bab 48

23K 433 11
                                    

Deruan ombak menjadi alunan telinga dan percikan air laut kekadang singgah dikakinya. Sya masih tak berganjak dari batuan besar yang menjadi tempat dia melayan hati. Saban hari sejak hari pertama tiba di pulau itu. Pantang ada waktu terluang, pasti dia ke situ. Tak kira siang mahupun malam.

Sering saja air matanya tumpah tanpa disedari. Hanya disini dapat dia meluahkan segala yang terbuku dihati. Untuk bersedih di asrama pekerja baru yang masih dalam latihan, sememangnya tidak.

'Wahai bulan, terima kasih atas sinaranmu yang kukongsikan bersama dia yang jauh di sana. Semoga sinaranmu mengembirakan hatinya".

Kekadang sempat jua Sya mengejar bayangan mentari yang menengelamkan diri, "wahai mentari, aku kirimkan kau buat dia, agar dia bergembira dengan insan yang disayangi. Aku harap dia lupakan diriku ini". Tangannya memegang buah rantai yang dihadiahi Irfan dulu.

Adam cuba untuk tidur tetapi gagal. Sikap mendesak Puan Sri ketika makan malam untuk memperkenalkan dia dengan calon isteri bukan pilihan hatinya sangat merobek hati dan jiwa. Benci.

'Knock... knock'. Adam mengetuk pintu bilik yang Sya diami; berkali kali. Sejak dari dia pulang kerja sehingga malam menjelma, pintu itu masih tertutup. Telefon Sya tak dapat dihubungi. Semua mesej yang dihantar, tidak dibaca. Marah betul ni.

"Sofea. I am really sorry. Please open the door". Sunyi...
Adam mengambil kunci pendua dan..
Bilik itu kosong. Tiada kelibat Sya, tiada baju milik Sya, segala alat kemasan dirinya tiada. Beg yang Suhana bawakan tempoh hari pun tiada. Katil kemas seolah tiada siapa berlingkar seharian tak seperti selalu, bersepah. Adam mencapai kunci Bentley dan terus ke rumah sewa Sya dahulu. Hatinya lega bila melihat ada cahaya lampu dari dalam rumah.

"Suhana..", panggilnya. Amir yang keluar.
"Amir, Sofea ada sini?". Amir mengerutkan dahi sambil membuka pintu grill. Suhana turut keluar ke pintu pagar mengekori suaminya.

"Dia tak datang sini pun. Kenapa?", tanya Suhana, panik.

"What? Where did you go, dear?", bisik Adam memejamkan matanya selepas jawapan Suhana memusnahkan harapannya.

"Dia keluar dari rumah?? Gila ke budak Sya ni. Nak pergi mana agaknya. Dia bukannya ada sesiapa yang ikhlas nak tolong", bebel Suhana bila mendengar penjelasan Adam. Tangannya mengeletar menekan skrin telefon dan mendail nombor Sya. Suhana menggelengkan kepala, "tak de tone langsung".

"Ha.. kejap. I periksa IG, facebook dan twitter dia", jari jemari Suhana pantas bekerja. Dari mimik ceria terus murung, "mana kau pergi Sya? Kenapa kau delete semua akaun ni?", teriak Suhana kemudian menangis tersedu sedan. Amir memeluk isterinya dan dia turut sama mengalirkan air mata. Sahabat baiknya menghilangkan diri.

"Ni mesti kerja perempuan gila tu", tiba tiba Suhana bersuara. Adam tersentak, "takkan dengan beg baju sekali dia bawa".

"Betul juga cakap you". Masing masing terdiam, berfikir segala kemungkinan.

"Suhana, you tau ex husband dia tinggal mana?", soal Adam.

"Tau. Mungkin Sya kat sana. Esok last day eddah diorang". Mereka bertiga bersiap dan bergerak ke kondo Irfan.

Suhana menekan loceng di pintu unit kondo Irfan sewa. "Eh, Suhana. Kenapa ramai ramai datang ni?", tanya Irfan yang sudah siap bergaya untuk ber'clubbing'. Farhana yang turut berada di situ, terkejut melihat susuk tubuh yang dikenali.

"Mana kau sorok Hasya Sofea?", tanya Adam mencekak kolar baju Irfan.
"Adam... chill. Jangan gaduh gaduh". Suhana cuba meleraikan tindakan Adam. Kolar Irfan dilepaskan.

"Sya? Dia takde kat sini", jawab Irfan. Mata Adam merenung ke arah Farhana seolah olah mahu menelan hidup hidup.

"Betul?", tanya Adam. Suaranya keras.
Irfan mengangguk. Farhana yang tiada kena mengena pun mengangguk, takut.

Yang Kedua✔Where stories live. Discover now