Irfan
Aku mengelus lembut rambut blonde Farhana yang panjang. Kepalanya terlentuk di bahuku. Tidurnya lena. Perjalanan pulang kami mengambil masa 14 jam. Penat.
Akhirnya, bau angin Malaysia menerobos lubang hidungku tatkala kakiku melangkah keluar pintu KLIA. I miss you Malaysia. I miss mami very much.
2 tahun aku tak pulang. Tahun akhir pengajian, aku terlalu sibuk kononnya dengan projek akhir tahun. Walaupun sebenarnya ditokok tambah dengan aktiviti bersama Farhana. Kemudian, aku bekerja di sana sambil menunggu Farhana menghabiskan tahun akhirnya. Masa cuti, kami melancong bersama sama.
Sampai di tengah tengah bandaraya Kuala Lumpur, aku hanya boleh kata wow!!...
Daftar masuk di Hotel Mandarin bersebelahan KLCC, dapat kunci dan terus ke bilik. Seronoknya dapat baring di atas tilam empuk. Sakit badan bila tidur duduk di dalam kapal terbang. Mata pun spontan tertutup.
"Sayang... bangun la. Nanti lambat you pergi interview".
Aku membuka mata perlahan. Lemah rasa seluruh badan tanda rehatku belum cukup. Tapi bila melihat keseksian Farhana dengan robe mandi hotel, terus segar mata. Bibirnya melekap perlahan pada bibirku."Malas la I nak pergi. Kerja dengan you lagi best".
"You jangan nak mengada. Bukan senang tau nak dapat interview tau. Pergi mandi cepat".
Farhana bingkas bangkit dan menarik aku bangun. Lalu dicampaknya tuala kepadaku. Perlahan lahan aku melangkah dan memeluk Farhana dari belakang, sedang dia mencari baju dari dalam beg pakaiannya yang besar itu.
"Irfan.. jangan la. You tengok jam tu dah pukul berapa. Lagi setengah jam tau interview you". Farhana melepaskan diri dari pelukanku. Dicapainya dress separas lutut tak berlengan bermotifkan bunga musim panas. So sexy... grrrr
"Ala.. dekat je. I cross jalan depan ni je". Aku menarik tangan mulusnya dan ku bawa ke bibirku.
"Dekat pun.. kalau you tak bersiap.. tak de makna. I nak keluar ni, nak ronda KLCC, avenue K, Pavilion. You nanti apa apa hal, call I k". Sambil dicalitnya gincu YSL Rouge Por Couture- star clash lip color, yang kubeli dulu hadiah sempena ulang tahun kelahirannya.
Aku membersihkan diri dan bersiap untuk ke temuduga. Bukan temuduga sangat pun. Lebih kepada suaikenal. Ini adalah anak syarikat kepada syarikat yang aku kerja dahulu.
YOU ARE READING
Yang Kedua✔
عاطفيةSeorang gadis yang kehilangan keluarga tersayang mencari ruang untuk disayangi dan menyayangi. Perjalanan hidup yang jerih harus ditempohi. Note for reader: Be sure you are above 18 as this story includes adults content. Thanks for making this wri...