Khas Raya : Episod 3

22.3K 453 77
                                        


IRFAN


"Kenapa lebam peha Azriel tu?", tanyaku pada petang puasa pertama. Aku beri cuti pelepasan kepada semua pekerja sementara aku hanya menghadiri mesyuarat dengan klien pagi itu. Ini kali ketiga, aku nampak kesan cubitan di tubuh Azriel bulan ni.

Sya mengangkat muka memandang aku yang berdiri di rak kecil, pemisah antara ruang makan dan dapur. Dia mengeluh, matanya nampak kepenatan. Lalu disambung semula memotong bawang.

"Nakal sangat. Habis buku buku nak dikoyaknya. Dokumen atas meja abang pun nyaris jadi mangsa".

Suaranya berubah nada, seolah menahan tangis. Aku menghampirinya, ada takungan air di kelopak mata.

"Sorry. Abang tak bermaksud nak marahkan sayang. Abang tanya saja. Ingat, Azriel tu anak yatim. Kecil lagi. Tak faham apa apa lagi". Kataku sambil memegang kedua tangan Sya, kutarik dia ke dalam pelukan. Panas dada terkena air matanya. Lama.

"Orang bukan nangis sebab abang. Nangis sebab potong bawang la", ujarnya sewaktu aku lepaskan. Aku ketawa, "lama sangat nangisnya".

"Bila lagi nak dapat peluk bulan puasa ni kan", balasnya menolak aku ke tepi, menyambung kerja yang terhenti.

"Malam boleh", bisikku.

"Ish.. malam kira lain. Tepi tepi... orang nak masak, dia nak mengatal pulak". Sempat kujamah pipinya. Punggung kutampar sedas sebelum keluar dari dapur. Dijelingnya macam nak telan. Sudahnya, aku bawa Azriel bermain di taman permainan.

Mesej demi mesej dari Farhana, makin menjadi bila aku balas. Sudahnya, aku biarkan bila soal soal personalku mula disentuh. Panggilannya pun tak kujawab. Pada aku, tiada apa yang perlu dibualkan.

***

Alumni universiti agak aktif akhir akhir ini. Aku dan Idah antara yang menjadi ahli jawatankuasa. Jadi secara tak langsung, kami sering berhubungan untuk hal hal rasmi. Setelah dimaklumkan perihal bapa Farhana dimasukkan ke hospital akibat denggi berdarah, aku dan Idah menjadi wakil alumni melawat dan memberi sumbangan untuk keluarga Farhana.

Idah, kini berbadan dua setelah bertemu jodoh dengan lelaki pilihan keluarganya, Fir. Aku lupa nama penuhnya, Firhad, Firhan, Firdaus, Firman, Firas atau Firaun?

Suaminya menunggu kami di Gloria Jeans Cafe untuk berbuka sementara kami berdua pergi membeli sedikit buah tangan untuk dibawa melawat nanti. Tak sangka pula, ramai membeli belah di 7-11 menjelang waktu berbuka. Akhirnya kami berbuka sekadar minum air, sementara beratur untuk membuat pembayaran.

Selesai mengunjungi papa Farhana, aku kembali ke pejabat menyelesaikan beberapa perkara sebelum pulang ke rumah.

Sunyi, pastinya Azriel sudah lena. Sya menyapaku, aku bersikap acuh tak acuh. Penat sangat kebelakangan ni. Baru hari ke tiga puasa.

Saat hampir terlena di kerusi, terasa Sya memijat bahuku. Nafas kuhela kuat.
Aku meninggalkannya untuk membersihkan diri. Terasa lesu sangat puasa kali ni.

Esoknya, Sya seolah menjauhkan diri dariku. Pasti kecewa dengan aku semalam. Kehendaknya tak kupenuhi. Sepincing pun tak diliriknya mata padaku. Gawat ni. Azriel giat ingin bermanja denganku sedang ibunya merajuk.

Aku ke pejabat setelah puas melayan Azriel bermain air. Menyemak dokumen yang urgent, menukar tarikh mesyuarat yang sepatutnya esok ke hari lain dan terus ke NU Sentral. Godiva, itu pintanya dari dulu.

Dalam fikiranku sekarang, hanya Sya. Harus kutawan hatinya yang rawan. Melihat senyumannya saat kusuakan bunga dan coklat sudah cukup melegakan hatiku.

Yang Kedua✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang