Khas Raya : Episod 11

20.6K 420 50
                                    


FARHANA

Sakit pipi ni tak sama dengan sakit di hati. Sampai hati dia menampar aku. Lelaki jenis apa tu, pukul perempuan.

Irfan memang dah berubah. Aku nak bagi keseronokan hidup, dia balas dengan keperitan di pipi. Pedih.

"Ana, kenapa ni?", tegur papa masih belum tidur. Sibuk dengan telefon pintar. Bermesej ke buat apa ke, aku tak tau. Aku mendengus. Pertanyaan papa tak kujawab.

Mama keluar dari bilik, agaknya terdengar suara papa menegurku tadi. Dia sekadar memandangku. Aku harap dia faham aku tiada mood untuk berbual.

Aku menghempaskan pintu bilik, membuka pakaian yang tersarung dan korset yang membuatkan badanku nampak padat dan langsing dalam busana kebaya. Tinggal coli dan seluar dalam sahaja. Kipas kubuka sehabis laju, biar berterbangan segala kertas yang ada, biar bunyi bising. Tingkap bilik kubuka luas. Panas. Aku terbaring di katil.

Aku geram, marah, kecewa bila Irfan menolak godaanku. Dulu pun masa dia suami Sya, tiap malam dia bersama aku. Kenapa tidak sekarang? Apa kurangnya aku? Aku lebih cantik dari Sya, lebih langsing.

Telefon aku capai, aplikasi Tinder kubuka. Banyak notifikasi memuji kecantikkanku dan ingin berkenalan. Aku tersenyum dan memilih siapa yang agak agak sesuai dengan citarasaku. Memang itu pun tujuanku. Aku bosan.

Aku berdiri di hadapan cermin. Coli kutanggalkan. Ada ruam tumbuh di beberapa bahagian tubuhku. Dah lama juga ruam ni. Kulit semakin mengering walaupun aku sering mengoleskan losyen untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Tapi akhir akhir ni, ada tumbuh gelembung air pula. Teruk sangat kering kulitku. Ingatkan cuaca sejuk di Wales membuatkan kulitku kering sebegini. Balik Malaysia pun sama, malah lagi teruk. Di muka pun ada, tapi tak terlalu teruk. Masih boleh ditutup dengan mekap. Tangan setakat ni masih bersih.

"Mama, ada panadol tak?", tanyaku dengan hanya tuala membaluti tubuh. Mama ketika itu sedang meletakkan perkakas yang digunakan ketika  berbuka ke rak simpanan di dapur.

"Kejap". Mama menghulurkan sepapan panadol dan segelas air suam, matanya merenung tubuhku.

"Kenapa makin teruk ruam ni? Dah naik biji air ni. Merah. Pergi la klinik, jumpa doktor", bebel mama.

"Bising ar. Dah la Ana tetiba rasa nak demam ni. Dengan hidung tersumbat lagi. Mama bising pasal ruam pula". Aku merungut, meneguk air bagi melancarkan laluan ubat.

"Tak de apa la ni. Dari Wales lagi, ruam ni ada. On off", tambahku.

"Ana minum tadi?", tanya mama, hidungnya berkerut. Agaknya bau dari mulutku. Aku mengangguk. Tanganku menggaru ruam di antara pangkal dada dan ketiak.

"Irfan?". Aku mendengus mendengar soalan mama.

"Dia tak berselera tengok Ana kot. Kurus. Tak macam dulu. Mama ada jumpa isteri dia pagi tadi. Macam badan Ana dulu",ujar mama.

"Mana ada Ana kurus. Bini dia yang gemuk. Bini gemuk macam badak pun nak sayang sayang". Menyampah aku bila mama cakap begitu.

"Suka hati Ana la. Mama cakap je. Ada lelaki memang suka yang kurus kering. Irfan tu rasanya suka yang ada isi sikit kot. Takde la macam badak bini Irfan tu. Solid macam Ana dulu".

Yang Kedua✔Where stories live. Discover now