"Baby", bisik Adam setelah mereka berdua lama terdiam melayan kelelahan nafsu yang telah dilampiaskan. Adam menarik Sya yang membelakanginya ke dalam rangkulan.
Sya tak menjawab, hanya mengelus lengan sasa suami tercintanya yang kebelakangan ini kerap pulang dinihari. Walaupun hatinya gundah dengan apa yang Irfan dan Haris katakan tempoh hari, tak sanggup rasanya untuk dia bertanya.
"Kita pindah nak?", soal Adam tersekat sekat ayatnya. Payah sungguh untuk diluahkan. Suatu keputusan yang sukar dilakukan tapi terpaksa. Impian untuk membahagiakan dan memandikan Sofea dalam kemewahan, makin meninggalkannya.
"Ke mana? I ikut je". Jarinya menyela jari Adam dan dibawa ke bibir. Dikucup lama bagi melegakan ketegangan perasaan Adam ketika menyatakan itu.
Sya tau Adam berat untuk menyatakannya, suaranya bagaikan tiada daya. Terlalu banyak derita dalam hati suaminya. 'Please abang. Share with me', namun itu tak terluah. Adam will always be Adam.
"To smaller house. Will it be ok?". Ada bunyi bersalah disitu dan kecewa.
Sya memusingkan badan, mengucup dada Adam kemudian diusap kedua kelopak mata Adam yang ada takungan air."I am ok with it. Lagipun rumah ni besar sangat. Takut tinggal seorang tau", tanya Sya memujuk cinta hatinya. Dikucupnya kedua mata itu dan bibir suaminya lama agar kekasih hati ini berlapang dada.
Mereka mengemas barang barang yang akan dibawa ke rumah baru. Bawa yang penting dan perlu saja.
Setiba di depan rumah berkonsepkan townhouse, mereka keluar dari kereta terpakai, Perodua Alza.
Sya datang memeluk pinggang Adam dan masuk ke celah ketiak. "Atas ke bawah?"
"Atas. Bawah ni, katanya tuan rumah nak buat renovation". Sya melangut memandang halkum Adam, diciumnya pantas.
"Jom". Sayu hati Adam mendengar keriangan suara isteri tercinta, yang menariknya ke rumah tersebut.
Sya kelihatan senang hati menyusun atur rumah sewa baru ini, Adam sedikit kecewa namun lega, tiada langsung sungutan dari mulut Sya.
"Sorry baby". Adam menarik tubuh Sya disebelahnya. Sya terus merebahkan kepalanya ke riba Adam. Kakinya melunjur di sepanjang sofa. Memang dia menunggu saat itu. Mata Adam masih melekat di skrin tv tapi fikirannya tidak.
"For what?". Sengaja Sya mendongak melihat suami tercinta yang sembunyikan semua masalah daripadanya. Sedangkan dia ingin tahu dan ingin meringankan beban yang ditanggung.
"Tak dapat bahagiakan you". Adam mengelus lembut pipi Sya.
"Bahagiakan? Baby bahagia bila dengan abang. Ke mana saja pun tak pe, asal kita bersama".
"Walaupun rumah kecil begini dan kereta buruk? Kita tak mewah macam dulu". Ada bunyi kecewa dalam suara Adam.
"Kenduri pun kita tak buat", keluhnya.
"Shhh. Semua tu tak penting. I nak you. Only you. Kita dah halal kan? I tak tau apa yang berlaku sehingga jadi begini. Tapi abang kena ingat, I always be there for you".
Sya duduk di pangkuan Adam, mata mereka bertentangan apabila dahi mereka bertemu.Syarikat Adam semakin lumpuh. Banyak aset asetnya terpaksa dicairkan untuk melangsaikan hutang piutang. Kondo dan kereta mewah dijual dengan harga rendah asalkan terjual. Pekerja terpaksa diberhentikan, jadi semua kerja Adam lakukan sendiri yang menuntut pengorbanan masa dari Sya.
Puan Sri Sarah banyak kali datang ke pejabat memujuk Adam agar meminta bantuan dari Tan Sri Norman namun dia enggan. Cukuplah sekali dulu, saat mula mula dia dikelilingi pengutip hutang, menagih bayaran setiap hari. Masa tu, fikirannya tidak dapat berfikir dengan waras.
![](https://img.wattpad.com/cover/118546870-288-k901544.jpg)
YOU ARE READING
Yang Kedua✔
RomanceSeorang gadis yang kehilangan keluarga tersayang mencari ruang untuk disayangi dan menyayangi. Perjalanan hidup yang jerih harus ditempohi. Note for reader: Be sure you are above 18 as this story includes adults content. Thanks for making this wri...