya dibuka perlahan lahan.' Ya Allah, terangnya. Dah pukul berapa ni?', Sya melihat jam pada telefonnya, menunjukkan hampir 12 tengah hari dan juga jumlah panggilan tak berjawab serta mesej. Rasa sakit yang sudah berkurang mula bertambah kembali bila dilihatnya tiada panggilan atau mesej dari Irfan, hanya dari Haris, Suhana dan rakan lain. 'Boleh pula orang lain lebih prihatin dari suami sendiri', Sya mengeluh. Perlahan dia bangun, cuba memijak lantai dengan kaki yang berbalut. Sakitnya. Sudah bengkak rupanya. Dibuka balutan lalu dengan perlahan dia gagahkan jua ke kamar mandi membersihkan diri.
Pintu bilik Sya diketuk perlahan, Sya mencapai tuala tersangkut di belakang kerusi yang didudukinya. "Ye. Siapa?", tanya Sya.
"Haris. Boleh buka pintu?"
"Buka la"
Haris muncul dengan pakaian pejabatnya. Berkemeja biru muda berjalur putih, seluar slack biru gelap. Tali lehernya dilipat dan diselitnya di kocek baju. Tali pinggang Armani masih utuh di posisinya. Rambut beralun lembut. Dia tersenyum melihat Sya membelakangi komputer."Dah sihat?", tanyanya bila melihat skrin pada komputer Sya. Haris duduk dihujung katil Sya.
"Sikit. Much better than this morning", balas Sya tersenyum mempamerkan giginya.
'Padanla comel, ada siung rupanya', bisik Haris membalas senyuman Sya. 'Tak boleh pandang lama lama, bahaya".
"Kaki ni bengkak dari semalam", kata Haris bila melihatnya. Sya hanya mengiyakan sahaja. Memang sakit pun.
Haris keluar dari bilik meninggalkan Sya terpinga pinga bila mendengar bunyi batu lesung dari dapur. Haris masuk kembali ke bilik Sya dengan lengan tersinsing ke siku. Dua butang baju dari atas terbuka. Ditangannya ada mangkuk dan tuala yang Sya beli untuk lap pinggan atau orang panggil good morning towel.
Kaki Sya dipegang perlahan, Sya mengeluh kesakitan.
"Sakit?" Sya mengangguk.
"Tahan ye. Sikit je sayang", ujar Haris sambil tangannya meletakkan halia yang ditumbuk ke kaki Sya, kemudian dibalut dengan tuala. Akhir sekali digunakan pembalut yang Sya buka sebelum mandi tadi.Irfan yang mengintai di pintu tersentak bila Haris berkata demikian kepada Sya. Irfan telah pulang lebih awal dari Haris, namun dia bersantaian di bilik. Enggan melihat Sya kerana pendiriannya.
Mendengar kata kata Haris, Sya tersipu malu. Merah mukanya. 'Suami sendiri pun tak pernah panggil sayang. Jenguk aku pun tak hari ni', rintih Sya.
"Ok. Siap. Sya nak makan apa? Haris pergi beli", ujar Haris mendongak memandang Sya. Sya jadi lembut hati dengan sikap yang ditunjukkan oleh Haris.
"Tak pe. Sya dah masak bubur ayam tadi. Tu je yang Sya mampu masak. Kalau Haris nak makan yang lain, beli la".
"Sempat masak tu. Patutlah kaki makin bengkak", kata Haris menggelengkan kepalanya.
Irfan yang mendengar saja perbualan Sya dan Haris dengan perlahan masuk kembali ke biliknya dan merapatkan pintu.
Malam itu, Sya makan di dalam bilik apabila Haris membawa semangkuk bubur ayam dan segelas air. Sebelum tidur, digantikan halia tumbuk yang dipupuk ke kaki Sya dengan halia yang baru dan juga segelas susu bercampur madu.
Irfan berkurung dalam bilik namun telinga dan matanya sentiasa memerhatikan pergerakan Haris dan Sya. Tumpuannya pada kertas kerja dan projeknya terganggu. Tengah malam itu, Irfan cuba membuka pintu bilik Sya. Dia ingin melihat kecederaan yang Sya alami. Gagal. Pintu bilik terkunci rapi.
Sya tidur dengan lena. Bengkak kakinya mulai surut. Hatinya berbunga bila dilayan baik walaupun bukan dari insan yang bernama suami. Seharian dia tidak nampak kelibat suaminya walaupun mereka serumah. Sedih sangat bila diperlakukan sedemikian. Depan mata sendiri, suami berpelukan berciuman dengan wanita lain. Tu yang Sya nampak. Yang diluar pengetahuan Sya, hanya Allah yang tahu. Ikutkan hati memang Sya nak lari jauh dari Irfan, tapi memikirkan mami dan statusnya sebagai isteri. Berdosa jika dia meninggalkan suaminya. Kesian mami jika Sya mengambil langkah sebegitu.
YOU ARE READING
Yang Kedua✔
RomanceSeorang gadis yang kehilangan keluarga tersayang mencari ruang untuk disayangi dan menyayangi. Perjalanan hidup yang jerih harus ditempohi. Note for reader: Be sure you are above 18 as this story includes adults content. Thanks for making this wri...