"Ye. Betul tu nama saya"
"Lagi 2 hari tu"
"Ok. Saya tau tempat tu".
"Terima kasih Puan"Sya tersenyum meleret sampai terlelap. Bermimpi yang indah indah.
"Adam, wait". Adam yang baru bangun, duduk kembali setelah diarahkan; sementara yang lain meninggalkan bilik mesyuarat. Tan Sri Norman menatap wajah Adam lama. 'Kacak bergaya budak ni tapi belum berjodohan. Songsang ke? Tapi tak pernah pula nampak dia ke arah itu'.
"Your mum is being complaining about you", ujar Tan Sri Norman membuka cermin matanya dan diletakkan di atas meja sebaik sahaja setiausahanya meninggalkan mereka berdua. Dia menyandarkan tubuh tuanya di kerusi empuk yang boleh berpusing pusing dan dihalakan ke arah Adam.
Adam tersenyum, "busy la Tan Sri".
"Bisnes kita macam mana?"
"So far so good. Polis pun tak kacau kita".
"Bagus. I rasa kita patut ubah lokasi. Dah nak habis kontrak pun kan?"
Adam mengangguk tanda setuju.
"Customer kelab?"
"Improving. I have my own way. To date, untung 6 bulan dah melebihi target setahun. Pusher pun very good. No worry Tan Sri", jelas Adam sambil menunjukkan laporan kewangan yang disimpan di telefonnya. Perniagaan yang diwarisi dari bapanya, yang hampir meragut nyawanya dulu. Bukan perniagaan sahaja yang menjadi sasaran tapi kuasa dan pengaruh dunia gelap bandaraya ini.
"What about the new business plan?"
"Haaa... yang tu I masih fikir untuk ambil alih komplek membeli belah atau resort hotel. I dah melawat tempat tempat tu. Sekarang masih menganalisis laporan kewangan, saham, macam macam la. You know better about this Tan Sri".
"I kagum dengan you. Well done boy. Patutlah your mum bising, sibuk kerja sampai tak kawin kawin. Bila nak balik rumah?".
"Dia baru call sebelum meeting tadi. Macam biasa membebel. Macam mana Tan Sri boleh bertahan ye?"
"I love the way she is", jawabnya ringkas dan mengangkat punggung meninggalkan Adam keseorangan.
Adam sempat singgah sebuah butik, membeli baju untuk Sya. Setibanya di wad bilik perseorangan VVIP, Sya tidur. Dibelai rambut Sya perlahan, "banyak sangat yang you harungi seorang diri"; air mata yang berada di hujung mata Sya yang sedang tidur, dikesatnya perlahan.
Sya membuka matanya, terus terlihat Adam yang merenungnya. 'Alamak, ada air liur ke tepi bibir ni. Malunya', tiba tiba muka Sya berubah kemerah merahan. Perlahan dan berhati hati dikesatnya agar tak disedari Adam.
"Dah makan?", tanya Adam.
Sya menggeleng, "tak lapar. I nak balik".
"Kan belum baik tu. Nak balik macam mana?", jelas Adam menggelengkan kepalanya."Nurse tu cakap boleh minta balik sebab luka ni tak dalam pun", rengek Sya.
"Boleh. Tapi duduk rumah I". Sya terkejut dan buat muka tak puas hati.
"Kenapa kena duduk rumah you?", bentak Sya.
"You tak takut ke orang yang tikam you tu datang ganggu you lagi?", sengaja Adam memomokkan Sya dengan kejadian itu. Hanya itu saja cara yang boleh membuatkan Sya bersamanya dan melindungi Sya secara tidak langsung.
Sya mengeluh bila diingatkan tentang itu. Betul, dia ada rasa gentar tentang itu. Setiap kali Irfan mendekatinya, pasti tak lama selepas itu dia akan diserang. Kali ini ditikam, mujur tak dalam. Mungkin lain kali, nasib tak menyebelahinya. Terngiang ngiang bait ayat yang didengari sebelum dia sedar dia telah ditikam. Walaupun dia tak nampak wajah pelaku itu, namun dia tau gerangannya, hanya dengan suara.

ANDA SEDANG MEMBACA
Yang Kedua✔
RomanceSeorang gadis yang kehilangan keluarga tersayang mencari ruang untuk disayangi dan menyayangi. Perjalanan hidup yang jerih harus ditempohi. Note for reader: Be sure you are above 18 as this story includes adults content. Thanks for making this wri...