bab 70

28.2K 420 62
                                    

"Macam mana mama, papa? Sihat?", tanya Sya sebaik selepas bersalaman dengan Adam yang baru pulang. Senyuman terukir di bibir Adam.

"They were suprised with your food". Adam tidak melepaskan tangan Sya, sentiasa digenggam dan sesekali dibawa ke bibir.

"Maria pun?".
Adam mengangguk.
"Ye. Dia puji cassava cake baby buat tu sedap sangat".
"Saja cuba buat tu. Kuih tradisional dia".
"Mama dengan papa pun suka".
"Alhamdullillah".

"Tadi mama tanya kenapa abang selalu datang seorang je. Mama ajak menantu perempuan dia datang sekali kalau abang datang lagi".

"Ha??? Betul ni?". Sya terkejut.
Dalam hati, bertepuk gembira.

"Dia terpikat dengan popia vietnam dan dim sum tu kot. Banyak tau dia makan tadi". Sya bersandar di sisi Adam, memejamkan mata, bersyukur.

Akhirnya Allah lembutkan hati mentuanya. Sebenarnya sepanjang proses penyediaan makanan, Sya sangat gementar. Dia pasrah jika hidangannya dibuang ke dalam tong sampah.

Setiap hari, Sya menunaikan solat hajat memohon supaya mereka menerimanya. Begitu juga setiap kali selepas solat, diaminkan doa Adam memohon perkara yang sama.

Saat memasak hidangan untuk dibawa tadi pun, mulutnya tak berhenti berzikir dan beristighfar.

Akhirnya, dia mendapat khabar gembira setelah Adam melawat dengan tangan kosong beberapa kali dulu, tetapi kali ini membawa makanan yang dimasak sebagai buah tangan untuk mereka.

'Alhamdullillah Azriel. Nenek dan atok dah boleh terima kita', sambil mengusap Azriel yang ligat bergerak, sama gembira.

Adam lega, lapang hatinya. Bukan mudah untuk dia kembali ke rumah agam itu. Banyak memori yang ingin dilupakan.

Sebaik dia menjejakkan kaki ke sana buat pertama kali setelah sekian lama, mama dan papa agak terkejut. Mungkin mereka tak menyangka Adam akan kembali kerana pertemuan terakhir mereka tempoh hari sangat mengecewakan.

Papa enggan menerima alasan Adam yang datang hanya untuk melawat atas dasar tanggungjawab sebagai seorang anak, tak lebih dari itu. Sedangkan papa inginkan Adam kembali ke persada Darkworld seperti dulu. Pedih hati Adam bila papa mula mencaci pilihan kehidupannya sekarang. Mama berbeza walau pada mulanya sama seperti papa.

Kunjungan seterusnya atas paksaan dari Sya. Adam melawat dan berbual biasa tanpa ada sedikit pun menyentuh tentang perniagaan atau Darkworld. Papa seperti biasa, dingin. Hanya mama yang teruja dengan kehadirannya.

Dicekalkan hatinya, setiap kali ke sana. Sekurang kurangnya, papa tidak menghalau dia keluar, itu sudah cukup. Kekuatannya datang dari isteri tersayang tanpa jemu meminta dia mengaut pahala dari orang tuanya.

Adam mula mengambil berat tentang kesihatan mama dan papa bila terlihat mesin pengukur tekanan darah automatik di tepi meja makan, untuk papa. Dilihatnya banyak ubatan tersimpan untuk pengambilan harian mama dan papa. Sakit saraf mama kembali menyerang. Dulu memang Adam tak diendahkan tentang ubat ubatan mereka kerana ada Alan.

Keprihatinan Adam sedikit sebanyak menjentik hati papa membuka ruang untuk dia. Apatah lagi, bila dilihat isterinya kembali ceria dengan kehadiran Adam.

Selang dua ke tiga hari, Adam akan ke sana. Papa sedikit demi sedikit mula menerima Adam sepertimana yang Adam harapkan. Hubungan mereka lebih mesra dari dulu. Malah boleh bergurau senda. Sesekali, mereka berhubung dengan Farah dan Amanda dengan Skype.

"Eh.. Adam, Sya. Dah besar perut kau ye Sya". Irfan bertembung dengan mereka berdua di komplek membeli belah.
Mata Sya terbuntang mendengar kalimah Irfan. Segan rasanya bila mata Irfan memandang perut yang dah tak dapat disorok.

Yang Kedua✔Where stories live. Discover now