"Sayang, belum siap lagi?", soal Irfan padaku yang masih terbaring di atas katil selepas menunaikan solat asar. Dia baru pulang dari masjid dengan pakcik Ahmad.
Paparan jam pada skrin telefon, aku pandang. Azriel di lantai, sibuk melakar kreativitinya pada kertas mahjong, dibeli khas untuk dia.
"Baru pukul 5. Kita nak pergi buka puasa je pun kat depan tu", balasku sambil mengeliat. Sedap betul membetulkan urat urat dan sendi yang lemau.
"Hei... apa ni?", kataku bila Irfan menghempap badanku.
"Dah tak nak bersiap, abang join la sekali", katanya mengenyit mata.
"Ok ok. Sya siap. Bangun la. Kalau abang atas Sya macam ni, tak dapat la nak bersiap", kataku sambil menolak dadanya. Namun Irfan tak berganjak walau seinci.
Dia tersenyum, arghh saja nak bagi aku cair la tu. Sikunya ditongkatkan di kiri kananku menampung tubuhnya agar tidak terus memberatkan badanku yang berada dibawahnya.
"Bangun la", ujarku lagi. Kali ini, dia mengacah seolah ingin mengigit hidungku yang tak berapa mancung.
"Abang.... nak pergi ke tak ni?", soalku. Sengaja meninggikan sikit suara. Irfan tertawa kecil. Aku kemudiannya menggigit sedikit bibir bawahku, mataku layukan.
Tiba tiba, Irfan bangun.
"La.. kenapa? Tadi Sya suruh bangun, main main. Bila Sya balas, abang bangun pula".
"Mana aci, Sya bukan goda dengan pandangan je. Adik abang pun Sya goda. Bahaya tau". Balasnya tak puas hati.
Aku ketawa besar, "buat la lagi". Aku bangun dan duduk disebelahnya. Pipi Irfan aku cium.
"Ha... nak cium, cium je la. Tangan tu jangan nak ", ujar Irfan menangkap tanganku yang mula menjalar di celah kelangkangnya. Aku ketawa lagi besar. Seronok, bila tau dia tak boleh menyerang balas. Bukan tak boleh, dia masih menjaga adab berpuasa. Aku je yang sengaja buat tak reti.
"Pakai baju yang paling cantik ada dalam beg tu", ujar Irfan bila melihat aku mengeluarkan baju untuk dipakai.
"Pergi berbuka je kan? Kenapa nak pakai cantik cantik?", rungutku sambil mengeluh.
"Sayang... kita berdating. Kalau berdating kan, kita nak pakai yang terbaik untuk kekasih".
Aku mengerutkan dahi, memandang Irfan.
"Ok. Kita tak pernah dating betul betul. This is our first time, officially. Dating berdua tanpa anak. Dating yang kita rancang bersama. Yang dulu dulu tak kira. Boleh?". Aku sekadar mengangguk bila soalan itu ditanya.
"Ye lah. Ye lah... kalau baju ni?". Aku bangun, mengacukan dress seksi yang selalunya aku pakai untuk menggoda Irfan di rumah. Tah macam mana boleh pula aku sumbat dalam beg.
"Sya... serius la. Jangan nak cuba goda abang".
"Ok ok. Sorry", balasku sambil ketawa besar melihat wajah Irfan yang agak bengang.
Akhirnya aku menyarungkan maxi dress tanpa lengan koleksi South China Sea, warna merah hati dan tunic cardigan kelabu. Untuk hijab, aku sarungkan tudung kelabu tona yang sama dengan cardigan, berbunga kuning keemasan koleksi Hijabs by Hanami. Sedikit mekap ringkas dan aku siap.
Irfan pula mengenakan t shirt berkolar rona merah juga. Macam berjanji pula. Dan berseluar jeans. Mudahnya jadi lelaki. Paling aku suka, mukanya dah licin dari rerambut dan bulu kasar.
"Nak ke mana pula ni?", tanyaku bila Irfan tak berhenti pun di kedai tomyam yang terletak di deretan kedai di luar kawasan perumahan ini.
Irfan tersenyum simpul, keningnya sengaja dinaikkan berkali kali seolah ada sesuatu disembunyikan. Tangan kirinya aku tarik dan kupeluk. Kepalaku terlentuk dibahu Irfan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Yang Kedua✔
RomansaSeorang gadis yang kehilangan keluarga tersayang mencari ruang untuk disayangi dan menyayangi. Perjalanan hidup yang jerih harus ditempohi. Note for reader: Be sure you are above 18 as this story includes adults content. Thanks for making this wri...
