bab 60

29.3K 375 18
                                    

"Tan Sri, ni surat perletakan jawatan. I lepaskan segala jawatan I dalam syarikat- syarikat you. Termasuk juga semua saham milik I, I kembalikan pada you. Ni semua dokumen berkenaan". Adam meletakkan beberapa fail ke atas meja. Puan Sri dan ahli lembaga pengarah turut ada bersama. Mereka semua terkejut dengan tindakan drastik Adam, kecuali Tan Sri dan Puan Sri. Puan Sri Sarah mula menangis, dia dah terasa Adam akan meninggalkannya. Adam datang kepada mama tersayang, melutut dan bersalaman lalu memeluk erat tubuhnya, "I love you mama. Adam takkan jauh dari mama". Kemudian dia bersalaman dengan ahli pengarah yang lain termasuk Farah dan Amanda. Tan Sri enggan menerima hulur tangannya. Dia akur. Dia pergi meninggalkan empayar perniagaan kemegahan daddy.

Adam menggenggam erat tangan yang masih ada wayar dan tiub air, ditahan air matanya dari menangis. Tak disangka, Sofea dalam keadaan ini.
Dia tak tahu mengapa tiba tiba Eddy menghubunginya malam itu. Lewat malam sebenarnya, selepas dia bersolat dan memanjatkan doa untuk bertemu insan yang dia sayang.

"Ada apa kat KL? Family emergency?", soalan pertamaku sebaik duduk di meja restoran mamak. Eddy sedang berbual dengan seseorang, aku kenal mukanya, salah seorang pekerja hotel. Keduanya menoleh padaku.

"Aku nak minta maaf sebenarnya", Eddy memulakan bicara.

"Kenapa?"

"Pekerja kita, Hasya Sofea". Nama itu membuatkan emosiku bercampur baur. Suka tapi melihat riak muka mereka berdua, hatiku gundah gulana.

"Dia di HKL", tambah Eddy. Aku rasa nak pitam. Dah la dari pagi sibuk dengan urusan kerja yang perlu aku selesaikan sebelum meninggalkan syarikat kepada yang lebih berhak.

"Kenapa?"

"Apa hubungan kau dengan dia? Kenapa Puan Sri cari dia sebaik tiba dari KL? Kenapa tetamu tempoh hari pun pilih dia? Apa kaitannya?", tanya Eddy menatap wajahku mengharapkan jawapan. Tiada lagi formaliti bos dan pekerja.

"Kau kata dia dah berhenti masa aku tanya hari tu", balasku, melambai pada pelayan untuk memesan air.

"Aku tipu", selambanya menyedut rokok yang baru dinyalakan.

"Jawablah. Aku tanya Mus, dia pun tak pernah tau. Sya tak pernah sebut nama kau. Ha... Irfan. Dia pun cari Sya semalam. Dok honeymoon pun, cari perempuan lain". Mus dan Eddy tersengih, menggeleng kepala.

Aku mengalih pandangan pada Mus. "Kenapa dia perlu cerita pada Mus? Siapa Mus dalam hidup Sya?". Hatiku mula berdebar.

Mus tersenyum, "boss, Sya tu rapat dengan isteri saya. Staff hotel juga. Banyak la kongsi cerita bila menumpang tidur di rumah tu".

Aku menghela nafas lega, teh tarik panas kusisip sedikit demi sedikit. Aku nampak senyuman sinis Eddy dengan kening terangkat sikit, aduhai... termasuk perangkap tanpa aku sedar.

"Well.. we planned to get married".

"Wow.. dia goda kau dalam tempoh sesingkat tu?", tanya Eddy terkejut.

"Dia tak macam tu la Eddy", respon Mus  membela Sya.

"Kau tau tak, dia ni kaki betina Mus. Mana ada perempuan menolak Adam. Aku ni kawan dia dari sekolah tau. Sorry bro, aku kutuk kau depan depan", bersemangat betul apek ni mengutuk aku.. zaman silam aku sebenarnya.

"Kau tidur dengan dia?"
"Berapa kali korang projek sampai kau boleh nak kawin dengan dia. Hebat sangat ke sampai kau tak boleh lupakan dia?"

Banyaknya soalan apek Eddy ni. Aku membiarkan saja soalannya.

"Entah entah, Irfan pun cari dia atas sebab yang sama. Ye la, malam tu aku nampak dia lain macam dengan Sya".

"Dah?", soalku setelah macam macam keluar dari mulut Eddy.

Yang Kedua✔Where stories live. Discover now