Meriah.
Tu saja perkataan yang Sya jumpa. Dah lama dia tak menghadiri kenduri. Terakhir, rasanya kenduri kahwin Suhana. Pergi dengan Adam. Kali ini kenduri untuk Adam dan Azriel. Sayu rasa hatinya.
"Kenapa ni? Mendung je", tegur Irfan berbisik, mendukung Azriel sebelum dimasukkan ke dalam buaian berhias cantik untuk majlis berendoi. Sya mengeleng bagai menyatakan tiada apa yang berlaku.
Pagi itu, bergema serumah bila majlis berselawat, puji pujian kepada Allah bermula. Boleh tahan panjangnya. Mujur Azriel tak merengek. Selesai bacaan doa, maka bermulalah majlis mencukur jambul.
"Jom, makcik makcik dah berdiri tu. Sya bawa dulang tu, jalan dulu. Irfan menyusul", arah makcik Aminah. Mereka berjalan mengelilingi bulatan yang dibuat oleh teman teman marhaban makcik Aminah sebelum memulakan upacara.
Orang pertama yang menggunting rambut Azriel, ketua marhaban. Rambut yang digunting dimasukkan ke dalam mangkuk berisi air. Kemudian kepala Azriel dibasahkan dengan air kelapa dan diambil sedikit bunga rampai sebelum ditabur ke atas kepala Azriel.
Dicium dahi Azriel dan didoakan kesejahteraan dan kebaikan Azriel. Seorang demi seorang menggunting, Azriel senyap dalam dukungan Irfan. Sesungguhnya Azriel ni anak yang tak banyak masalah, seperti mengerti keadaan yang dilalui sekarang.
Usai zuhur, kumpulan lelaki pula hadir. Hati Sya kembali dirundung pilu, bila nama Adam disebut dalam doa tahlil. Matanya mulai berair. Diana menghulurkan tisu dan memeluknya.
"Sabar kak", bisik Diana.
"Akak rindu sangat pada dia", adu Sya dalam esakan.
"Diana pasti abang Adam istimewa orangnya. Dan sebab itu, Allah menjemput dia dulu. Akak patut bersyukur, abang Adam antara insan yang terpilih".
Irfan mengambil Azriel dari Sya setelah selesai tahlil. Dia nampak wajah sugul Sya tapi dibiarkan. Tetamu harus diutamakan, lagipun Diana ada menemaninya. Isteri Aman pun ada didalam rumah tu. Elok orangnya, sungguhpun mualaf, siap berniqab.
"So, ni anak you? Comel", tegur Aman yang beratur untuk mengambil hirisan daging kambing golek. Dicuit pipi Azriel.
"Bukan anak I. Anak my sister", ujar Irfan.
"Owh. Mana ayahnya?", tanya Aman pelik kerana dari tadi Irfan yang mendukung Azriel.
"Dah meninggal. Tadi tu, tahlil untuk dia la".
"Adam Wu? Nama familiar"
"Ye. Kes bunuh dua bulan lepas. Anak Tan Sri Norman Wu".
Aman mengangguk, cuba mengingati sesuatu lagaknya, "Ada I tengok di tv dan baca di suratkhabar. So, ni anak dia ye. Siapa nama?"
"Azriel"
"Wife Adam?"
"Ada di dalam. Kalau Aman perasan, ada perempuan baju putih dan tudung putih tadi mendukung Azriel, tu la balu Adam".
"Oh.. she's sweet".
Irfan tersenyum.
Ramai yang hadir. Jemputan terdiri dari penduduk setempat, orang surau, teman makcik dan pakcik. Irfan tak kenal mereka. Ada juga yang muda muda. Bila Azriel merengek, Irfan masuk ke dalam rumah, mencari Sya.
Sya baru selesai solat zuhur, sedang melipat telekung.
"Ok dah?", tanya Irfan memberi Azriel pada Sya dan dia melipat sejadah yang Sya gunakan. Kemudian dihidupkan penghawa dingin. Pintu bilik dirapatkan sedikit.
Sya memandangnya, seolah bertanya kenapa. Dia melabuhkan punggung di lantai sementara Sya yang duduk di atas katil. Songkok dibuka, butang baju melayu dibuka satu persatu. Panas. Kepalanya mula berdenyut.

ANDA SEDANG MEMBACA
Yang Kedua✔
RomanceSeorang gadis yang kehilangan keluarga tersayang mencari ruang untuk disayangi dan menyayangi. Perjalanan hidup yang jerih harus ditempohi. Note for reader: Be sure you are above 18 as this story includes adults content. Thanks for making this wri...