Sementara tak jauh dari situ, seseorang memberi arahan.
Terdapat beberapa orang berpakaian gelap menyorok disebalik pokok getah berhampiran rumah pakcik Ahmad. Malah dah ada yang membuka pintu belakang dengan kunci pendua.
Irfan berhenti sebentar, mengambil pek lampin pakai buang yang dibeli tadi di dalam kereta. Pasti Sya terlupa untuk mengambilnya.
"Jemputlah masuk Linda", pelawa Irfan bila Linda seolah terlangak langak mencari sesuatu di depan pintu.
Linda akur. Dia cuma nak memastikan betul ke tak, tiada cctv seperti yang dikatakan Aman. Macam tak lojik pula tiada cctv di pasang di pintu dan pintu sliding depan. Tapi memang betul, tiada. Agaknya cctv yang dipasang pun hanya untuk memerhati jika pencuri datang dari kebun getah.
"Mana yang lain?", soal Linda tatkala melangkah masuk. Aman sudah duduk di sofa. Irfan menuang air sirap ke dalam gelas.
Lega dia bila Sya dah siapkan juadah walaupun sekadar air. Diambilnya balang plastik berisi kerepek pisang tanduk yang sedia ada berhampiran tv dan dihidangkan untuk tetamunya. Memang menjadi kudapan mereka jika menonton tv terutamanya ketika dia dan pakcik Ahmad menonton bola sepak English Premier League.
"Yang lain ke rumah Diana. Berunding untuk kenduri Naqib tak lama lagi", jawab Irfan.
"Maksud I, baby and his mum". Linda menyatakan hasrat sebenarnya.
"I rasa dalam bilik sebab kami baru balik beli barang. Mungkin sedang rehat. Nanti I tengokkan".
Irfan bangun dan menuju ke bilik Sya, diketuk dan dibuka pintu. Sya sedang berbaring kepenatan sambil menyusukan Azriel, cepat cepat membaling bantal pada Irfan. Irfan ketawa, dia tahu Sya malu dan apa yang terhidang adalah haram baginya.
"Nak apa?", tanya Sya cuba menutup apa yang boleh dari pandangan Irfan.
"Aman dengan Linda datang, nak tengok Azriel", jawab Irfan, merenung wajah Sya dengan senyuman bagai terpaksa dikawal.
Irfan merasa selamat sebaik tiba di rumah, setelah tiada lagi sesiapa mengekori mereka selepas dari membeli KFC. Kini dengan adanya Aman, seolah menjadi penguat semangatnya jika sesuatu terjadi.
Sya membuat riak muka tak senang hati, "nanti Sya keluar, nak bagi Azriel menyusu dulu".
Sya menghalau Irfan keluar dari bilik, tak senang betul dia nak berehat. Irfan keluar dari bilik, berjalan ke tandas yang terletak berhampiran dapur. Ruang tamu hanya beberapa langkah saja dari bilik Sya namun apa yang dia tak perasan, ada insan lain sudah berada di situ.
Pakcik Ahmad sepertinya mahu pulang sesegera mungkin. Makannya pun sedikit saja. Sakit betul mata dan hatinya bila makcik Aminah bersembang sembang sambil makan dengan ibu Diana, siap bertambah nasi. Yelah, ada lauk kegemaran dia sambal tempoyak daun kayu. Jelingannya langsung tak dihiraukan dek isteri tercinta.
Klip video langsung dari cctv di dalam rumah terus ke telefonnya, betul betul membuat perut pakcik Ahmad sebu. Memang Inspektor Govinda sudah memaklumkan dia bahawa anggota unitnya sudah bersiap sedia untuk bertindak. Dia percaya dengan mereka tapi naluri sebagai seorang ayah dan datuk tak dapat membendung kerisauan itu.
Cctv yang terletak pada mentol lampu di depan pintu utama menunjukkan seorang lelaki bertopi dan berjaket berjalan mendekati pintu. Lelaki yang sama, keluar dari kereta malam tadi. Dari susuk badan, dia tahu itu Chris Chan. Maknanya, memang betul apa yang Sya nampak di kompleks.
Dari cctv yang terpasang pada lampu berdiri yang terletak di tepi tv, Chris duduk membelakangi bilik Sya, Aman dan Linda masih dalam posisi tadi. Irfan tak kelihatan dari sudut itu.
YOU ARE READING
Yang Kedua✔
RomanceSeorang gadis yang kehilangan keluarga tersayang mencari ruang untuk disayangi dan menyayangi. Perjalanan hidup yang jerih harus ditempohi. Note for reader: Be sure you are above 18 as this story includes adults content. Thanks for making this wri...