bab 50

26.1K 420 25
                                    

"You.. nak lagi. I belum puas", rengek Farhana, tangannya diletakkan di dada bidang Irfan. Irfan memejamkan mata.

"Cukup la. I dah penat. Esok..", kata Irfan.

"Sebab you takde esok la I nak banyak banyak hari ni. Untuk bekalan", jawab Farhana menggoda.

Mau tak mau, Irfan melayannya.

*******

Delegasi syarikat konsultan pembinaan, tempat baru Irfan bekerja tiba di sebuah pulau yang terpencil itu dengan sebuah bot laju. Perjalanan hanya setengah jam. Jeti terletak di sebuah pekan kecil. Ada sederet kedai dan sebuah klinik kesihatan. Penduduk di situ boleh dikatakan bekerja di resort yang dia akan pergi sebentar lagi. Ada beberapa perumahan pekerja di situ. Menurut pemandu bot itu, resort itu berada di sebalik sana pulau.

Tiba di jeti, sebuah van sudah menanti mereka. Resort ini dilihatnya seperti klasik, dipenuhi pokok dan menghadap laut membiru. Struktur bangunan lobi dari kayu kelihatan lama. Ianya bersambung dengan bangunan seperti hotel yang mempunyai 11 tingkat. Di sekitaran ada rumah chalet sesebuah dan berkembar. Ada juga yang terletak jauh sedikit, berdekatan laut, agaknya untuk yang inginkan privasi.

Delegasi mereka dibawa ke bilik masing masing untuk berehat sebelum makan tengah hari dan mesyuarat tentang pengubahsuaian dan perubahan konsep resort itu.

Beberapa hari sebelum itu, sekumpulan pekerja hotel menanti seseorang yang baru turun dari pesawat persendirian dan menuju ke resort. Hanya seorang sahaja dari sekumpulan lelaki yang turun dari pesawat peribadi itu mendapat kalungan bunga aloha -selamat datang.
Lelaki tersebut sedang menggunakan telefon bimbitnya dan tidak mempedulikan mereka disekelilingnya.

-just arrived Tan Sri
-the meeting will be held this afternoon.
-yes. I will leave it to them. Dont worry. I just want to enjoy my breakaway.

Adam terus ke bilik Pengurus Besar sebaik tiba di resort itu, bertemu rakan lamanya. Melalui Eddy, dia mengetahui resort itu mengalami masalah kewangan, jadi dia tidak mensia siakan peluang yang ada. Walaupun ada tawaran untuk mengambil alih sebuah komplek membeli belah di tengah bandaraya, tapi hatinya terpaut di pulau itu. Ini kali ke dua dia datang ke situ. Pertama, atas urusan kerja. Kali ni untuk berehat. Segala urusan tentang pembaikpulihan dan apa apa saja telah diserahkan kepada pekerjanya dan Eddy. Dia hanya akan menerima laporan setiap hari selepas mesyuarat.

*****

Sya turun ke dapur hotel malam itu, tiba tiba terasa lapar walaupun sudah makan malam sebelum maghrib.  Sejak terpaksa duduk di hotel, dapur hotel bagaikan dapurnya.

"Wanginya... Sya masak apa?"

"Terkejut Sya. Abang Mus ni, lain kali bagi salam. Sya terasa nak makan nasi goreng belacan". Mus menjenguk ke dalam kuali, menelan air liur.

"Tiba tiba rasa lapar la. Padahal baru makan tadi", rungut Mus. Sya tertawa, "kejap ye". Sya menyenduk nasi goreng itu dalam mangkuk besar dan mengambil beberapa pinggan dan set sudu garfu. Diletakkan ke atas dulang dan diberi kepada Mus.

"Bawa pergi depan la. Kita makan kat sana. Banyak ni, kot kot nanti ada staff teringin, boleh makan sekali. Sya nak buat teh tarik kejap".

Keluar dari dapur, ada beberapa orang sedang menyenduk nasi goreng dan ada yang sedang menikmati. Kuza dan Mus sama menyuap ke mulut masing masing.

"Sedap betul nasi goreng kau ni", puji Kuza.

"Haaa.. macam tak pernah rasa. Kau ni", kata Sya menampar lengan Kuza.

"Hilang rasa mengidam aku. Aku sebenarnya memang nak makan yang kau masak sebelum aku ke tanah besar untuk bersalin".

"Kau dah nak bersalin? Bila cuti?"

Yang Kedua✔Where stories live. Discover now