Adam tersedar namun tak berdaya dan bermaya. Tubuhnya terasa bagai dipenuhi dengan lumut, berdaki, melekit. Sejuk, terbaring mengerekot di permukaan yang basah. Adam cuba bergerak. Namun dia tak mampu. Bagaikan seluruh tulangnya hancur. Nafasnya pun tak lancar seperti dulu.
"Dah sedar pun"
Adam cuba membuka matanya yang membengkak. Hanya dapat terbuka sedikit sambil menahan kesakitan. Ada beberapa pasang kaki disekelilingnya. Derapan kasut kedengaran jelas.
Kasut tumit berwarna merah mendekati, kepala Adam bagaikan terbenam ke dalam lantai bila dipijak, namun Adam bisa dengar kata kata perempuan itu.
"Kau tau tak kau dah malukan aku dan keluarga aku bila kau pilih perempuan tu jadi isteri. Ni habuan kau". Adam terasa tengkoraknya retak.
Adam sekadar mengucap dalam hati. Dia terima semuanya. Ini qada dan qadr buatnya. Hanya mereka yang tak faham ketentuan rezeki dari Allah, akan mengungkit segala yang terjadi.
Sekeping gambar dicampak ke muka Adam, jatuh disebelahnya. Adam cuba untuk melihat, gagal. Nak bergerak pun dah tak mampu. Hanya matanya yang terkebil kebil.
"Kesian. Aku tolong kau". Satu suara tertawa kecil menghampirinya.
Seorang lelaki datang mengambil gambar itu dan menayangkan ke mukanya. Gambar seorang bayi, putih kemerahan kulitnya, mata tertutup seolah sedang nyenyak tidur dibaluti dengan selimut berwarna biru, ada cetakan kapal terbang kecil warna kuning serta bintang bintang kecil. Adam kenal kain selimut itu, dia yang memilihnya dulu. Sya pilih selimut putih dengan cetakan gambar kartun. Air matanya mengalir. Azriel.
Bagaimana keadaan Sya? Jiwanya pasti tertekan sehingga melahirkan Azriel awal dari tarikh sebenar, ke dah memang waktu? Adam dah tak dapat membezakan siang atau malam, sejak terkurung dalam ruangan yang gelap gelita.
Janjinya untuk menemani Sya sewaktu melahirkan, tak dapat ditunaikan. Hati Adam teringin mencium pipi Azriel sepuasnya. Rindu sangat pada isteri tercinta. Nak diucapkan terima kasih kerana sudi melahirkan zuriatnya ke dunia.
Tiba tiba tubuh Adam mengejang, mukanya berkerut menahan kesakitan akibat direnjat dengan pistol pegun di tengkuk dan dadanya. Perlahan lahan tubuhnya tak lagi bertindak balas dengan apa yang berlaku.
Tubuh Adam disepak beberapa kali, tiada respon.
"How?"
"Don't worry. My men will handle this. Lets go".
"Kalau macam ni, abang bawa akak balik rumah keluarga saya la, kat kampung. Tinggal mak dengan abah saja di rumah tu. Mak saya dulu bidan kerajaan", respon dari tunang Diana bila mendengar luahan dan cerita sebenar dari Irfan.
Irfan terpaksa bercerita kerana buntu dalam mencari penyelesaian untuk melarikan Sya dari orang yang dirasakan bahaya dan juga untuk menjaga Sya dalam pantang. Takkan dia pula nak menjaga Sya.
"Tak pun, nanti saya tanya kakak saya". Kata Diana pula.
"Haa... betul juga tu. Kak long Diana ada buka pusat rawatan pemulihan untuk ibu bersalin. Macam hotel. Dari A sampai Z. Tapi mahal la bang. Dengan famili saya, tak perlu keluar duit beribu ringgit". Tambah Naqib, tunang Diana.
Irfan tersenyum mendengar itu. Segan pula dia nak mengambil kesempatan.
"Menarik tu Diana. Ada pakej ke?"
"Haah. Tapi bukan di KL tau".
"Dimana?"
"Di Salak Tinggi. Kawasan kampung. Tapi tempat kaklong tu moden".
"Tak jauh. Ok sangat tu. Boleh selalu pergi tengok".
"Kalau suami isteri, boleh tinggal sebilik...", balas Diana, tiba tiba terdiam bila tunangnya menyinggung tangannya. Diana tau dia tersilap cakap.
YOU ARE READING
Yang Kedua✔
عاطفيةSeorang gadis yang kehilangan keluarga tersayang mencari ruang untuk disayangi dan menyayangi. Perjalanan hidup yang jerih harus ditempohi. Note for reader: Be sure you are above 18 as this story includes adults content. Thanks for making this wri...