bab 15

27.8K 579 10
                                    

Mami bangun seperti biasa pagi itu, melakukan rutin hariannya. Dibiarkan Sya tidur lama sedikit. Selalunya Sya bangun sebelum azan subuh. Tapi disebabkan panadol 2 biji dan ubat batuk yang amat power, memang betul betul merehatkan tubuh Sya. Mami merancang untuk keluar bersarapan saja di gerai simpang tiga sebelum masuk ke kawasan perumahan ni.

6.45 pagi, mami melihat jam dinding. Lalu mami menutup al-quran yang dibacanya dan bangun dari sejadah. Dengan masih bertelekung, mami masuk ke bilik Sya, mahu dikejutkan Sya untuk solat subuh. Dipetiknya suis pada dinding ditepi pintu, berderau darahnya, hilang kekuatannya untuk berdiri.

Irfan terasa suasana bilik itu terang walaupun matanya masih tertutup.  Dia mencuba untuk membuka matanya sedikit demi sedikit. Betul la lampu bilik menyala. Dirasanya tangan kanannya memeluk sesuatu. Lembut tapi macam berat. Irfan memandang ke kanannya, hitam. 'Macam rambut ni', getus hati Irfan. Dikuaknya rambut itu, 'Sya???'. Bingkas Irfan bangun. Dipandang ke pintu bilik kelihatan mami duduk terjelepok menangis. Terus Irfan menerpa kepada mami, "mami, Irfan tak buat apa-apa. Sumpah". Tangisan mami semakin kuat.

Sementara Sya terpisat pisat bangun bila terdengar tangisan mendayu. Sya duduk tapi masih mamai, cuba menyesuaikan diri dalam keadaan berjaga. "Mami.. "panggil Sya yang baru cuba mencari arah tangisan. Dilihat mami menangis dalam keadaan masih bertelekung. Pantas Sya turun dari katil dan mendapatkan mami. "Kenapa mami?".

Mami memeluk Sya, "Maafkan mami, sayang. Mami gagal mendidik Irfan".

'Irfan? Kenapa pula dengan dia?'fikir Sya yang masih mamai.

"Mami, please. Irfan tak buat apa pun".

Sya memandang ke arah suara itu. Irfan berdiri di luar bilik, tanpa berbaju. Rambutnya kusut masai. Baru Sya tersedar yang dia berbaju tidur paras lutut tanpa pakaian dalam dan tak bertudung.

"Sya tak ingat apa yang terjadi semalam? Jangan sorok dari mami".

"Wallahi mami. Kan Sya makan ubat semalam. Mami tau kan macam mana keadaan Sya".

"Kamu Irfan. Ingat tak apa yang kamu buat semalam?", tanya Haji Osman, imam surau di situ.

Mami menelefon imam dalam tangisannya meminta imam datang dengan segera. Sya hanya sempat membasuh muka dan gosok gigi. 'Selamat' subuhnya pagi itu. Disarung jubah mekah hadiah dari ibu Suhana ketika pulang dari umrah dulu. Begitu juga dengan Irfan. Disarungnya t shirt. Kemeja malam tadi masih ada di lantai bilik Sya.

"Tak ingat imam. Saya masuk bilik dan terus terlelap" jawab Irfan mengusap mukanya.

"Kenapa balik tak bagitau? Kenapa tak masuk je bilik kamu?" tanya mami bertalu talu. Tangisan masih belum berhenti. Hajah Seriah memeluk dan mengusap belakang mami.

Sya dan Irfan duduk bertentangan. Sya masih kelam dengan keadaan itu. Tapi dia yakin, ada kena mengena dengan dia.

"Irfan on the way balik dari site. Tapi tak larat nak drive sampai KL. Jadi,  singgah sini. Tak sangka budak ni pun balik juga." Irfan menudingkan jarinya pada Sya.

Mami akhirnya bersuara, "Imam, Mokhtar, Mail..", kedua dua jiran ni turut datang pabila melihat Haji Osman dan isteri tergesa gesa memasuki perkarangan rumah mami.
"Saya nak mereka berdua dinikahkan. Saya tak nak perkara buruk terjadi di kemudian hari".

Sya dan Irfan terkejut dengan keputusan mami. Sya tersandar di sofa memejam matanya, 'kenapa?'.
Irfan terus bangun menelefon seseorang. Yang Sya dengar, "aku ada masalah keluarga. Kau balik dulu".

Irfan menepuk bahu Sya dan memberi isyarat mata supaya mengikutnya. Sya dengan longlai bangun. Matanya merah.

Setiba Sya di dapur, Irfan sudah duduk. Dia seakan menahan kemarahan. Sya berdiri bersandar di dinding masuk dapur dari ruang tamu. "Aku nak kau cakap dengan mami, kau tak nak kawen dengan aku" arah Irfan. Dah macam rupa naga keluar asap ikut hidung.

"Sya bingung la. Kenapa tiba tiba kena kawen pula bangun pagi ni. Sya buat apa? Irfan buat apa?" Ujar Sya tak puas hati.

"Mami nampak apa yang berlaku dalam bilik tu tadi. Bukan setakat pagi tadi. Selama ni pun mami tau. Kamu tu Irfan, curi peluk la, cium Sya, kamu paksa dia kan? Kamu ingat mami buta?" Irfan terdiam bila mami berkata demikian.

"Dalam bilik? Sya tidur la mami. Apa masalahnya".

"Allahu Sya, mami kamu nampak kamu berpelukan dengan Irfan. Irfan  tak berbaju. Kamu dengan baju tidur. Sedangkan kamu berdua bukan mahram", terang Hajah Seriah sambil memegang tangan Sya. Hajah Seriah membontoti mami dari ruang tamu.

"What???? You jerk Irfan", jerit Sya terus meraung. Terduduk Sya di tepi dinding itu. Sungguh tak disangka, perkara yang paling ditakuti, paling nak dielakkan terjadi juga. Sya berada ditempat dan waktu yang salah. 

"I did nothing last night", balas Irfan masih tak berpuas hati. Dalam hatinya, 'patutlah sedap sangat tidur malam tadi'.

"Jangan malukan mami depan Allah, Irfan. Selama ni, mami berdoa agar Irfan berubah. Tapi doa mami tak termakbul. Sya anak yatim. Adalah tanggungjawab mami menjaga dia dengan baik tapi kamu yang cemarkan dia". Sya masih menangis tersedu sedan manakala Irfan terkedu.

"Imam, tolong uruskan pernikahan mereka hari ni. Kebetulan esokkan nak buat kenduri sempena Irfan balik dan tamat pengajian. Kita gabungkan sekali dengan kenduri kawen. Boleh Mail, Mokhtar?"tanya mami.

Yang Kedua✔Where stories live. Discover now