bab 34

25K 492 15
                                        

"Kenapa gelap ni?", bisik Sya bila tersedar dari lena. Rupanya dia tertidur didalam bilik mami selepas melepaskan kemarahan kepada Irfan. Suis lampu bilik ditekan, terang benderang jadinya. Dipandang pada jam loceng yang ada di almari solek, sudah tujuh lima belas. Terdengar suara dari surau mengalunkan bacaan suci al-Quran. Tanpa berlengah, Sya masuk ke biliknya mencapai tuala untuk bersiap ke surau. Sambil itu diamati tiada sesiapa di rumah. 'Sampai hati dia buat macam ni', air matanya mengalir sederas air pancur mandian.

Sya memakai jubah putih yang mami belikan ketika menunaikan umrah tempoh hari, disarungnya sarung kaki hitam dan telekung putih, tergesa gesa ke pintu bila bacaan al-Quran berhenti. Dia tau sekejap lagi mesti pak bilal akan melaungkan azan. Sya hanya sempat membuka lampu dapur dan bilik mami dalam kekalutan itu.

Hajah Seriah kalut berjalan menuju ke rumah arwah Hajah Anisah Bee, risau mengenangkan keadaan Sya. Meluat betul bila melihat Irfan dengan 'kawan' tu. Patutlah kebelakangan ni, Hajah Anisah selalu berkeluh kesah tentang Irfan. Hari ni memang terdedah apa sebenarnya.

Hajah Seriah membuka pintu grill, sebaik sahaja tangannya ingin memutar tombol pintu papan, pintu itu terbuka sendiri. Dihadapannya, satu susuk putih keseluruhannya. Apalagi, menjeritlah.

Sya yang membuka pintu turut menjerit bila melihat ada lembaga putih di hadapan pintu rumahnya.

"Allahu Akbar"

Hajah Seriah mengurut dadanya. Nafasnya kencang, tak menentu rentak. Dia terjelepuk jatuh depan pintu rumah.

"La... mak aji buat apa kat sini?",  tanya Sya yang tersandar di daun pintu.

"Nak tengok kamu la. Irfan kata kamu berkurung dalam bilik", jawab Hajah Seriah terhenti henti tuturnya.

"Orang tertidur je. Bangun bangun tengok dah nak maghrib, Sya seorang je di rumah. Tu yang bersiap nak ke surau", jelas Sya bangun dari duduknya apabila terdengar azan berkumandang

"Jom, kita pergi surau", ajak Sya menghulurkan tangan kepada Hajah Seriah. Hajah menyambut tangannya dan bangun perlahan lahan.

"Tak payah, kita jemaah kat rumah je dulu. Lepas tu baru kita pergi surau. Kamu ni, bukalah lampu dalam rumah ni. Jangan biarkan bergelap, kan baru lepas kematian". Hajah Seriah memberi cadangan sambil membebel. Tangannya pantas memetik suis yang ada di dinding. Terus terang jadinya rumah.

Sebaik selesai solat dan wirid, Hajah Seriah menghulurkan sesuatu kepada Sya. Sya terkejut melihatnya. "Ni telefon mami kamu. Sebenarnya pagi tadi, mak aji ada dengan mami. Kami janji nak pergi pasar bersama. Tapi memandangkan mak aji ada goreng karipap dan kukus apam subuh tu, jadi bawalah ke sini. Kami minum kat dapur tu", cerita Hajah Seriah, jarinya menunjukkan arah dapur.

"Betullah, Sya telefon mami lepas solat subuh. Itu yang dia cakap".

"Mami kamu kan tak sihat sejak balik umrah. Jarang ke surau, jadi mak aji selalu datang melawat dia. Dia cakap nafas dia pendek pendek. Nak tarik nafas, rasa dada sendat. Dada dia adakalanya berdebar debar. Penat Mak aji ajak pergi klinik, dia yang tak nak", tambah Hajah Seriah lagi, kali ni mengeluh seolah menyesali sesuatu.

"Masa kami makan apam, ada orang call mami. Tapi bila mami angkat takde suara. Lepas mami letak telefon, bertalu talu mesej masuk. Lepas mami buka mesej tu, tiba tiba dia macam tercekik apam. Mak aji cuba tolong korek mulut dia, tapi tak berjaya selamatkan dia. Mak aji minta maaf sangat sangat. Mak aji bersalah".

"Allah.. senangnya mami pergi", ujar Sya perlahan, air matanya tumpah lagi.

"Syukur mak aji ada masa mami pergi. Sekurang kurangnya, mami ada peneman dikala nafas terakhirnya. Terima kasih mak aji. Hanya Allah dapat membalas jasa mak aji", tambah Sya memegang kedua tangan Hajah Seriah, kepalanya ditunduk dan diciumnya tangan tersebut. Hajah Seriah menyentuh kepala Sya, "Patutlah Anisah sayang sangat dengan budak ni".

Yang Kedua✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang