"Kau tak pernah macam ni? Tadi yang kau nampak kat atas pun macam ni kan? Kali ni betul betul depan mata. Kau nak tak?"bisik Irfan ke telinga Sya. Nafas panas Irfan terasa di pipi Sya.
"Maaf, tadi saya tak sengaja. Tapi sekarang saya tak teringin pun benda depan mata saya. Tak halal bagi saya. Tolong jauhkan diri dari saya. Tak elok kalau orang nampak" balas Sya dengan suara yang bergetar. Irfan merenung wajah Sya, mata Sya tertutup rapat.
Irfan melepaskan Sya tatkala mendengar batukan mami di ruang tamu. Sya membuka matanya dan menghela nafas lega. Air matanya mengalir, terus dipalingkan tubuhnya ke posisi asal dan menyambung kerjanya kembali. Irfan pula ke hadapan untuk ke biliknya di loteng dan menyapa mami, " mami pergi mana tadi?". Mami yang duduk di sofa mengipas ngipas dirinya dengan suratkhabar menjawab, "Pergi surau tadi, cari imam. Nak bagitahu yang mami nak buat kenduri kesyukuran untuk Irfan".
"Owhh.. ok. Bila tu mami?"
"Sabtu depan la kot. Ok tak?" Tanya mami.
"Ok tu. Isnin ni Irfan dah mula kerja. Hujung minggu ok sangat la nak buat".
Mami mengangguk.. "eh.. pergi cepat pakai baju. Malu la kat anak dara di dapur tu" gesa mami.
***********************************
"Kenapa mata merah ni Sya?" Tanya mami.
"Takde mami. Teringat kat arwah adik Sya, dia suka sangat makan udang besar besar gini".
"Sedekahkan.Al fatihah untuk dia. Agar terubat rindu", mami menasihatkan Sya. Tangan mami laju memotong bawang untuk dimasak kari udang dan daging masak hitam kegemaran Irfan.
Mami dan Sya sama sama beradu tenaga untuk menyiapkan masakan tengah hari itu. Sya mengambil kesempatan belajar dari mami. Manakala Irfan mengeluarkan baju bajunya dari dalam beg dan mula mengemaskan ke dalam almari. Sambil itu bermesej dengan Farhana. Kekasih hati pengarang jantungnya.
Rindu sangat, padahal baru sehari tak bersua.Mami memanggil Irfan dari kaki tangga untuk makan tengah hari. Sya masih kenyang dengan nasi lemak tadi, jadinya dia tak makan. Sya masuk ke biliknya, membiarkan mami dan Irfan menjamu selera.
"Budak tu tak makan ke mami?"
"Ish.. panggil Sya. Kan dia ada nama", tegur mami sambil menceduk daging ke pinggan Irfan.
"Ha.. Sya. Sapa dia ni mami?"
"Anak angkat mami la.."
"Irfan kan ado. Irfan anak mami", sindir Irfan.
"Baru sehari balik dah ngaku ada". Geleng mami.
"Mami boleh je call Irfan. Internet ada, kita boleh skype".
"Mana mami tau benda moden ni. Patut irfan yang contact mami dulu selepas hari tu". Air muka Irfan berubah. Mami perasan tentang itu lalu mami mengalih topik perbualan.
************************************
"Sya pergi masuk bilik Irfan, tadi dia kata ada baju kotor dalam bakul. Ambilkan, kita boleh basuh malam ni. Esok terus sidai".
Sya yang sedang menjahit leher baju kurungnya memandang mami, jarum masih ditangannya, meminta kepastian.
"Kan Irfan dah keluar tadi. Takde kat bilik tu". Mami seolah mengerti air muka Sya. Laju Sya naik dan turun. Serik dengan peristiwa pagi tadi.
YOU ARE READING
Yang Kedua✔
RomanceSeorang gadis yang kehilangan keluarga tersayang mencari ruang untuk disayangi dan menyayangi. Perjalanan hidup yang jerih harus ditempohi. Note for reader: Be sure you are above 18 as this story includes adults content. Thanks for making this wri...