Ketika sedang menyarungkan kasutnya, Haris nampak Irfan berkain pelikat berjalan menuju ke dapur. "Tak kerja hari ni?", sapa Haris.
"Kerja. Lambat sikit masuk", jawab Irfan lalu meneguk air yang dicurahkan ke dalam gelas.
"Tau mana Sya? Selalu pagi ada sarapan. Bilik pun kosong", nyata Haris kepada Irfan. Irfan mengelengkan kepalanya. Haris pelik dengan tingkah laku Irfan, buat tak tau kepada Sya padahal adik tu.
Irfan masuk ke bilik setelah Haris pergi ke pejabat. Sya keluar dari kamar mandi, memakai baju kelawar semalam dan melepasi Irfan untuk ke biliknya. Baju seksi pemberian Irfan dicucinya dan digantung di dalam kamar mandi. Malu nak jemur di luar. Irfan sempat menyambar tangan Sya sewaktu melintasi hadapannya. Sya terhenti. "Malam ni kita balik ke rumah mami. Ahad nanti aku hantar kau balik hostel", ujar Irfan menatap wajah Sya. Suaranya keras. Namun hatinya lega kerana tak akan ada lagi drama depan matanya.
Sya membalas pandangan Irfan, "Ok", maknanya ' aku kena berkemas dan kosongkan bilik hari ni', omel Sya.
Usai mandi, Sya memasukkan pakaiannya yang tergantung didalam almari ke dalam beg. "Tak payah la bawak semua. Dah tak nak balik sini jumpa aku?", suara Irfan mengejutkan Sya, hampir terduduk Sya yang sedang menonggeng itu dibuatnya. Sya sangkakan Irfan sudah ke pejabat sewaktu dia mandi tadi. Irfan tersenyum melihat gelagat Sya. 'Cuba la senyum macam ni selalu, baru lapang dada ni', hati Sya berkata.
Dah lama Irfan memerhatikan Sya mengemas, dengan hanya memakai baju lengan pendek paras paha, ke hulu hilir dalam bilik tu. Betisnya yang bersih dari sebarang parut, lembut dan halus bila Irfan menyentuh dengan kakinya semalam.
Irfan melabuhkan punggung di hujung katil, Sya ditarik supaya duduk di atas pangkuannya. Sya mengikut sahaja, 'dah siap berkemeja nak ke pejabat, kenapa nak ganggu aku lagi. Pergi la kerja', gumamnya
Tangan Irfan mengusap belakang Sya, Sya kegelian diperlakukan sedemikian. Irfan dapat merasakan sesuatu. "Kenapa suka goda aku?", tanya Irfan yang tangannya masih dibelakang badan Sya.
"Eh. Mana ada goda. Sya ingat dah takde orang kat rumah", balas Sya mempertahankan dirinya. Pelik dengan perangai Irfan.
Tangan Irfan mulai bermain di atas paha Sya yang terdedah. "Lain kali kalau tak boleh layan aku, tutup tutup la sikit. Aku tak tahan tengok macam ni". Jarinya mencuit dada Sya dari luar baju. Sya terjerit lalu terus bangun.
"Dah la. Pergi kerja", Sya menarik tangan Irfan supaya bangun dan bergerak ke pejabat. Sengaja Irfan memberatkankan badannya, bukan Irfan yang bangun tetapi Sya yang jatuh diatas Irfan. Irfan mencium pipi Sya. "Sudahlah, jangan buat Sya rasa bersalah sebab tak dapat layan".
"Boleh je kan nak layan..", pujuk Irfan yang berterusan mencium wajah Sya sambil berbisik sesuatu. "Taknak. Sya tak reti cara tu. Geli la", bantah Sya, terus bangun meninggalkan Irfan terbaring di atas katil.
Irfan keluar dari rumah menghempaskan pintu sekuat hati. Sya yang berada di dapur tidak ditegurnya. Sya tersentak dengan hempasan itu. 'Marah betul tu'.
Jarum jam menunjukkan angka 9 dan 6. Dah 930 malam. Haris membuka pintu utama, dilihatnya Sya sedang menonton drama korea. Sya mengangkat tangan dan tersenyum padanya. Sya berpakaian lengkap seperti ingin keluar.
"Nak pergi mana?", tanya Haris, duduk disebelah Sya. Dia memberi setin Pepsi pada Sya sementara dia membuka tin Mountain Dewnya. Sya menyambut, membuka penutup dan. meneguk Pepsi perlahan.
"Nak balik rumah mami", jawab Sya, matanya tak lepas memandang tv. 'Tau la hero korea comel comel. Tapi aku lagi segak Sya', rintih Haris.
"Dengan Irfan?", tanyanya lagi meminta kepastian.
"Haah. Mami balik esok", terang Sya, meneguk lagi Pepsi.
'Biar betul Irfan ni. Tadi elok berpeluk dengan Farhana pergi dinner sekali dengan aku lepas tu nak ke kelab. Dibiar adiknya menunggu', gumam Haris.
"Sya dah call ke text ke?"
"Dah dapat blue tick. Call tak angkat pulak. Sibuk kot.." terang Sya mengeluh perlahan.
"Sya dah dinner?" Soal Haris membuka satu persatu butang baju kemejanya. Sya menjeling dengan ekor matanya.
"Pergilah mandi kalau panas. Tak payah la nak seksi sebelah ni", sindir Sya, dia tak selesa bila Haris begitu.
"Tergoda?", Haris tertawa kecil. Sya menjeling masam.
"Ala, abang you tak de ni. Boleh je kalau nak...."
"Tapi Allah ada" potong Sya sebelum Haris sempat menghabiskan ayatnya.
'Potong betul. Beza sangat dengan Irfan'. Haris meninggalkan Sya yang masih menonton tv."Abang you belum balik lagi?", tegur Irfan yang merasa lapar selepas menghadap analisa kewangan syarikat baru, tempat kerjanya.
Sya mengelengkan kepala. Dilihatnya jam sudah hampir 12 tengah malam. "Haris nak makan ke?", sapa Sya bila melihat Haris membuka kabinet yang tersimpan mee segera. Sya bergerak menghampiri Haris, langkahnya longlai. Penat menunggu Irfan dari petang.
"Eh.. takpe. Sya pergi berehat. Haris masak sendiri".
"Biar Sya masak. Sya pun lapar ni", ujar Sya, Haris hanya melihat Sya melakukan segalanya. Manakala dia membancuh air teh limau.
"Haris.."
Haris mengangkat kepalanya. Sedap sangat menghirup kuah mee segera berencahkan udang dan telur mata.
Sya masih bermain main mee dalam mangkuk itu dengan garfu. Air mukanya muram."Siapa Farhana?" Soal Sya memandang tepat mata Haris. Garfu dan sudunya ditinggalkan dalam mangkuk. Tangannya diatas meja.
"Girlfriend abang you la, Irfan. Dia tak kenalkan ke? Dah lama la diorang berkawan. Pelik betul Irfan ni. Hari tu Farhana pun tanya pasal you", kata Haris meneruskan aktivitinya.
"Haris, rupa I ni macam rupa Irfan ke?", tanya Sya mencucuk cucuk kuning telur dalam mangkuk dihadapannya.
"Ha.. tu la I pelik. Tak de iras langsung. Tapi bila dah dia cakap adik dia. Ok je sebab ramai kawan I yang rupa berbeza dengan adik beradik".
"Eh, kenapa tanya. Sya bukan adik Irfan?", soal Haris kembali. Sya menggeleng, tersenyum. Dijamahnya sedikit mee dalam mangkuk itu, kemudian dibuangnya ke dalam tong. Haris tertanya, geleng tu ye ke tidak? Nak ikut Sya ke bilik, bahaya dah tengah malam ni.
Bunyi loceng membuatkan Haris yang masih belum tidur, berlari ke pintu utama. Dah memang tau, Farhana akan hantar Irfan balik. Sebab Farhana sudah menghantar mesej setengah jam sebelum tiba tadi. Seperti biasa, Irfan mabuk. Farhana pun tapi kali ni Farhana tak mahu tumpang tidur pula. 'Pelik ni, jarang terjadi', omel Haris.
YOU ARE READING
Yang Kedua✔
Storie d'amoreSeorang gadis yang kehilangan keluarga tersayang mencari ruang untuk disayangi dan menyayangi. Perjalanan hidup yang jerih harus ditempohi. Note for reader: Be sure you are above 18 as this story includes adults content. Thanks for making this wri...