Adam lemah tak bermaya tatkala bangun pagi itu. Semalaman tidurnya tak lena. Seringkali terjaga, seolah olah Hasya Sofea muncul di depannya kemudian hilang bila didekati. Pintu almarinya dibuka, baju yang pernah dipakai Sya ketika majlis perkahwinan di Carcosa diambil, dicium dan dipeluk. "I miss you", Adam terjelepok di situ.
Adam
Hari demi hari menumpang di rumah pakcik Hassan membuatkan Adam senang berada di situ. Walaupun sekadar rumah pangsa dua bilik namun aman, berbanding rumahnya, banglo tersergam indah tapi sunyi. Semua dengan hal sendiri. Dalam bilik masing masing serba lengkap; ada tv, radio, komputer, jadi semua orang ada privasi sendiri. Berbeza dengan rumah pakcik Hassan, tandas satu, itupun kalau nak berurusan kena melalui ruang tamu dan dapur jika dari bilik. Semua orang tahu. Boleh pula tanya, ok ke tak, pam berfungsi ke tak, cirit ke tadi, bunyi lain macam je.
Tu baru tandas, belum lagi tv. Dah la astro yang pakej biasa, no mtv, no movies, siaran sukan yang mahal tu lagi la tak. Itu pun anak anak pakcik Hassan yang kecil boleh berebut remote sebab nak pilih cenel yang tak seberapa. Sofa pun dah tak serupa sofa hasil pijak anak jantan yang lasak bermain. Sungguhpun nampak kurang selesa tapi aku suka. Suka dengan kehangatan penerimaan mereka pada aku, sayang dengan perhubungan kekeluargaan mereka walau serba kekurangan. Bila yang kecil kecil bergumpal, aku ikut serta berguling, dapat main sekali.
Memang jauh sangat jika dibandingkan dengan keluarga aku. Tapi aku senang berada dengan mereka, terutamanya anak sulung pakcik Hassan. Comel, keanak anakan walaupun anak sulung. Hari pertama aku menumpang, dia yang merawatku. Bukan calang budak boleh membersihkan luka tikaman dan darah yang masih mengalir dan sudah kering. Aku selalu menelanjangkan perempuan perempuan yang gilakan aku, demi nafsu menggila. Tapi malam itu, dia yang membogelkan aku kerana pakaianku basah dengan darah. Baju dan seluarku digunting dengan berhati hati agar tak menyakiti aku dan menambahkan pedih di luka. Hanya boxer yang tinggal, diambilnya tuala dan ditutup bahagian itu. Perlahan dan penuh berhati hati, tubuhku dilap dengan air suam. Dimulakan dengan mukaku, sesekali aku mengaduh, dia berhenti. Aku tau aku busuk. Busuk bau arak yang aku togak sebelum dibelasah hampir mati. Bila terkena tempat luka, aku menjauhkan dari dia, mata kubuka sedikit tanda marah namun dia tersenyum mempamerkan siungnya. "Maaf ye. Saya tak sengaja". Lontaran suara itu sangat mendamaikan. Wajahnya yang polos, ringkas berbaju baby tee, seluar tidur dan rambut diikat satu. Aku berdegil tak mahu ke hospital atau klinik walaupun pakcik Hassan nak menghantarku. Aku merayu untuk ke rumahnya. Aku tak mahu kumpulan yang membelasah aku, tau aku masih hidup dan akan meneruskan misi mereka. Aku perlu tempat bersembunyi.
"Kalau sakit, bagitau Sofea ye". Pakcik Hassan dan isterinya sesekali masuk menjenguk kami di bilik itu. Kemudian keluar semula. Ye, pelikkan. Membiarkan aku, dah tentu orang jahat sebab dipukul, dibelasah, mabuk di waktu dinihari; dengan anak daranya didalam bilik berdua duaan. Bilik itu sempit, tak boleh masuk ramai orang. Kelengkapan dalam bilik itu pun sudah menyesakkan pandangan dan udara.
"Sofea letak ubat luka, kapas dan plaster je kat luka ye. Itu je yang ada kat rumah", ujar gadis itu sambil menyarungkanku kain pelikat. Dia sedaya upaya mengelak dari memandang dan tersentuh kelakian aku. Dia berdiri dihujung kaki aku yang sedang terlentang, aku memang tak mampu nak bergerak. Sakit satu badan, segala urat terasa bagaikan putus, sendi seolah hancur, mataku tertutup tapi aku masih sedar. Dia kemudiannya bergerak ke sisi aku. Bagai ada sesuatu nak dikatakan, matanya memandang ke pintu kemudian mengeluh, "abah dah tidur pula". Kemudian mengalihkan pandangannya padaku. Saat itu, mata kubuka sedikit kerana pelik dengan keluhannya.
"Maaf ye. Sofea kena buat ni. Dah kotor kena darah juga". Pantas tangannya masuk ke dalam kainku, meraba getah boxer dan terus melucutkannya. Lega rasanya bila burung dah bebas. Dia terus keluar meninggalkan aku. Aku tak mampu menangkap tangannya dan mengucapkan terima kasih kerana telah melegakan rasa senak.
![](https://img.wattpad.com/cover/118546870-288-k901544.jpg)
YOU ARE READING
Yang Kedua✔
Storie d'amoreSeorang gadis yang kehilangan keluarga tersayang mencari ruang untuk disayangi dan menyayangi. Perjalanan hidup yang jerih harus ditempohi. Note for reader: Be sure you are above 18 as this story includes adults content. Thanks for making this wri...