Khas Raya : Episod 14

26.2K 507 31
                                        

~disebabkan esok, kesibukan yang maha hebat menanti dari dinihari, makanya episod untuk esok di'publish'kan malam ni. Sila enjoy. Kita akan bertemu pada hari raya pertama..

***

Aku perhatikan Sya menelefon seseorang ketika Farhana dan aku saling berbalah. Dia sekadar memandang pada kami berdua. Aku tinggalkan Farhana, cukuplah dengan apa yang telah aku katakan. Tak perlulah untuk aku menghina atau menggunakan kekerasan.

Pintu kereta aku buka, Sya tersenyum padaku dan mengangkat kening, "Dah selesai?".

Tangannya mencapai tali pinggang keledar, aku menarik tangan itu. Kukucup lama, "Sorry sayang".

"Kenapa?"

"I know she's insulting you".

Sya tersenyum lagi, "tak jadi kudis pun. Sya biarkan saja. Tak dengar pun apa dia cakap".

"Tipu ni. Jangan simpan simpan".

"Tak simpan. Apa yang Sya dengar abang cakap, Sya percaya".

Tingkap kereta diketuk bertalu talu dek Farhana namun tak kuhiraukan. Yang penting, pintu dah berkunci.

Mukaku menghampiri Sya, bibirnya kupagut lembut. Tak kuhiraukan lagi keadaan sekeliling, pedulilah. Bunyi ketukan di tingkap berhenti dan bibir kami terpisah.

"Perlu ke kita bercium sebegini?", soal Sya mengesat air liur yang membasahi keliling bibirnya, kemudian mencari gincu di dalam tas tangannya.

"Sebagai tanda terima kasih kerana sayang percayakan abang".

"Bukan sebab Farhana?"

"Sebab dia? Kalau sebab dia, abang terus make love dengan sayang depan dia. Biar dia tau yang sayang ni.."

"Hish... mana boleh. Haram la", balas Sya menepuk lembut lenganku sambil mengerling manja.

"Tu perumpamaan je. Bukan apa, Farhana ni ingat sex je cukup kot dalam rumahtangga. Padahal besar skop rumahtangga dan perkahwinan ni", kataku sambil memandang ke kanan, memastikan tiada kereta sebelum kami meluncur keluar dari kawasan apartmen.

"Kesian dia. Dia sesat dalam terang", luah Sya setelah lama terdiam. Sibuk membetulkan sapuan gincu di bibirnya dan tudung tadi.

"Ye, sesat. Itu pilihan dia. Semoga Allah berikan hidayah kepadanya sebelum terlambat"

"Mungkin abang orang yang boleh mengubah dia"

Aku menoleh pada Sya, mujur ketika itu lampu isyarat merah.

"Cakap apa ni? No more. Cukup dengan kegagalan tempoh hari. Dua kegagalan abang lalui. Ni yang ketiga. Kali kedua dengan sayang, abang tak mahu gagal lagi. Dengan perkahwinan ni pun abang belum tentu mampu untuk mendidik sayang dan anak anak. Ni nak didik Farhana yang dah jadi buluh tu? Poligami bukan mudah sayang"

"Siapa kata poligami?"

"Then? Sya nak tinggalkan abang so that Farhana kawin dengan abang? Begitu?"

Sya terdiam, menarik nafas panjang.

"Sayang dengarkan apa abang cakap dengan Farhana tadi? Abang takkan lepaskan sayang. Keluarga kita ni saham akhirat abang. Abang akan cuba didik permata kita menjadi insan terbilang. Biar berkilauan dengan cahaya Islam. Kita sama sama berusaha ke arah itu".

"Kenapa ni? Tak percaya dengan abang?", soalku bila Sya masih sunyi.

"Maafkan Sya. Bukan terniat pun untuk kita berpisah. Sya kesian tengok dia merayu sebegitu. Malu bang, sebagai perempuan".

Yang Kedua✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang