bab 32

26.2K 478 4
                                        

"Kau ni saja cari pasal kan?", marah Irfan menarik lengan Sya dengan kasar apabila Sya terperangkap dalam kelompok manusia yang keluar dari balai ketibaan. Tubuh Sya seolah melekat dengan tubuhnya dan wajah Sya direnung tajam. Makin mendidih hatinya bila Sya tersenyum senyum saat dimarahi.

'Pap', bahu Irfan ditampar kuat. Dia mengaduh sakit dan mengosok kawasan itu.

"Yang kau marah Sya kenapa? Dia nak peluk mami la", ujar mami dengan suara garau akibat batuk dari tanah suci mekah. Sya tersengih melepaskan diri dari Irfan dan memeluk mami. Dicium kedua dua pipi mami dan tangan seolah olah tak mahu dilepaskan.

"Tepi la, mami aku ni. Asyik kau je", rungut Irfan. Mami tersenyum melihat gelagat mereka berdua.

"Irfan, tak elok kau aku dengan isteri", mami menasihati Irfan tatkala Irfan memeluknya. Irfan terkesima. Dia tahu itu salahnya. Mulut yang jahat.

Malam itu, Sya masak ringkas sekadar melapik perut untuk mereka berdua. Mami tak berselera untuk makan, jadinya Sya membuat bubur sahaja. Diajaknya mami ke hospital untuk rawatan, mami enggan. Lalu Sya hanya memberikan ubat yang memang tersedia ada di rumah.

Malam makin larut, Irfan memusing badannya ke kiri dan kanan namun tak mampu melelapkan mata. 'Kenyang sangat ke makan tadi?', bisik hatinya. Menyesal juga makan bertambah tambah dengan lauk ringkas tapi sedap. Dipandang ke jam dinding, dah melepasi pukul satu pagi. Mesej ke Farhana pun sudah tiada balasan, mungkin tengah sibuk berdansa di lantai tari.

Irfan bangun membetulkan gulungan kainnya yang sudah mulai longgar dan keluar dari bilik. Dia meninjau ke kamar mami. Dilihat kepala Sya terlentuk di sisi katil mami, duduk bersimpuh di lantai. Sebekas besen kecil terletak di tepinya. Ada kain basah di dahi mami. Irfan kembali ke katil, cuba untuk melelapkan mata.

Sya cuba sedaya upaya bergerak secara perlahan dan senyap sunyi ketika masuk ke dalam bilik pagi itu selepas mandi. Lenguh terasa di pinggang dan bahunya bila tidur dalam keadaan yang tak selesa. Hatinya risau bilamana suhu badan mami semakin panas malam tadi. Dipujuk lembut agar mami ke hospital tapi mami enggan. Dari kesamaran cahaya lampu dapur yang  menerobosi langsir bilik, Sya mengambil baju didalam almari dan menyarungkannya. Dipandang Irfan dari cermin almari solek, sedang lena tidur. Hatinya dirundung sedih bila teringatkan perbualannya dengan Haris malam itu.

Ramai jiran berdekatan datang menziarahi mami, maklumlah mami baru balik dari umrah. Sya agak sibuk melayan anak anak mereka yang memang selalu bermain dengan Sya jika bersua. Walaupun tak sihat, mami tetap ramah melayani tetamu yang datang.

"Sya, petang ni kita balik KL", ujar Irfan ketika mereka menjamah makan tengah hari setelah tetamu bersurai. Irfan memandang wajah Sya menantikan respon setelah lama Sya tidak bersuara dengannya. Mami turut mengalihkan pandangannya pada Sya sambil tangannya menyudukan bubur nasi ke mulut. Sya menggelengkan kepala.

"Tak de kelas ke esok? Bukan cuti dah habis ke?", tanya Irfan bertalu talu. 'Susah sangat nak bercakap', gumam Irfan.

"Mami belum sihat, berat hati nak tinggalkan mami seorang diri", jawab Sya perlahan membalas pandangan mami. Mami tersenyum, tangannya memegang tangan Sya yang berada di atas meja.

"Mami dah ok ni. Tak lama lagi sihat la. Badan ni nak menyesuaikan diri dengan cuaca Malaysia. Sya balik la, ikut Irfan. Takkan Sya nak ponteng kelas"; pujuk mami bila melihat wajah Sya berubah murung.

"Eh, tak la ponteng. Sya nak balik esok pagi lepas subuh".

"Lambat la Sya. Jem nak masuk KL nanti", bantah Irfan yang meneguk air sirap.

"Abang balik la petang ni. Lagipun Sya sibuk minggu minggu akan datang. Tak dapat nak balik jumpa mami", balas Sya menjeling pada Irfan. Mami dapat mengesan nada pelik dalam tonasi Sya. Irfan mengangguk lemah. Mau tak mau, diikuti juga keputusan Sya. Ada mami tu, silap gaya dia juga yang kena nanti.

Yang Kedua✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang