Bunyi bingit gabungan siren ambulans dan kereta peronda polis menyedarkan makcik Aminah yang terlena kekenyangan di kerusi belakang. Apatah lagi dengan nyamannya penghawa dingin kereta Naqib.
Dia melihat sebuah kereta peronda polis, sebuah ambulan dan sebuah Chevrolet Captiva hitam yang bercermin gelap dipandu laju ketika berselisih.
Tatkala memasuki kawasan perumahan pula, dua buah landrover melepasi mereka menghala ke jalan keluar, makcik Aminah menoleh ke belakang.
Naqib turut sama, memandang melalui cermin sisi, ada mayat ditutup dengan plastik hitam dalam kedua dua landrover tersebut.
"Ada apa ni yah?", tanyanya curiga.
"Haah bang, macam sibuk je kawasan perumahan kita ni", sampuk mak cik Aminah.
Pakcik Ahmad diam seribu bahasa, dia sekadar melihat ke depan.
Naqib dan ibunya cemas bila melihat ada kereta polis di depan rumah mereka. Ada juga pita kuning merintangi pintu pagar rumah yang diduduki Aman dan juga rumah mereka. Penduduk berdekatan mengerumuni di luar pagar rumah mereka untuk mengetahui hal sebenarnya.
"Ayah, apa jadi ni?", tanya Naqib lagi. Bunyi siren yang nyaring menenggelamkan suaranya.
Pakcik Ahmad terus keluar dari perut kereta sebaik saja Naqib memberhentikan kereta. Makcik Aminah mula berjalan pantas cuba menyaingi suaminya.
"Apa jadi ni?". Ditariknya tangan pakcik Ahmad sebaik dapat berdiri sebelah suaminya itu, yang berbual dengan Inspektor Govinda Singh.
"Sya dan Irfan kena serang".
Makcik Aminah terus memaut lengan suaminya.
"Saya minta maaf, ada kesan tembakan dan yang mati dalam rumah Puan", kata Inspektor Govinda.
"Ha????". Lemah lututnya terus dipeluk erat pakcik Ahmad bila teringat rangerover polis yang membawa mayat tadi. Terbayang wajah Irfan, Sya dan Azriel yang dianggap seperti ahli keluarga sendiri.
"Buat masa ni, pihak kami dan forensik perlu melakukan siasatan. Maaf Sarjan Ahmad dan puan". Pakcik Ahmad mengangguk, faham.
"Anak dan cucu saya kat dalam?", tanya makcik Aminah menahan sebak dan risau dihati.
"Tiada sesiapa puan. Hanya polis dan forensik. Semua yang terlibat kami bawa ke hospital berdekatan. Yang tak cedera, terus ke balai. Saya pasti Sarjan Ahmad lebih arif tentang perkara ini", balas Inspektor Govinda Singh sambil mengucapkan terima kasih kepada pakcik Ahmad kerana membantu mereka menangkap penjenayah.
"Cepat la kita ke hospital", rayu makcik Aminah pada pakcik Ahmad yang masih berbual dengan Inspektor. Mahu saja ditinggalkan suaminya dan pergi ke hospital dengan Naqib. Terbayang bayang mayat dalam landrover tadi.
"Kita solat asar dulu kat surau tu. Bukan boleh terus masuk tengok pun. Banyak prosedur polis dan doktor kena buat kat dalam tu. Kita berdoa dan bertenang dulu. Nanti polis akan panggil kita", pujuk pakcik Ahmad bila isterinya bagaikan lipas kudung sebaik turun dari kereta, mujur sempat ditahan terlebih dahulu.
"Sya....". Sya menoleh ke pintu bila dipanggil.
"Mak...."
Kedua beranak itu menangis berpelukan."Sya ok? Sakit?", tanya makcik Aminah sambil membelek muka dan tubuh Sya.
"Sya ok tapi sakit"
"Kat mana? Kita cakap kat doktor. Buat x-ray"
"Kat hati mak, bila Linda cakap dia bunuh Adam. Sampai hati dia buat Azriel tak sempat berjumpa dengan ayah kandung. Azriel tak dapat kasih sayang seorang ayah. Azriel lahir sebagai anak yatim. Kejam betul dia mak". Kata Sya dengan sayu, air mata yang mengalir deras dikesat dengan tudung kemudian dicium dahi Azriel lama. Dicuba untuk berhenti menangis namun gagal. Semakin lama semakin kuat.

ANDA SEDANG MEMBACA
Yang Kedua✔
RomantizmSeorang gadis yang kehilangan keluarga tersayang mencari ruang untuk disayangi dan menyayangi. Perjalanan hidup yang jerih harus ditempohi. Note for reader: Be sure you are above 18 as this story includes adults content. Thanks for making this wri...