Dimana Adam sekarang? Tiada klu. Polis turut buntu. Tiada sebarang petunjuk ditemui dalam kereta.Sya termenung melihat ke luar, sesekali meninjau bila ada bunyi kereta berhenti dihadapan rumahnya. Berharap itu adalah Adam tapi hampa. Sya kembali menyambung aktiviti yang terganggu.
Sepanjang berada di rumah Sya, Diana hanya duduk menemani, mengemas apa yang patut. Baju baju bayi yang baru dibeli, dibasuh dan disidainya. Dia tahu Sya menunggu masa untuk melahirkan walaupun tarikh jangkaan jauh lagi. Sya terlalu stress dan murung. Diana risau jika Sya rebah, memandangkan keadaannya yang tak stabil. Kalau boleh, nak saja dia terus menemani Sya tapi dia banyak hal lain. Kalau tak kerja, dia juga yang susah.
Irfan hanya membeli makanan yang siap dimasak untuk mereka bertiga. Sya tak berselera langsung untuk makan. Hanya susu dan biskut untuk dia.
"Abang...".
Irfan menoleh bila Sya bersuara. Komputer ribanya ditutup, kerjanya ditangguhkan. Sebenarnya, Irfan tak sanggup nak menatap lama wajah yang sugul itu."Sya mimpi Adam semalam. Adam senyum je. Sya kejar dia, Sya nak peluk dia. Sya rindu dia. Tapi dia tak nak tunggu Sya, dia terus jalan. Sampai hati dia. Dia dah tak sayangkan Sya lagi". Sya bercerita dengan nada sayu, tersekat sekat pada bait kata. Sya tak mampu menahan lagi lalu menghamburkan tangisannya.
Diana turut sama menangis, terus memeluk tubuh Sya. Irfan memandang ke arah lain, menahan air matanya dari turut mengalir. Sebak.
Esok, Isnin. Hari kerja.
Hari ni hari ke 3 Adam hilang. Diana perlu pulang ke rumah. Kesudian dia menemani Sya sangat sangat Irfan hargai. Tapi bagaimana dengan Sya, takkan nak ditinggalkan sendirian.Macam macam alasan Sya beri, menolak cadangan Irfan. Dia tetap berkeras untuk duduk di rumah, dia pasti Adam akan balik. Sya menyakinkannya bahawa dia kuat menghadapi semua ini. Serba salah Irfan dibuatnya. Buntu.
"Diana, boleh tau kenapa Diana tak bagi saya ambil makanan dari Dira?". Akhirnya soalan yang terpendam dikemukakan ketika mereka menunggu tunang Diana datang menjemputnya di rumah Sya.
Sya sedang lena ketika itu. Tidur Sya kerap terganggu. Kadang kala meracau.
Diana tersenyum pahit, serba salah. "Dira guna cara tak baik untuk pikat Irfan. Sebolehnya, tolong jauhkan diri dari Dira demi keselamatan".
Irfan termangu dengan jawapan itu. Dira? Cara tak baik? Nak pikat aku? Nauzubillah. Mujur tak pernah berpeluang langsung makanan yang Dira berikan menjadi darah dagingnya.
"Sya, abang pergi kerja ni. Jangan buka pintu kalau ada orang ketuk". Ujar Irfan sebelum menutup pintu rumah. Hanya ini yang mampu dilakukan, sebelum ke pejabat, dia singgah melihat keadaan Sya. Begitu juga selepas balik dari pejabat. Sebelum tidur, dia akan membuat panggilan video untuk memastikan semuanya baik. Bahan makanan dan keperluan Sya, dia belikan. Sya tak diberinya keluar.
Sya mencarik carik roti kentang di dalam pinggan, tak selera pun nak makan. Bosan bila setiap hari pesanan yang sama diulang.
"Kalau Adam yang ketuk?"
"Adam kan ada kunci".
Sya mengangguk lemah dengan jawapan Irfan.Sya duduk di sofa sambil menonton tv, berharap ada berita tentang Adam. Penat duduk, dia cuba bangun. Susah. Kalau Adam ada, pasti dia yang menolongku untuk bangun, rintih hati Sya. Air matanya mengalir di sudut mata.
Bibirnya terasa kering, tekaknya haus. Sya melangkah longlai ke dapur, mengambil air suam. Lantai dapur dirasanya melekit, dah lama tak dimop, tak sedap dipijak.
Sejak Adam menghilang, semangat Sya untuk membersih dan mengemas rumah turut lesap. Jangan katakan rumah, diri sendiri tak terurus.
Sejak badannya semakin berat, Adam yang sering membantu mengemop rumah dengan air panas. Sekarang, Sya kena buat sendiri. Diisinya air ke dalam baldi, sepenutup cecair pencuci lantai dituang ke dalam air tadi. Rerambut mop dicelup ke dalam air tadi kemudian diperah sebelum ditonyoh ke lantai.
![](https://img.wattpad.com/cover/118546870-288-k901544.jpg)
YOU ARE READING
Yang Kedua✔
RomanceSeorang gadis yang kehilangan keluarga tersayang mencari ruang untuk disayangi dan menyayangi. Perjalanan hidup yang jerih harus ditempohi. Note for reader: Be sure you are above 18 as this story includes adults content. Thanks for making this wri...