bab 41

23.7K 482 21
                                    

-how is she?
~farhana selalu kacau dia
-eh? How?
~rumah parents dia dekat area ni. I tak tau pun dia satu komuniti dengan I.😑
~masih murung dan sedih.
-even after the holiday?
~yes. Rasanya masih ingatkan Irfan. Semalam tak kerja lepas dapat sijil cerai dari jabatan agama.
-that bad?
~😔 tak tau macam mana nak tolong dia.
-what did Farhana do?
~mulut tu tak de insurans. Semua orang dah tau Sya janda sebab curang. So yang lelaki nak try Sya, yang perempuan tak nak kawan. Yang kutuk Sya pun ramai.
-lagi?
~oh.. last week dia bawa Irfan shopping sekali, dia cakap nak bawa Irfan balik dan kenalkan dengan famili.
-purposely?
~ dia akan bayar kat kaunter Sya juga walaupun kena beratur panjang.
-will text you later. Ada meeting. Please take a good care of her.
~ I will.

"Sya. Ada orang nak jumpa", ujar Encik Taufik, supervisor Giant sewaktu Sya mengambil bekal yang dibawa dari rumah untuk dimakan semasa rehatnya- sekarang.

"Siapa?", tanya Sya menggaru kepalanya.

"Entah. Dia tunggu kat kaunter informasi katanya".

Irfan berdiri berpeluk tubuh sambil bersandar pada tiang sebelah kaunter informasi. Dilihat pada jam, 15 minit sudah berlalu. Bila ditanyakan kepada pekerja yang bertugas, katanya sekarang waktu rehat Sya. Irfan tersenyum kelat.

Sya memandang dari jauh ke arah kaunter informasi. Dia nampak susuk tubuh lelaki yang dikenalinya memakai kemeja merah hati, berseluar hitam. Sya menahan sebaknya, dia berpaling dan berjalan ke belakang bangunan, kawasan pemunggahan barang 'kotor pun takpe. Aku lapar, aku nak makan. Pedulikan dia'.

"Lari dari abang?"
Sya mengangkat mukanya memandang ke arah suara itu, 'boleh pula dia cari aku kat sini'.

"Penat abang tunggu kat depan. Nasib baik ada guard bangla tu bagitau Sya makan kat sini", kata Irfan melabuhkan punggung di sebelah Sya yang duduk di tembok belakang bangunan. Sya mengunyah perlahan nasi goreng planta dengan sambal telur yang dimasak sebelum pergi kerja. Sya membisu dan membuang pandangannya ke arah kenderaan yang melalui lebuhraya di belakang Giant.

"Minta sikit. Rindu dengan masakan Sya. Dah lama abang cari Sya", tambah Irfan sambil menyuap bekalan Sya ke mulutnya. Masih ada setengah bekas nasinya. 'Sedapnya bekal nasi ni', bisik hati Irfan.

'Macam tak boleh call atau text', desis hati Sya. Sya berpeluk tubuh seolah olah tak mendengar apa yang dikatakan.

"Macam mana Sya sekarang?"

"Macam ni la", balas Sya mulai sebak.

"Makin kurus dan cengkung abang tengok", Irfan memberi pendapatnya.

'Aku menderita sebab kau'. Sya menarik nafas, mengawal emosinya dari berkecamuk seperti semalam baru terjadi peristiwa merobek hati.

"Kenapa cari Sya? Tak kerja ke?"

"Sya dah dapat surat tu?"

Sya mengangguk perlahan.

"Sya tak rindukan abang?"

"Soalan apa ni Encik Irfan?", tanya Sya yang bangun dari terus duduk di sebelah Irfan.

"Abang tanya ni"

"Waktu rehat Sya nak habis dah. Sya nak masuk shift balik. Dah sudah makan kan?" Sya menutup bekas makanan yang Irfan letak disisinya, licin tak bersisa. Dia menahan air matanya yang mulai bertakung. Sya berjalan meninggalkan Irfan termangu menantikan jawapan dari Sya.

Irfan faham, sangat faham keadaan Sya. Dia menyesal tapi dia sendiri tak faham tentang dirinya. Farhana, wanita yang dicintai tapi menjengkelkan dia manakala Sya, tiada cinta namun ketiadaannya dirasakan sepi. Awalnya memang dia rasa hebat dan betul bila melafazkan talak ke atas Sya. Terasa beban yang digalas dari hari pertama melafazkan akad hilang namun bila teringat Sya dengan lelaki lain hatinya sakit, sedangkan dia tiada apa apa perasaan terhadap Sya. Sepatutnya perasaan itu tiada wujud.

Yang Kedua✔Where stories live. Discover now