"Do come in. It is unlock". Apabila loceng bilik 1103 ditekan Sya.
'Guest perempuan. Lega...', gumam Sya.
"Sofea, please have a seat", ujar wanita separuh abad itu apabila Sya tercegat berdiri sebaik masuk ke bilik itu.
"Puan Sri"...
"Call me aunty".
"Puan Sri.. hurmm aunty. I am sorry". Sya terus terjelepok di sisi Puan Sri Sarah yang duduk di sofa.
"Sebenarnya, saya sangat terkejut bila Adam bawa awak ke majlis kami minggu lepas. Saya dah bagi amaran supaya jangan dekati Adam lagi. Jangan jumpa atau hubungi dia lagi. Ada kan?", tuturnya lembut dan perlahan.
"I can explain that".
*****
"Madam, Tuan Adam ada tetamu hari ni. Dia suruh saya balik awal", terang Maria apabila disoal.
"Tetamu?", tanyanya kehairanan.
"Saya rasa perempuan. Sebab kasut sukan perempuan ada di rak kasut", tambah Maria.
"Tuan Adam buat sarapan sendiri dan makan di bilik dengan dia".
Hati ibu mana tak gembira bila anaknya ada teman wanita akhirnya. Penat sudah dibebel tentang perkahwinan. Masa meningkat remaja memang kaki perempuan, tiba tiba selepas insiden malang yang terjadi dan mereka ke China, Adam berubah personaliti.
"Maria, ni ke perempuan tu? Tak nampak la wajah dia". Kata Puan Sri bila nampak Maria menjengah masuk ke dapur. Dia dapat mesej bergambar tu awal tadi. Tapi tak nampak jelas sebab jauh dan mereka berpelukan.
Maria mengangguk. 'Ye Puan Sri. Kasutnya saiz sama". Ni kali kedua Adam bawa perempuan yang sama.Gambar gambar yang dia dapat dari pekerja yang diupah untuk mengekori anak bujangnya, Adam bercuti dengan gadis yang sama. Adam turut bawa gadis itu ke majlis pernikahan anak teman baik Tan Sri. Memang ada perubahan pada diri Adam kebelakangan ini. Perkembangan positif. Belum pernah dia bawa balik perempuan ke kondo barunya.
"Madam, nama dia Sofea", ujar Maria sebaik nampak kelibat Puan Sri Sarah sebaik balik dari mengemas rumah Adam.
"Mana kamu tau?"
"Kami berbual tadi. She's nice. I like her very much. Kami bersarapan", terangnya.
Puan Sri Sarah terus berasa tak sihat badan bila mendengar nama itu. Mahu tak mahu, dia harus ke rumah Adam untuk berjumpa Sofea.
*****
"Aunty, tolonglah. Saya dah buat macam macam untuk jauhkan diri dari Adam. Tapi dia dapat juga jumpa saya. Saya buang simkad, saya buang nombor dia dari contact. Saya buang tudung dan berpakaian ikut kehendak career saya. Tapi dia dapat kenal saya kali pertama dia nampak saya malam tu".
"Adam banyak berubah masa Sofea hilang tiba tiba. Aunty memang rasa bersalah. Tapi aunty terpaksa".
"Kenapa aunty? Kami saling menyayangi. We love each other since we first met. Walaupun kami tak pernah mengakui. Bagilah kami peluang untuk bersama".
"Because I love you as my daughter, that is why. I dont want to lose you like I lose your family. I tau you dan Adam memang tak dapat dipisahkan, tapi tolonglah, tinggalkan Adam". Puan Sri Sarah mengelus lembut rambut Sya.
"Saya boleh hidup sengsara, bagaimana dengan Adam? Aunty tak kesiankan dia?", rayu Sya.
"He is my only son. I can deal with it. Aunty cuma nak Sya jauhkan diri dari Adam".
"It will hurt him a lot".
"Please Sofea. You know who is Tan Sri Norman kan. His empire, his business and darkside", jelas Puan Sri.
YOU ARE READING
Yang Kedua✔
RomanceSeorang gadis yang kehilangan keluarga tersayang mencari ruang untuk disayangi dan menyayangi. Perjalanan hidup yang jerih harus ditempohi. Note for reader: Be sure you are above 18 as this story includes adults content. Thanks for making this wri...