bab 12

26.4K 578 9
                                    

"Mami dengan Sya nak pergi mana?"soal Irfan apabila dilihatnya mami melangkah keluar dari pintu dan Sya menutup dan mengunci pintu grill tatkal dia sedang menuruni tangga.

"Nak ke Super 7 kejap. Mami nak beli barang kering. Banyak yang dah habis", jawab mami yang sedang menyarung kasut.

"Sya buka pintu ni. Mami, Irfan nak ikut".

Sya menjelirkan lidahnya dan menghidupkan enjin kereta dan terus duduk di tempat pemandu. Mami meminta kunci pintu dari Sya. Sebaik mami membuka pintu, Irfan terus pergi ke Sya, "aku drive. Kau duduk tepi".

"Kalau aku tak nak?" Cabar Sya memandang tepat ke mata Irfan.

"I will kiss you right here. Depan mami", balas Irfan yang mulai mendekatkan wajahnya ke wajah Sya. "Gila!!" Sya menolak Irfan ke tepi dan terus  duduk di belakang.

Sya yang menolak troli mengikuti Irfan dan mami berjalan memilih barang. 'Untunglah, boleh bermanja. Anak tunggal. 100% untuk kau seorang. Aku ni menumpang kasih je'.

Sya menatap telefonnya. Mesej dari Suhana, teman baiknya merangkap teman sebiliknya di hostel. Dibalasnya mesej tersebut. Troli masih didepannya. Tubuhnya dilekapkan ke pemegang troli, sesekali memandang mami yang memilih bawang dan cili kering. Jauh sikit berhentinya. Lagipun kawasan itu sesak dan sempit. Sya pun malas nak serta memilih, biarlah Irfan menolong.

"Buah hati mesej ke?"
"Mana ada"
"Dah tu, senyum sorang sorang"
"Hurm... Sya senyum kat bangla ikan tu". Jawab Sya memuncungkan bibirnya ke arah bangla yang berada di bahagian pemotongan ayam.

Irfan tersenyum, 'boleh tahan loyar budak ni'. "Larat ke tolak troli ni?"tanya Irfan memandang Sya yang langsung tak memandangnya. Sya mengangguk, buat muka toye. Malas nak layan.

"Kalau tak larat, boleh je tolong tolak macam ni". Irfan terus berdiri di belakang Sya. Tangannya diletakkan di pemegang troli. Maknanya Sya berada ditengah tengah, antara troli dan Irfan. Sengaja Irfan merapatkan tubuh pada Sya, dikala Sya cuba melepaskan diri.
"Please, kat public ni."
"Kalau bukan public, lebih dari ni aku buat". Irfan tetawa kecil.
Sya memijak kaki Irfan, mengaduh dibuatnya. Lalu tangannya terlepas dari memegang troli. Apalagi, terus Sya berlari mendapatkan mami. "Banyak lagi ke mami? Meh Sya tolong bawa ke tempat penimbang".
Tangan Sya cepat mengambil plastik yang berisi bawang besar, bawang putih, cili kering, bawang merah dari mami. Matanya menjeling memandang Irfan.

***********************************

"Mami..." tangan Sya memicit lembut kaki mami. Memang itu yang dilakukannya setiap kali sebelum mami tidur. Irfan telah keluar selepas merekaa makan malam. Memang itu rutinnya. Kononnya, sementara belum kerja nak rasa kehidupan malam. Nanti bila dah kerja sibuk.

"Ada apa Sya?" Mami mengusap kepala Sya.

"Sya kena balik kampus esok"
"Kan ada lagi 2 minggu sebelum masuk semester baru".
"Sya bertugas untuk minggu orientasi"
"Owhh.. Sya nak mami hantar ke?"
"Boleh je. Sampai komuter. Pagi esok ye mami. Sya kena ada kat sana pukul 9".
"Awal tu. Lepas subuh, kita gerak ye. Mami nak tanya ni".
"Tanya apa?"
"Irfan ada buat apa apa ke kat Sya?" Mami memandang mata Sya. 'Aduhai mami. Kenapa soalan ni'
"Takde la mami". Sya mengalihkan pandangannya.

************************************

'Sunyi sangat pagi ni. Tidur lagi ke diorang tinggalkan aku lagi?' Irfan memasang telinga cuba menangkap bunyi dari tingkat bawah. Dia baru bangun tidur setelah pulang jam 2 pagi. Menikmati keindahan malam bersama Farhana. Farhana tinggal bersama keluarganya. Jadi mereka bertemu di Kuala Lumpur. Jarak perjalanan satu jam dari rumah masing masing.

Irfan turun. 'Sah aku kena tinggal' bila dilihatnya kereta kancil lama milik mami yang sentiasa diletakkan di luar rumah tiada. Irfan ke dapur, diangkatnya tudung saji. Ada nasi goreng belacan. Boleh la untuk mengisi perutnya. Dari satu pinggan mulanya.. tau2 dah habis semangkuk.

Yang Kedua✔Where stories live. Discover now