"Azriel, jangan lompat. Ibu cubit nanti", gertak Sya bila Azril melompat di atas sofa sebaik masuk ke rumah.
Aksi Azriel terhenti seketika saat Sya membuntangkan matanya. Geram hati Sya, saja buat perangai kat rumah orang. Tau la bukan rumah orang lain, rumah pakcik Ahmad dan makcik Aminah ibaratnya rumah datuk dan neneknya. Tapi Sya tak suka, nampak macam tak pandai jaga anak.
Kuih cara berlauk dan daging masak hitam yang dibawa bersama, terus dihantar ke dapur. Pakcik dan makcik masih di luar, berbual dengan Irfan. Diana sedang memotong lengkong merah, nampak menyelerakan di kala bulan puasa ni. Dah la cuaca panas.
"Mana Naqib?", tanya Sya selepas bersalaman dengan Diana yang makin gebu pipinya. Tanda bahagia, seri bakal ibu.
"Pergi bazar ramadan. Nak beli ayam percik dan murtabak katanya. Diana teringin kuih jongkong. Harapnya ada la", jawab Diana, mengatur potongan agar agar tadi ke dalam piring.
"Akak sihat?". Aku mengangguk, pelik dengan soalannya.
"Mak cakap abang Irfan call, cerita yang akak muntah muntah minggu lepas", tambah Diana seakan memahami persoalan hatiku. Aku tersengih mengenangkan peristiwa itu.
"Mak kata Azriel nak dapat adik", usik Diana.
"Heiii.... mana ada. Akak silap makan hari tu. Gulai nangka mak bagi hari tu, akak nampak sedap sangat. Dah dua hari tapi belum basi, akak panaskan aje untuk lunch. Lepas tu, bikin teh O pula. Memang cari pasal", terangku sambil ketawa besar.
Teringat Irfan panik sewaktu tiba di rumah, bila nampak aku terbaring tepi bilik air, setelah panggilan telefonnya tak kujawab. Malas nak baring jauh jauh, senang nak muntah.
"La, ingatkan ada la geng baby dalam perut ni nanti", keluh Diana.
"Tu tahun depan. Insya Allah", balasku menyusun kuih cara ke dalam piring bujur. Lauk tadi sudah aku salin ke dalam mangkuk pyrex.
"Apa yang tahun depan?", tanya mak menjinjing pembelian Naqib agaknya. Ada air tembikai, sedap pula aku tengok. Haih... kenapa tergoda dengan kaler merah ni. Lapar sangat ke? Baru hari kedua puasa.
"Ni kak Sya cakap dia takde baby pun. Tahun depan baru ada", jawab Diana bagi pihak aku.
"Ye ke yang? Janji hari tu Azriel tiga tahun. Lagi beberapa minggu je, Azriel nak sambut birthday ke tiga". Tiba tiba Irfan menyampuk sambil merangkul pinggangku dari belakang. Aduh dia ni, depan orang pun nak manja manja. Pipiku dicium selamba. Ahhh.. parah dah ni. Pantas aku mencubit lengannya supaya tak berlebihan.
"Sakit la. Kenapa cubit cubit ni?", jerit Irfan menggosok kesan cubitan ketam maha berbisa.
"Kat rumah orang pun nak buat macam rumah sendiri. Anak dengan abah, sama je. Pergi tengok Azriel tu, dok melompat atas sofa mak. Karang Sya nampak dia lompat, bukan dia je kena cubit, abang pun kena sekali", kataku berangin.
Malu tau, malu. Diana tersengih sengih bila Irfan beraksi manja tadi. Mak dah biasa dengan perangai Irfan tapi aku tetap malu. Irfan memang jenis suka hati dia, nak cium ke nak peluk ke nak baring atas peha aku ke, depan orang pun dia buat. Apa saja yang terlintas di hati.
"Ha.. macam ni la mak. Sya ni asyik berangin je sekarang. Tak boleh tercuit. Risau kalau tinggalkan Azriel dengan dia. Takut digulainya budak tu", adu Irfan sambil berjalan ke ruang depan.
"Abanggg!!!!", jerit aku. Nak aje aku baling piring pada dia yang dah lari mencicit selepas sempat menarik hujung belakang tudung bawal satin yang aku pakai. Dah la aku tak semat jarum tadi.
***
"Sayang", panggil Irfan sambil menarik aku yang baru sudah mengoles losyen di lengan dan kaki, ke dalam pelukannya. Kami pulang ke rumah selepas terawih berjemaah tadi. Pakcik Ahmad menjadi imam.
ANDA SEDANG MEMBACA
Yang Kedua✔
RomanceSeorang gadis yang kehilangan keluarga tersayang mencari ruang untuk disayangi dan menyayangi. Perjalanan hidup yang jerih harus ditempohi. Note for reader: Be sure you are above 18 as this story includes adults content. Thanks for making this wri...
