bab 37

24.2K 466 7
                                        

'Sya sayang, abang you demam ni. I kena outstation petang ni' - mesej dari Haris.

Sya sudah bersiap untuk ke perpustakaan, memandang pada Suhana yang sedang mendail nombor Amir.
"Sorry Su. Aku tak dapat ikut korang".

"La.. kenapa pula? Bukan ke kau yang nak pergi rumah orang-orang tua tu lepas pulangkan buku tu?", keluh Su, terus duduk di katilnya yang telah siap dikemaskan.

"Irfan demam. Tak sedap hati pula aku", ujar Sya mengeluh, matanya memohon supaya Suhana faham keadaannya.

"Elleh... sayang laki la tu", balas Suhana terkekeh gelak. Jarinya pantas menaip sesuatu pada telefon. Sya hanya mampu tersengih.

"Aku ada dia je sekarang. My only husband", balas Sya mengenyit mata.

Tiba di kondo, Sya menggelengkan kepalanya melihat betapa bersepahnya ruang tamu dan dapur. Dijengahnya bilik Irfan yang sedang berselimut tebal. Sya meletakkan belakang tapak tangan di dahi Irfan perlahan lahan. Irfan tersedar, "mana tau..".

"Shhh... tidur ye. Sya buat bubur kejap", bisik Sya kemudian mengucup dahi Irfan. Dia kemudian menyarungkan pakaian lebih santai dan sesuai untuk melakukan kerja rumah.

"It looks sweet on you", puji Irfan pada Sya yang memegang buah rantai berbentuk 2 hati bergabung ditakhtakan dengan batu berlian putih dan merah jambu berselang seli.
Sya tersipu malu, "terima kasih abang sebab belikan Sya ni. Suka sangat sangat".

"Thanks to you too".
"Eh.. kenapa?"
"Sudi datang jaga dan masak untuk abang". Sya hanya tersenyum.
"Ada paper lagi?", tambah Irfan.
"Ada. Lusa. Last one", balas Sya, tangannya bermain dengan rambut Irfan yang baring dipangkuannya. Matanya memandang drama korea kegemaran ramai.

"Sayang.." panggil Irfan.
"Hurm..", jawab Sya tanpa mengalihkan pandangannya, asyik menikmati kecomelan Kim Soo-Hyun.
"Pandanglah abang",Irfan merengek.
'Dah kenapa pula orang tua ni?', gumam Sya. Diturunkan pandangannya kepada Irfan.
"Abang tak hensem ke?"
"Ha??"
"Syok sangat tengok hero drama, sampai tak nampak abang kat sini".
"Merajuk ke ni?"
Irfan senyap, tak menjawab. Matanya dipejamkan, tak mahu bertentang mata dengan Sya, risau rajuk pura puranya terkantoi.
"Nak Sya buat apa?"tanya Sya perlahan, menatap wajah suaminya. Jari yang dari tadi memintal rambut ikal Irfan berhenti beraksi.
Jari Irfan bergerak menunjuk ke arah bibir. "Eiii, tak padan demam. Gatal tak hilang", kata Sya.
"Please"
"Tak nak la. Nanti berjangkit. Dah la final paper lagi dua hari".

"Kedekut", tambah merajuk Irfan. Dia terus bangun dari pangkuan Sya. Diambilnya rokok yang terletak di meja sisi sofa dan bergerak ke balkoni. Remang senja mula meronai langit petang.
Sya serba salah, dia tak mahu perkara kecil ini merosakkan kemesraan yang baru pulih.
'Aduh Sya.. apa ni. Baru nak berbaik, dah jadi gini".
Sya mengintai dari tepi langsir, Irfan baru menyalakan rokoknya dan bersandar ke balkoni. Sya melangkah ke balkoni, mengambil rokok dari tangan Irfan dan dilemparnya ke tepi, bibirnya dilumatkan ke bibir Irfan. Sedang asyik berkucupan, pintu rumah diketuk kuat. Bibir mereka terpisah, masing masing berpandangan.

Sya membuka pintu sementara Irfan masih di balkoni, menyalakan rokok baru. "Mana Irfan?"tanya Farhana kepada Sya. Matanya menjeling pada Sya yang memakai baju putih tanpa lengan dan berskirt kembang paras lutut . Membulat matanya bila terlihat kilauan rantai tergantung di leher Sya. 'Resit yang aku jumpa hari tu dalam dashboard kereta, ni la rantainya', bisiknya.

"Ada kat balkoni", jawab Sya kemalasan, meluat dengan kehadiran Farhana. Sya meninggalkan Farhana di situ dan berjalan ke kamar mandi untuk mengambil wudhu dan menyejukkan dirinya yang panas dengan kehadiran Farhana.

Irfan yang tidak berbaju hanya berseluar pendek paras lutut menghadap KLCC sambil menghembus asap rokok, menikmati keindahan Kuala Lumpur di waktu petang. Ada tangan memeluknya dari belakang, erat dan kucupan demi kucupan kecil singgah di belakangnya. "Sya..", bisiknya penuh ghairah.

Yang Kedua✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang