bab 11

27K 585 13
                                    

"Mami, cantik tak baju kurung ni? Cuba mami tengokkan jahitan tulang belut Sya ni, kemas tak?", tanya Sya pada mami sambil menghulurkan baju kurung kain kapas berbunga merah jambu dan kuning yang dijahitnya. Dia belajar dari mami.

Mami membelek jahitan leher baju Sya. Spek mami terletak di tengah tengah batang hidungnya yang mancung, macam profesor kalau sekali tengok. Irfan yang menonton televisyen menjeling pada Sya dan mami.

"Kemas. Cuba Sya pakai. Mami nak tengok, cantik tak".

"Ok. Kejap ye". Sya bangun memasuki bilik belakang tempat dia menjahit untuk mencuba bajunya.

Tiba tiba, pintu bilik dibuka. Sesungguhnya, Sya terlupa untuk menguncinya. Sudah menjadi kebiasaannya, sekadar tutup dan tak mengunci. Lupa akan adanya Irfan, lelaki bukan mahramnya.

Sya tergamam. Mujur dia sudah menyarungkan baju dan tudung. Saat itu, Sya memang nak keluar dari bilik.  "Bagi aku tengok dulu, cantik ke tak. Kemas ke tak?" Irfan berkata dan tangannya pantas menyingkap tudung Sya. Sya menepis, "Apa ni, singkap tudung pula". Irfan memegang tangan Sya kedua dua belah dan melangkah mendekati Sya. Selangkah Irfan ke depan, selangkah Sya mengundur.

"Aku nak tengok. Kau pusing". Sebelah tangannya memegang lengan Sya dan sebelah lagi dilepaskan supaya mudah Sya berpusing. Sya enggan, keras membatu. Irfan merangkul pinggangnya, "kau nak aku tolong pusingkan kau?".

"Tolong lepaskan Sya. Depan Sya ada gunting, Sya boleh je buat macam macam dengan gunting tu", gertak Sya.

Irfan berbisik, "aku akan lepaskan kau tapi pandang muka aku".

Sya mengangkatkan kepalanya memandang wajah tuan punya suara, Irfan cepat menghadiahkan kucupan di dahi Sya dan keluar dari bilik itu. Dia terus masuk ke bilik air yang bertentangan pintunya dengan bilik yang Sya berada sekarang. Sya kaku, statik.

***********************************

Semalaman Sya tak dapat melelapkan mata. Terbayang perlakuan Irfan tadi dan sebelumnya. Tak pernah ada lelaki menyentuhnya melainkan ayah dan adik adiknya. Lagipun cara sentuhan Irfan berbeza. Sya berasa tak tenang, risau bila ada Irfan bersama. Tindakan Irfan memang tak boleh dijangka.

'Dosa Sya. Dosa kau membiarkan dia menyentuh kau'. Ashtagfirullahalazim... Sya menekup mukanya. Dia bangun mengambil wudhu dan menunaikan solat tahajud dan taubat serta membaca Yassin dihadiahkan untuk ibubapa dan adik adiknya.

Sya melihat jam, masih jauh lagi ke pukul 6. Ada lagi 1 jam. 'Apa aku nak buat ni?' Sya bingkas bergerak ke dapur, membuka peti sejuk. Tangannya pantas bergerak membuat kerja. Saat azan subuh berkumandang, nasi lemak, sambal sotong dan ayam goreng telah terhidang di atas meja. Sya menutup dengan tudung saji dan mengambil tuala untuk membersihkan diri sebelum solat subuh.

Sementara menantikan jarum jam bergerak ke no 8, Sya ingin menyiram pokok di laman. Mami masih mengaji di dalam bilik. Begitulah mami pagi pagi, kalau tak ke kuliah subuh, dia akan mengaji atau menonton Tanyalah Ustaz di dalam biliknya. Sya menarik getah paip dan memutar kepala pili untuk menyiram pokok mami.

Disepanjang pagar, bunga Clematis melilit rapat. Bunganya berkelopak 5, putih dan merah jambu memang cantik apabila berbunga lebat. Dihalaman pula, terdapat rak besi tempat mami menyusun pokok pokok adenium dan ros jepunnya. Manakala di sebelah kanan halaman ada sudut tanaman sayuran. Ada pokok pandan, pokok kunyit, pokok daun kari, pokok tomato dan bendi. Sementara disudut halaman, terdapat rimbunan buluh siam di situ, redup dan sejuk.  Dibawahnya mami letakkan sebuah meja kecil dan 4 buah kerusi batu. Ada juga beberapa bunga gantung di sepanjang tempat letak kereta.

Sedang Sya menyiram pokok di bahagian sayuran, tiba tiba air yang keluar semakin sedikit. 'Aiik... takde air ke?'. Diangkatnya getah itu menghadap ke mukanya.... zup, air menerpa ke mukanya. Macam nak lemas Sya dibuatnya. Dibelakangnya Irfan ketawa terbahak2.

Sya melepaskan getah paip secara kasar ke atas rumput, merengus marah. Dia berjalan masuk ke dalam rumah. Sempat Irfan menarik tangan Sya yang terpaksa lalu dihadapannya kerana itu satu2nya kawasan yang boleh dilalui untuk ke pintu rumah. Sya merentap tangannya kembali dan menjegilkan mata kepada Irfan.

"Seksi sangat la Sya ni. I like. Nak gigit boleh?"bicara Irfan menggoda sambil membuat aksi harimau gatal. Baru Sya perasan bajunya bewarna putih dan agak tipis. Maknanya Irfan nampak...

Sya berlari masuk. Mami pelik melihat Sya kalut dan dalam keadaan basah manakala diluar Irfan masih lagi ketawa.

Yang Kedua✔Where stories live. Discover now