bab 6

31K 612 15
                                    

Irfan

'Bestnya tidur kat katil sendiri. Rindu betul dengan bantal bantal ni'.

Ku cium satu persatu bantal di atas katil. Kupandang sekeliling bilik, sama seperti dulu. Tak berubah dan tak berhabuk. Mami memang rajin bab mengemas rumah. Ibarat kata the best mum n wife. Tu sebab arwah ayah sayang sangat. Lukisan lukisanku dibingkaikan oleh mami dan digantung pada dinding. 3D puzzle berbentuk taj mahal, menara eifel masih mami letak di atas meja.

Aku bangun menarik langsir, redup cuaca hari ni. Matahari dilindungi awan. Ku buka tingkap. Terdengar suara ketawa. Aku mencari suara itu, nampak mami dan budak tu, apa namanya.. Sya sedang mengeluarkan barang dari bonet kereta. Mereka ke pasar rupanya. Pandanganku jelas kerana bilikku di loteng. Seronoknya mami. Tetiba ada rasa cemburu melihat budak tu rapat dengan mami.

'Kenapa dengan bibik tu mami boleh baik. Kenapa bukan dengan Farhana?'. Aku tak puas hati. Dari semalam aku perhatikan. Cara dia memegang tangan mami tatkala aku berada di luar pintu, cara dia menyalami dan mencium pipi mami sebelum dia meninggalkan aku dan mami berbual sambil minum kopi. Aku meluat. Aku nampak kepura- puraannya di situ.

Sekarang dia membawa barangan yang dibeli sambil memimpin tangan mami memasuki perkarangan rumah. Eeee... menyampah. Macam la mami tak larat nak jalan. Mami masih kuat la.

Pelik, macam mana dia boleh baik dengan mami. Mami ni jenis memilih juga orangnya.. ajaib betol ni.

Pintu bilik kubuka perlahan, saja nak dengar perbualan mereka. Tapi gagal.
Aku kembali berbaring di katil empuk yang telah lama kutinggalkan, dengan tuala terikat dipinggang. Sebenarnya nak pergi ke bilik air, tapi macam lagi best kalau baring baring dulu. Nanti dah kerja, memang tak dapat la.

"Assalamualaikum", beserta ketukan kecil di pintu. Aku bingkas bangun sambil memegang ikatan tuala yang telah agak longgar. Rupanya aku terlelap. Huhhh

"Waalaikumsalam".

"Mami minta Sya panggilkan, ajak minum pagi".

"Ha, ye la. Kejap lagi aku turun". Gagal nak pandang mukanya. Sya ni berpaling ke belakang pula. Malam tadi berbalam, lepas tu ada mami. Takkan nak renung pulak.

Tuala kubuka dan seluar track aku sarungkan. Ambil balik t shirt malam tadi, pakai. Tuala aku sangkut di bahu. Belek sikit muka kat depan cermin, mana tau ada tahi mata pulak. Rambut kusikat menggunakan jari je. Baru hensem. Ammak!

Yang Kedua✔Where stories live. Discover now