Wajahku dicium berkali kali. Lunyai pipi ni. Basah, air mata mama mencurah bila nampak aku turun dari teksi pakcik Hassan. Mama kelihatan kurus, cengkung. "Mama risau sangat bila Adam tak balik balik. Tambah risau bila Doktor Alan bagitau Adam cedera kena serang".
Aku membalas ciuman mama di pipi dan kedua tangannya. "Good to see you mama. Pakcik Hassan banyak tolong Adam. Dia dan keluarga rawat Adam".
"Bukan Alan?"
"Alan came once a day, sekejap je. Most of it, anak pakcik Hassan yang tolong".
"Mana dia? Tak ikut?"
"Sekolah"Aku melambai pada pakcik Hassan agar dia keluar, bertemu keluargaku. Kami masuk ke dalam rumah, daddy baru menuruni tangga melihat aku di pintu. "Welcome home", katanya. Aku tergamam melihat daddy ada di rumah, pelik. Mungkin Doktor Alan beritahu padanya yang aku akan pulang.
"Daddy, ni pakcik Hassan. Dia yang tolong Adam hari tu". Tan Sri Norman bersalaman dan memeluk tubuh insan yang membantu anak lelaki tunggalnya.
"Thank you Hassan. I owe you alot".
"Eh, tak pe. Tanggungjawab kita sesama manusia. Mungkin nanti masa saya atau anak anak pula, orang tolong".Mama dan daddy berbual dengan pakcik Hassan sambil makan tengah hari. Aku sesekali mencelah. Usai berbual, pakcik Hassan bergerak pulang; aku sempat berbisik padanya ketika bersalaman, "hujung minggu ni Adam pergi rumah abah ye". Pakcik Hassan mengangguk.
Daddy terkejut dengan perubahan aku bilamana aku menyatakan hasrat untuk bekerja. Sesuatu yang memang aku elakkan sejak graduasi. Aku nak berubah, kata kata Sofea menikam jantungku walaupun dia tak pernah bermaksud untuk aku. Semuanya berkenaan dia dan keluarganya, yang tersirat banyak terkena batang hidung aku yang tak bersyukur.
"Abang Adam datang", jerit teman wrestingku. Sebaik pintu jeriji dibuka, aku diterkam dan ditarik ke dalam. Digomolnya aku, habis rambut pomade. Tak dapat nak hensem depan Sofea. Sedang berwrestling, Sofea muncul di pintu, 'Keluar rupanya'.
Dia melemparkan senyuman padaku dan menjinjit beg plastik ke dapur, pantas aku mengambil beg itu dari tangannya. "Pergi jumpa boyfriend?", soalku. "Mak, tengok Adam ni main tuduh je".
"Orang tak tuduh la. Adam tanya, kan mak kan?". Makcik tersenyum sambil mengelengkan kepala. Kami berdua mengeluarkan barang dari dalam plastik, Sya menyimpannya di dalam peti sejuk.
"Dah lama sampai, Adam?", tanya Pakcik Hassan sebaik tiba di muka pintu.
"Baru lagi abah. Abah sihat?". Terus kuhulurkan tangan bersalaman."Teruknya rambut", ujar Sya membuka tudung yang dipakainya tadi dan menyangkut didalam bilik, bila menyedari aku mengekorinya.
"Bergomol dengan diorang tadi ni", aku menyikat rambut dengan jari jemari.
"Baru bergomol dengan adik adik dah teruk macam ni", dia tercegat disisiku yang berdiri di depan cermin. Makcik dan pakcik masak di dapur.
"Kalau gomol dengan you,..."
"Hei... jangan nak cemarkan fikiran calon spm". Aku dicubitnya. Tangannya ditangkap dan letak didada. Sungguh aku rindu.
Setiap hujung minggu aku akan datang, bermalam. Isnin selepas hantar Sofea dan adik adik ke sekolah, aku terus ke pejabat daddy. Jumaat selepas waktu kerja aku akan terpacul depan pintu. Paling tidak, sabtu pagi. Alasanku pada mama dan daddy, membalas jasa mereka dengan membantu anak pakcik Hassan belajar untuk SPM.
"Macam mana last paper hari ni?", soalku sebaik dia duduk disebelahku. Aku menunggunya di McDonald berhampiran sekolah. Dia tak menjawab. "Nak mcflurry oreo, double cheese burger, apple pie, coke besar", itu responnya, diletakkan kepala di meja dan menghela nafas panjang.
"Cukup?", aku letakkan dulang di meja dan duduk berdepan dengannya. Dia mengangguk, perlahan disua burger ke mulutku. "Makanlah", gesanya. Aku kebingungan namun tetap menurut katanya, senyuman terukir. Itu sudah cukup untukku.
YOU ARE READING
Yang Kedua✔
RomansaSeorang gadis yang kehilangan keluarga tersayang mencari ruang untuk disayangi dan menyayangi. Perjalanan hidup yang jerih harus ditempohi. Note for reader: Be sure you are above 18 as this story includes adults content. Thanks for making this wri...