bab 52

27.5K 393 13
                                        

"Formal wear please. Ada dinner dengan few people", ujar Adam apabila Sya membuka almari. Dijelingnya Sya yang memakai bathrobe paras lutut dan titisan air dari hujung rambut yang masih basah, air liurnya ditelan perlahan. Masih berada di fikirannya tubuh Sya sewaktu buka pintu tadi. Bukan dia tak biasa dengan perempuan bercoli dan berseluar dalam sahaja, lebih dari tu pun dah selalu sangat tapi dengan yang sorang ni rasa lain.

"Yang ni ok?", tanya Sya menunjukkan blaus bebunga dan seluar palazo. Adam mengangguk. Mata nakalnya menikmati tubuh Sya, memang berbeza dengan dulu. Walaupun semakin kurus berbanding zaman sekolah dulu, tapi lebih menggiurkan.

"Siap dah. Jom", ajak Sya menarik tangan Adam yang berbaring di atas katil. Adam sengaja membatukan dirinya dan mengakibatkan Sya terjatuh ke atasnya. Mereka berpandangan.

"You smell good", komen Adam tersenyum. Muka Sya berubah menjadi pucat bila mendengar ayat itu.

"Lets move", ujar Adam selepas mengucup dahi Sya.

Melangkah masuk ke D'dapur, kelihatan Eddy melambai ke arah mereka. Sya nampak Irfan dan beberapa orang lain yang turut berada di meja yang sama. Nafasnya terhenti, tangannya pantas menarik tangan Adam ke belakang. "Adam, ni pasal bisnes ke? Rasanya I tak perlu join kot".

Adam memandang dan tersenyum, "kenapa? Sebab Irfan ke?".

Sya menggelengkan kepala, Adam berbisik, "this is about the hotel". Adam merangkul pinggang Sya dan mereka bergerak ke meja tersebut. Sya nampak riak muka Eddy yang agak kurang senang dengan aksi Adam dan dia.

Permulaan perbualan sudah membuatkan Sya hampir tercekik dengan air liur sendiri bila Eddy memperkenalkan Adam sebagai pemilik baru hotel dan resort tempat dia bekerja. Ditambah pula syarikat Irfan bekerja dilantik menjadi pihak yang akan melakukan pengubahsuaian dan imej baru hotel dan resort ini. Sekadar peneman Adam, Sya hanya diam dan mendengar perbualan mereka.

"Kenapa duduk kat sini? Tak join diorang?", sapa Irfan. Sya duduk di tepi kolam tak jauh dari D'dapur. Irfan mendekati Sya apabila dia terlihat Sya di situ selepas makan malam selesai.

"Saja. Ambil angin", balas Sya sambil tersenyum.

"Sya nampak berbeza sekarang", luah Irfan sambil menyalakan api rokoknya.

"Beza sangat ke?"

"Abang tak sangka Sya akan sedaring sekarang", jawab Irfan menghembus asap rokok yang dihisap. Matanya menjamah setiap sudut badan Sya yang pernah disentuh dahulu.

"Abang yang tak perasan kot. Dulu, lebih seksi dari ni Sya pernah pakai. Tapi yelah.. Sya tak mengancam macam"

"Ehem...". Keduanya menoleh, Adam bersama Eddy rupanya di belakang mereka.

"Eh, you berdua dah kenal?", tanya Eddy berkerut dahinya.

"Long story Mr. Eddy", jawab Irfan.

"Tahniah Adam. Tolong jaga dia untuk aku", ujar Irfan menyalami Adam yang berdiri di sebelah Sya.

"Jom karaoke", pelawa Eddy. Masing masing mengekori Eddy yang sudah ke depan. Adam merangkul erat pinggang Sya.

******

"You bual apa dengan dia tadi?", soal Adam sebaik Sya duduk disebelah dan memegang remote tv.

"Nothing. Biasa biasa je", jawab Sya dengan jari menekan nekan butang pada remote, mencari program menarik.

"Do you miss him?", soal Adam lagi sambil membuka butang kemejanya. Dia bersandar di sofa. Kepalanya mendongak ke siling.

"Dia dah ada orang lain la. Kenapa you ni, asyik soalan yang sama je. Cemburu ye?", Sya memandang Adam yang memejamkan matanya seolah tidur.

Yang Kedua✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang