bab 24

26.2K 535 7
                                    

Usai solat maghrib, Sya berdiri di hadapan almari yang terbuka pintunya. 'Apa nak pakai ni?', fikirnya. Nak berjubah, nanti kena komen. 'Jeans dengan kemeja je la, dan tudung ni. Tapi macam pendek sangat pula baju ni. Mmm... lantaklah'.

Sya membuka pintu bilik, dilihat Irfan sedang berdiri dihadapannya. Irfan memandang Sya dari ke bawah. Tudung merah jambu diselempangnya ke bahu, kemeja kotak kecik gabungan warna biru dan putih, dibiarkan dua butang atas tak berkancing; mendedahkan sedikit dadanya, skinny jeans yang tak pernah dilihat Sya pakai sebelum ini. Bibirnya tercalit gincu berona pic.

Sya tersenyum melihat Irfan yang seperti biasa mengenakan fit tshirt yang menampakkan bentuk badannya. Shirt berwarna biru tua dan jeans hitam. Rambutnya tersisir rapi. Wangiannya sangat segar hari ni. Irfan menghulurkan mug milo yang telah kosong kepada Sya. Terus masam muka Sya, diambilnya mug itu dan menuju ke dapur.

Irfan mengekori Sya, baju Sya yang singkat mendedahkan bentuk punggungnya kepada Irfan. Irfan menelan air liurnya perlahan.

Sya membasuh mug kosong itu dan meletakkan di rak. Irfan berada disebelahnya, "takkan marah kot".

"Tak marah. Suka sangat", jeling Sya.

Irfan memegang tangan Sya dan menyentuh cincin yang disarungnya tempoh hari, lalu dibawa ke bibirnya. Sya tergamam.

Irfan perasan kekagetan Sya dengan perlakuannya. "Cukup setakat ni atau Sya nak lebih lagi?", tanya Irfan dengan suara menggoda.

Sya menelan perlahan air liurnya, "Sya lapar".

"Lapar abang?", tanya Irfan, ditarik Sya dekat padanya.

"Lapar nasi. Air milo tadi kena curi". Irfan ketawa besar.

"Dah, jom kita pergi makan".

************************************

"Nak makan kat mana ni?", tanya Sya sebaik masuk ke dalam kereta. Irfan mengangkat bahu, tak tahu.

"Kita pergi kedai mamak sebelah Giant sana tu boleh?", tanya Sya disamping memberi cadangan.

"Nak makan kat kedai mamak?", tanya Irfan meminta kepastian. Keretanya mula meluncur keluar dari pakir.

"Sya ingat nak beli barang dapur sekali. Dapur tu kosong sangat. Esok Sya boleh masak. Tak payah la nak keluar beli lunch", jelas Sya tentang tujuan sebenar ideanya. Irfan mengangguk bersetuju.

"Makan ke beli barang dulu?", tanya Irfan sebaik sampai di perkarangan bangunan Giant.

"Shopping. Nanti kedai tutup. Mamak tutup lambat", cadang Sya.

"Tau ye mamak tutup lambat. Kaki lepak mamak ke?", balas Irfan. Sya mengenyitkan matanya, keluar dari kereta dan terus berjalan meninggalkan Irfan. Irfan yang masih bertali pinggang keledar, kelam kabut keluar dan mengejar Sya yang sudah memasuki ruangan pasaraya.

"Hei.. lain kali jangan jalan sendirian", Irfan mengomel pada Sya. Sya memandang kehairanan, "kenapa?".

Irfan memilih untuk tidak menjawab tetapi merangkul pinggang Sya. Sya menolak tangan Irfan, mukanya merah padam, "Sya nak ambil troli", memberi alasan untuk melepaskan diri. Irfan mengeluh. 'Susah betul dia ni'.

"Let me", Irfan menolak troli yang diambil oleh Sya tadi. Sya mengambil beras pek kecil, gula, tepung dan tah apa apa barang. Irfan menggelengkan kepalanya bila di muka Sya terpancar kegembiraan memilih barang barang tersebut.

Sya dan Irfan duduk di ruang tamu bersama sambil menghadap komputer masing masing. Tv terpasang memaparkan sukan. Sesekali mesej masuk ke telefon Irfan. Tak sekerap ketika mereka sedang makan tadi. Siap Irfan meninggalkannya sebentar untuk menjawab telefon.

"Nak kopi?", tanya Sya bila dia perasan Irfan mulai menguap. Irfan mengelengkan kepalanya. Dia menutup komputer dan menyimpan ke dalam beg, "abang masuk tidur dulu. Nanti Sya tutup tv ye".

************************************

"Come Haris. Join us breakfast", pelawa Irfan bila melihat Haris keluar dari biliknya dengan rambut kusut, berseluar pendek dan bersinglet hitam.

Irfan yang sudah bersiap untuk ke pejabat, bersarapan dahulu apabila melihat roti bersalut telur dan kopi terhidang di atas meja. Rugi tak makan, bau keenakannya dah cukup membuatkan air liur berjejeran.

"Of course.. bau ni la yang buat aku terjaga", seloroh Haris sambil melirik matanya memandang Sya yang berjalan ke dapur untuk mengambil cawan untuknya. Sya yang bertudung sarung, memakai shirt merah dan berkain batik menarik pandangannya. Bagaikan melekat.

"Ehemmm.. cukup la pandang tu. Makan ni", kata Irfan menyumbat sekeping roti ke mulut Haris. Haris tersengih dan mengunyah perlahan.

"Aku.."

"Dah. Jangan nak macam macam dengan dia masa aku kerja", Irfan memberi amaran. Keras bunyinya.

Sya menuangkan kopi ke dalam cawan dan memberi kepada Haris. Haris mencuri pandang ke dalam mata Sya, malangnya tiada respon.

"Sedapnya. Dah lama aku tak sarapan. Selalu bangun tidur terus lunch. Hahahaha", ujar Haris menghirup air kopi.

Sya tersenyum kecil. 'Kesian. Kerja apa la yang dah tengah malam pun tak balik balik'.

Tengah hari itu, Irfan tersenyum lebar bila membuka pintu rumah. Sya sedang mengambil pinggan dari dalam kabinet, lalu dipeluknya dari belakang. Sya menjerit, terkejut. Hampir terlepas pinggan dari tangannya. "Macam nak gugur jantung ni", Sya mengurut dadanya. Nafasnya mencungap, geram.

Haris yang baru bangun, terus buka pintu bilik dan berlari ke dapur, "kenapa?". Sya agak kekok sementara Irfan menjauhkan diri dari Sya, "ada lipas tadi. Sya terkejut", jelas Irfan mengosok tengkuknya.

"Eh.. kau balik lunch ke? Aku nak join boleh? Sedap pula nampak asam pedas pari dengan telur asin ni", ujar Haris dengan selamba menarik kerusi makan untuk duduk. Sya membawa pinggan ke meja dan menyenduk nasi , diberikan kepada Irfan dan Haris. Sya ke dapur semula, mengambil air dari peti.

Yang Kedua✔Where stories live. Discover now