bab 78

20.1K 497 376
                                    

"Kesian mak dengan pakcik. Dah sebulan tak keluar rumah berdua duaan. Semua sebab Sya", keluh Sya.

"Tak pe. Ni amanah. Pakcik pelik juga, takde maklumat terbaru tentang kes Adam ni. Last tangkap pemandu van. Kemudian, kelab malam dan pusat pelacuran diserbu tetap tak jumpa Chris Chan".

"Hebat betul dia menyorok. Ada cloak macam Harry Potter tu kot", gurau makcik Aminah, menuding jari ke tv yang menayangkan Harry Potter: Daethly Hallows. Harry Potter ghaib sebaik berselubung dengan kain seperti selimut.

"Tah tah dia dah tinggalkan Malaysia kot. Ikut jln belakang", balas pakcik Ahmad serius.

"Dah tu, sampai bila Sya kena tinggal sini? Naik segan pula", kata Sya, memang dia dah malu sangat sangat. Walaupun Irfan memberi sejumlah wang kepada Pakcik Ahmad sebagai imbuhan rasa terhutang budi kerana sudi menjaga Sya, namun Sya tetap rasa kurang selesa. Ye la, menumpang di rumah orang yang langsung tak dikenali.

"Kita tunggu dari Inspektor Govinda Singh. Rasanya dia pun tak senang duduk tu. Kita harus ingat, dalam sehari beribu kes diterima. Cuma kes Adam ni istimewa, diberi keutamaan", jelas Pakcik Ahmad.

"Tak pe la Sya. Mak suka je Sya tinggal sini. Takde la sunyi. Menantu sulung mak kerja kat luar negara. Anak sulung mak pun jarang sangat datang bawa cucu cucu mak. Tinggal kat Perlis tu, jauh nak balik selalu. Ada Azriel ni, terubat juga rindu".

"Tapi takkan Sya duduk sini terus. Sya kena fikir masa depan kami berdua. Sya tak pernah terfikir perkara ni akan terjadi", luah Sya, sedih.

"Lama lagi Sya. Tunggu la Azriel besar sikit. Mak risau selagi polis tak kata dah selamat", pujuk makcik Aminah.

"Betul cakap mak tu. Duduk je dengan kami dulu. Lagipun Sya nak duduk mana nanti?", sokong pakcik Ahmad pula.

"Tinggal rumah lama. Rumah sewa dulu", jawab Sya dengan yakin.

"Bahaya kalau tinggal berdua dengan Azriel", sangkal pakcik Ahmad.

"Takpe la pakcik. Dah Allah tentukan hidup Sya begini".

"Bukan pasal ketentuan Allah tapi ni keselamatan. Selagi Chris Chan tak diberkas, bahaya", jelas pakcik Ahmad.

"Tak nak kawen semula dengan Irfan?", soal mereka serentak, keduanya memandang tepat ke wajah Sya.

Sya terdiam, macam mana mereka tau tentang dia dan Irfan. Sya tersenyum dan menggelengkan kepala.

"Mana mungkin abang nak kawin semula dengan Sya. Punca bercerai dulu pun sebab Sya. Abang jumpa Sya dengan lelaki lain. Cukup la, kami sekadar berkawan", jawab Sya tenang.

Dahi Pakcik Ahmad berkerut, hari tu Irfan kata dia penyebab bercerai. Hari ni Sya pula menyatakan dia punca mereka bercerai. Apa kena budak budak ni.

"Kesian Azriel, tak merasa kasih sayang ayah. Kawin masa anak kecil ni senang Sya, kasih sayang anak dengan ayah jadi macam anak kandung sendiri. Lagipun, Sya sendiri dapat lihat betapa sayangnya Irfan pada Azriel". Hujah dari makcik Aminah.

"Adam baru pergi mak. Takkan Sya nak kawin baru. Lagipun, abang Irfan tak cakap apa pun. Dia layan Sya macam adik je", sangkal Sya.

"Yang pergi, biarkan pergi. Sya dengan Azriel perlu teruskan hidup. Sekurangnya, Irfan boleh...".

"Sya sebolehnya tak nak menyusahkan abang Irfan lagi. Dari awal kami kawin dulu, Sya dah menyusahkan hidup dia sampai sekarang, walaupun kami dah berpisah dan ada kehidupan sendiri".

Makcik Aminah memegang tangan Sya seolah memahami apa yang Sya lalui sekarang. Ye, dia tau bukan mudah nak melupakan suami tercinta sebenarnya. Baru sangat lagi. Namun, dalam keadaan begini Sya terpaksa abaikan perasaan itu demi keselamatan dia dan Azriel. Perkahwinan ini tak perlu didasari cinta. Sya perlukan seseorang untuk melindungi dan menjaga dia dan Azriel.

Yang Kedua✔Where stories live. Discover now