bab 13

26.2K 580 16
                                    

"Cuba cerita kenapa tiba tiba kau nak tumpang rumah aku ni?"tanya Suhana menghulurkan satu mug air kosong kepada Sya. Sya menyambutnya sambil sebelah tangan lagi membuka tudung.

"Nikmatnya dapat lepaskan rambut at all time".

"La.. kat rumah mami, kau pakai tudung ke?"

Sya mengangguk "kecuali dalam bilik".

"Kenapa?"

"Anak lelaki mami yang belajar kat UK tu dah balik. Ada kat rumah tu".

"Owhh.. patutlah. Eh, tapiiiii... ke kau ada kisah lain ni??"duga Suhana mengangkat angkat kening ala ziana Zain.

"Tu pun ada. Aku rasa kurang selamat. Tu yang aku text kau nak tumpang sementara hostel buka. Rumah ni kan kau duduk sorang". Sya menyisip sedikit air dan menyandar ke sofa. Dia melepaskan keluhan yang amat dalam.

"Aku dah agak dah. Dia buat apa kat kau?" Suhana mengorek satu persatu cerita Sya.

"Bahaya tu. Mana tau tetiba dia ngap kau plak"

"Nauzubillah. Kau ni, mulut takde insuran ye?" Suhana terkekek kekek ketawa.

************************************

Irfan keluar ke halaman, masuk ke dalam rumah semula. Dipandangnya ruang tamu di sebelah kirinya, tiada. Depannya ruang makan, terletak meja makan untuk 6 orang memang jelas kelihatan. Takde ruang tersorok. Langsir bilik mami disingkap. Ada katil saiz queen, meja terletaknya tv led 30 inci, almari baju, meja solek dan rak buku.

Bilik ke dua- bilik Sya tidur, dia tak berani nak buka sementelah mami ada di dapur. Bilik kedua ini, pintunya menghadap meja makan untuk 4 orang yang terletak di dapur. Mami sedang memotong limau kasturi untuk digaul bersama ikan keli bagi membuang bau hanyir.

Irfan terus ke belakang. Pintu bilik terakhir terbuka, jadi nampak jelas apa yang ada didalamnya. Sebelah kanan ada dua pintu, pintu untuk bilik mandi dan juga tandas. Kedua duanya terkunci dari luar.

Irfan berjalan ke biliknya. Andainya, mungkin ada di situ. Hampa, pun tiada. Irfan membaringkan diri di atas katilnya. Telefon bimbitnya berbunyi, menandakan ada mesej masuk. Dibacanya, tuan punya kondo yang ingin disewa, membalas mesejnya. Kondominium baru itu terletak lebih kurang 20 minit dari pejabatnya, memudahkan dia berulang alik bekerja.

Matanya terpandang bakul baju kotor yang terletak di belakang pintu. Ada lagi di situ. Masih ada baju kotor yang dipakainya dari pagi semalam. Maknanya Sya belum masuk ke biliknya sejak dari peristiwa itu.

Irfan pulang dari berjogging awal. Dia baru mula berlari tiba tiba hujan turun. Mahu tak mahu terpaksalah dia patah balik, pulang ke rumah. Disebabkan basah ditimpa hujan, Irfan terus naik ke biliknya sambil membuka baju yang lencun itu. Sememangnya, pintu bilik dibiarkan terbuka sebelum keluar berjogging. Sebaik masuk, Irfan terus menutup pintu dan ingin memasukkan baju tadi ke bakul pakaian kotornya. Tapi apa yang dilihat, Sya berdiri terpempan memegang bakul tersebut.

"Hai"ucap Irfan tersenyum menggoda. Matanya merenung wajah Sya yang mulai kemerah merahan.
Sya mencapai tombol pintu tapi pintu ditahan Irfan dari terbuka. Perlahan Irfan bergerak ke pintu dan bersandar di situ. Punat tombol pintu ditekannya.

"Maaf. Sya nak ambil bakul ni je. Nak basuh baju. Tadi kan awak pergi jogging".

"Jadi kau memang masuk bilik ni masa aku takde?"

Sya menggangguk, "ambil baju saja. Sya tak usik benda lain".

"Tolong bagi Sya keluar"pinta Sya setelah Irfan tak berganjak dari posisinya.

"Kau menyerah diri bila kau masuk bilik ni".

"Tapi Sya nak ambil ni saja. Takde apa apa"balas Sya merayu. Sya ingin mencapai tombol pintu tapi Irfan lagi cepat, menolak tubuh Sya ke atas katilnya. Sya cuba bangun tapi tak berjaya bila Irfan sudah berada di atasnya. Kedua dua tangan Irfan berada disisi kepala Sya, menongkat tubuhnya dari terus menghimpit tubuh Sya. Kepala Irfan perlahan turun kearah wajah Sya. Bibir Irfan siap sedia untuk menjamah bibir merah Sya. Sya pantas mengalih mukanya, bibir Irfan hanya singgah di pipi mulus Sya. Sya menolak tangan kanan Irfan dan menolak tubuh Irfan ke kiri. Sya terus keluar dari bilik Irfan meninggalkan bakul baju kotor.

************************************

"Mami, kita berdua je makan hari ni??"tanya Irfan pada mami sambil menyenduk kari kepala ikan jenahak kegemarannya.

"Ada nampak orang lain ke?"balas mami sedikit sarkastik.

"Sya mana?"

" Balik kampus. Katanya bertugas untuk orientasi".

'Alhamdullillah. Akhirnya keluar juga budak tu dari rumah ni. Sekarang, perhatian mami hanya pada aku. Tak lagi terbahagi dua'. Irfan tersenyum dalam hati.

Yang Kedua✔Where stories live. Discover now