bab 25

26.8K 510 27
                                    

Duduk di balkoni, memandang lampu KLCC yang berkelip kelip sambil menikmati segelas susu, ditemani instrumental dari Lite fm, mengisi kebosanan Sya. Selalu pilihannya adalah HiTS fm, tapi malam ni dia berasa seakan ingin bermelankolik.

Haris sudah keluar bekerja sejak dari jam 3 petang tadi. Kalau dia ada pun, mereka tidak berinteraksi. Sya lebih senang memberi senyuman dari mengeluarkan suara. Jika Haris berada di kawasan tengah rumah, Sya akan berkurung di dalam bilik. Walaupun Haris nampak baik, dia harus menjaga batasnya.

Jarum jam menunjukkan hampir ke sebelas malam, Irfan masih belum pulang. Tengah hari tadi pun tak balik makan, terus solat jumaat katanya. 'Boleh mati kebosanan aku macam ni. Nak study pun takde mood', rungut Sya. Selalunya dia akan duduk di ruang tengah rumah bersama Irfan. Dia belajar sementara Irfan menyiapkan lukisan atau apa apa kerja yang dibawa dari pejabat.

Penat duduk, Sya berbaring di sofa. Tangannya menekan nombor nombor yang ada di remote astro. Satu pun tak menarik minatnya. Akhirnya, dia terlelap menantikan Irfan.

Sya terjaga bila pintu dibuka. Sya bangun dengan mata terpisat pisat, nampak Haris dan perempuan seksi tenpoh hari sedang memapah Irfan. Sya terkejut, "kenapa ni?". Haris tak menjawab. Dipapahnya Irfan ke bilik. Sya membontoti mereka, dia melihat Irfan diletakkan di atas katil. Dia pun terus masuk ke dalam bilik, mengunci pintu dan menyambung lenanya yang terganggu tadi. Lega hatinya bila nampak Irfan depan mata.

'Dah tengah hari ni tak bangun lagi ke. Nak ketuk pintu ke tak. Haris pun tak bangun lagi. Haihhh....', Sya bercakap seorang diri di ruang tamu.

'Keluar kejap. Bosan'.
Ringkas pesanan dari Sya, dihantar ke telefon Irfan.

Sya tersenyum lebar pabila nampak kelibat Suhana dan Amir menghampiri meja yang dihuninya. Rindu pada sahabat baiknya itu. Dah seminggu tak berjumpa.

"Korang lambat pergi mana? Dah 15 minit aku tunggu", rungut Sya tatkala Suhana duduk disebelahnya.

Amir menayangkan 5 keping tiket wayang dihadapan Sya. "Beratur beli ni. Show pukul 430. Kita solat asar lepas show habis k?"

"Apsal 5?"

"Akak dan abang ipar aku ada sekali" jawab Amir menyedut jus epal Sya.

***********************************

Kepala Irfan sakit sangat, matanya tak mampu dibuka. Dah lama dia tak rasa begini. Dia tau ada seseorang tidur di sebelahnya. Dia kenal bau wangian bercampur bau alkohol yang menyengat, ditambah pula bau rokok. Irfan cuba bangun tapi ada tangan merangkul pinggangnya. Irfan cuba menenangkan diri, terbuai dengan bau tumisan cili di dapur. Akhirnya dia hanyut dalam mimpi kembali.

Irfan tersedar kembali pabila kelakiannya terangsang. Matanya dibuka sedikit dan dipandang ke bawah. Kepala Farhana berada di antara dua kakinya. Dalam keadaan begitu, Irfan layankan sahaja kesedapan dunia yang ditawarkan percuma.

Sementara menunggu Farhana keluar dari kamar mandi, Irfan menyalakan api rokoknya. Tingkap bilik dibuka, hawa panas menyengat masuk memenuhi ruang kamar. Dilihat telefonnya sudah kehabisan bateri, lalu disambungkan dengan wayar untuk mengecas. Farhana keluar bertuala menghampiri Irfan, mengambil rokok dari bibir Irfan dan diletakkan ke bibirnya pula. Sementara tangan Irfan melonggarkan ikatan tuala Farhana. Dia memang suka melihat perempuan dengan rambut basah dan selesai mandi. Farhana memang tahu tentang kelemahan Irfan.

Farhana keluar dari bilik sementara menunggu Irfan mandi. Dia cuba membuka bilik Sya, tak boleh kerana Sya telah menguncinya sebelum keluar tadi. Dia cuba membuka pintu bilik Haris, berjaya. Haris yang hanya berseluar dalam di atas katil terkejut melihat Farhana berdiri di depan pintu. Farhana tersenyum melihat Haris sedang menggunakan telefon bimbitnya. Perlahan dia bergerak kepada Haris, Haris menanti dengan penuh debaran.

"You tak dapat ke dengan Irfan?", bisik Haris menikmati jilatan Farhana pada kelakian.

"Dapat. Tapi I nak lagi".

"Tak cukup?", tanya Haris sambil mendesah kesedapan. Tangannya menolak kepala Farhana supaya kesedapannya bertambah.

"I cemburu you dengan budak perempuan tu. Dia mesti dapat adik you selalu. I nak juga".

Haris tertawa sambil menolak tubuh Farhana ke atas katil sementara dia berada diatas. Disingkapnya skirt Farhana dan dimasukkan laju kedalam ruang kenikmatan dunia milik Farhana, laju dan laju. Risau juga jika  Irfan menangkapnya dengan Farhana.

Irfan berbaju merah, berseluar bermuda keluar dari bilik. Dia cuba membuka pintu Sya, gagal. Diketuk dua tiga kali tiada respon. Lalu dia ke ruang tamu. Farhana sedang berbaring di sofa. Diatas meja ada tudung saji. Irfan mengangkat untuk melihat. Ada nasi lemak, sambal tumis dan telur mata. Perutnya mula bekeroncong.

Farhana datang mendekati Irfan, mencebik melihat makanan itu. "I lapar", rengeknya.

"Jom makan. I ambilkan pinggan".

"Tak nak makan ni. Dah sejuk. Jom kita makan kat luar", Farhana menarik tangan Irfan. Irfan agak keberatan memandangkan nasi lemak ni benar benar menambat seleranya.

Haris keluar dari bilik berjalan menuju ke kamar mandi berhampiran dapur. Irfan mengekorinya manakala Farhana membetulkan rambut dan pakaiannya di hadapan cermin panjang sebelah pintu utama. "Ada nampak Sya?", tanya Irfan menepuk bahu Haris. Haris mengelengkan kepala.

"Cepatlah. I lapar ni,"jerit Farhana.

Irfan masuk ke biliknya mengambil telefonnya, berhenti di hadapan pintu bilik Sya, diketuknya tapi hampa.
Sebaik dihidupkan telefonnya, masuk mesej Sya. 'Kemana budak ni pergi?'.

Irfan melihat muka jamnya berulang kali, hampir lapan setengah malam; namun bayang Sya masih belum kelihatan. Farhana berjalan kepadanya dengan memakai baju tidur lace bewarna maroon. Manakala Haris melepak di dalam bilik atau mungkin bersiap untuk keluar. Ye lah, malam minggu.
Farhana meletakkan kepalanya di paha Irfan. Irfan memandang ke tv tetapi apa yang terpampang tidak masuk ke fikirannya.

Mesej Sya tadi jam 1215 tengah hari. Sudah lebih 8 jam Sya keluar. Bila dia menelefon, ada bunyi namun tidak diangkat. Akhir sekali selepas jam 5, dia mencuba lagi, sudah tiada bunyi. 'Nombor yang anda dial tidak dapat dihubungi'.

Haris masuk ke dapur membuka peti sejuk, ada sagu gula melaka; 'Sedap juga ni', getusnya. "Sya ada call kau tak?", jerit Irfan dari sofa bertanya kepada Haris. Haris memandang dan mengelengkan kepalanya. Matanya tertancap pada paha gebu Farhana. Namun dikawal, risau Irfan perasan.

Bunyi kunci dibuka dari luar, wajah Sya muncul dari celah pintu. Secara langsung, Sya nampak apa yang terhidang di ruang tamu. 'Baru happy happy, dah nampak benda ni. Hilang mood aku'. Muka Sya yang ceria berubah serta merta. Marah, sakit hati, benci, semua ada. Ditahan air matanya dari mengalir. Sya terus masuk ke bilik. Haris yang menyapanya pun, tak dibalasnya.

Yang Kedua✔Where stories live. Discover now