"Mami sihat?"tanya Sya melalui corong telefon. Akhir dia menelefon mami adalah setibanya dia di rumah Suhana. Takde tempat lain nak pergi, mujur ibubapa Suhana ke Jepun menemani kakaknya yang dalam pantang. Segan la kalau mereka ada.
"Alhamdullillah. Sya sihat?"
"Setakat ni ok. Tapi rasa rasa macam nak demam", Sya mengadu.
"La.. kena hujan ke? Penat sangat ke uruskan orientasi tu?"
"Tak la mami. Demam rindu mami",Sya dan mami ketawa bersama.
"Mami pun rindu Sya. Sunyi la. Hujung minggu pun Sya tak nak balik", rungut mami.
"Kan ada baby boy mami",pujuk Sya mencebik.
"Mana ada. Dia kan dah kerja. Sewa rumah kat KL tu. Ahad baru ni pun tak balik" terang mami.
'Aha... boleh la balik jumpa mami. Irfan tak de. Rasa macam nak balik hari ni tapi orientasi belum habis. Tunggu setel semua la'.***********************************
"Kau nak ke mana ni?"tanya Suhana melihat Sya memasukkan beberapa helai baju ke dalam beg galas. Dia baru balik dari bertemu dengan kekasih hatinya, Amir setelah usai program orientasi. Sya terus pulang ke hostel, malas nak jadi minah pacak.
"Balik rumah mami. Aku rindu kat dia", Sya menyarungkan tudung bawal merah jambunya. Dibetulkan tudungnya supaya nampak kemas. Gelembung gelembung udara di muncung tudung tu sangat menyakitkan mata.
"Kau kan demam, batuk. Tidur la dulu. Esok kalau dah elok, kau balik la", Suhana memberikan cadangan.
"Sikit je demam ni. Kurang rehat. Nanti aku tidur la dalam komuter. Aku balik kejap je. Mana tau hujung minggu ni mamat pervert tu balik pula. Nak jumpa mami je ni. Rindu nak peluk dan cium dia", Sya memeriksa beg duit ni bagi memastikan cukup duit kecil untuk dijadikan tambang.
Dipandangnya ke jam dinding, "eh.. aku tak boleh lambat ni. Nanti komuter padat dengan orang balik kerja. Bye". Sya menyarungkan kasut loafer biru gelapnya dan melayangkan ciuman ke Suhana.
Perancangannya memang terbaik. Dapat tempat duduk yang selesa. Perjalanan mengambil masa satu jam. Dari stesen komuter, Sya mengambil bas untuk turun di perhentian bas depan 7-11, tempat pertemuan dia dan mami. 'Lebat pula hujan ni. Tunggu la aku sampai rumah mami kalau nak hujan pun', Sya merungut. Apa taknya, elok Sya turun dari bas, hujan pun mencurah turun. Padahal elok je cuaca tadi. Sya meredah hujan.
"Assalamualaikum... mami ooo mami"
"Waalaikumsalam. Ya Allah budak ni. Lencun basah ni". Mami yang bertelekung, baru selesai solat asar membuka pintu untuk Sya.
"Tunggu mami ambilkan tuala"
Mami menyerahkan tuala kepada Sya dan terus Sya mengesat pada badannya.
"Kenapa balik tak bagitau mami??" Bebel mami.
"Nak bagi suprise", Sya tertawa.
"Mami ada panadol?", tanya Sya selepas dia selesai solat maghrib. Ketika itu, mami sedang menggoreng telur dadar. Sya memeluk pinggang mami kuat, "kenapa ni?", tanya mami perlahan. Tangan mami mencapai panadol yang berada di dalam kabinet."Sya rindu sangat dengan mami. Maafkan Sya kalau ada perkara yang Sya buat selama ni jika ada yang melukakan hati mami". Pelukan masih belum dilepaskan.
"Mami maafkan. Tetiba je cakap merepek repek ni", kata mami seraya memegang tangan Sya sejuk. Mami melepaskan pelukan Sya, dirasa pula dahi Sya, panas. Sah demam.
"Ni la nak suprise mami konon. Awak yang demam. Makan nasi dulu, lepas ni makan panadol tu. 2 biji." bebel mami. Sya tersenyum pahit, " 1 je la mami. Kalau 2 nanti confirm Sya pengsan terus. Dah la ubat batuk tu nagi orang mengantuk", Sya tersenyum kelat.
"Eloklah pengsan. Bagi rehat badan tu. Tah pukul berapa tidur malam kat kampus tu..", mami membebel lagi."Takpe ke Sya tidur sorang ni?"tanya mami. Sya menggangguk.
"Demam sikit je mami".
"Mami buka sikit pintu ni. Apa apa nanti, Sya panggil mami. Mami nak baca yassin sebelum tidur. Lupa pula malam ni malam jumaat".
Sya tersenyum dan mengangkat tangannya lemah, menunjukkan tanda ok. Dah telan 2 biji panadol, Sya terus hilang. Dah masuk ke alam rehat.***********************************
Projek pertama Irfan, pembinaan komplek membeli belah di Segamat. Untuk itu, dia harus melawat tapak projek dan menghadiri mesyuarat di pejabat kliennya di Johor Bahru. Mesyuarat habis agak lambat, namun Irfan dan Azhar, teman sepejabatnya mahu balik ke KL juga. Selesai makan malam di R & R Nilai, Irfan berkira kira untuk balik. Suhaimi, kawan sepejabatnya sudah gelisah. "Kau nak gerak ke tak ni? Dah lewat". Jam menunjukkan pukul 1230 malam.
"Tu la. Kepala aku pun dah berat. Dah kau cakap nak tumpang tidur rumah adik kau tadi. Apakata kau hantar aku ke rumah mak aku. Dah setaman kan".
"Set. Esok pukul 10 aku ambil kau".
Irfan membuka pintu grill dan pintu papan perlahan, tak mahu mengejutkan mami. Dia cuba melangkah naik tangga tapi tak daya. Nak tidur di ruang tamu, nanti mami marah. Sememangnya kepantangan mami tidur bersepah sepah. Akhirnya Irfan melangkah masuk ke bilik berhadapan dapur. Dia rebahkan tubuhnya di atas katil yang kepenatan. Bau dalam bilik itu serta merta mendamaikan jiwa dan terus menghanyutkan Irfan yang memang mengantuk.

ANDA SEDANG MEMBACA
Yang Kedua✔
Lãng mạnSeorang gadis yang kehilangan keluarga tersayang mencari ruang untuk disayangi dan menyayangi. Perjalanan hidup yang jerih harus ditempohi. Note for reader: Be sure you are above 18 as this story includes adults content. Thanks for making this wri...